Kalau orang dewasa mudah sahaja jika ingin menyatakan yang kita suka akan seseorang. Sebut sahaja,

“Saya suka awak”.

“Saya gembira bermain bersama kawan saya”.

“Saya sayang ibu saya”.

“Saya sayang ayah saya”.

Mudah bagi kita untuk menunjukkan atau meluahkan perasaan kepada orang di sekeliling.

Namun, bagaimana pula agaknya untuk bayi?. Bagaimana mereka menunjukkan reaksi apabila mereka gembira, teruja atau sedih?.

Memandangkan mereka masih tidak tahu untuk bercakap, bagaimana mereka menunjukkan bahasa tubuh, mimik muka untuk menzahirkan perasaan mereka?.

Menurut Dr. Mahani Razali, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan apabila bayi tertarik dan suka kepada seseorang itu. Jom lihat apakah tandanya:

1. Bayi Selalu wujudkan Eye Contact Dengan Kita

Bila dipegang, diagah atau kita mula bercakap dengan mereka, akan wujud eye contact bayi dengan kita. Pandangannya membalas pandangan kita, selari dengan emosi mereka yang gembira dan bahagia.

2. Pandangan Cepat Beralih Kepada Kita

Macam tahu sahaja kehadiran kita, cepat sungguh pandangan mereka beralih dan mencari kelibat orang yang disayangi.

Eye contact, pandangan mata si kecil terus mengamati muka kita dan akan mengeluarkan bunyi-bunyian, bahasa bayi untuk cuba berkomunikasi.

3. Selesa Dalam Pelukan Kita

Kuasa pelukan memang tidak dapat dinafikan lagi dalam membantu si kecil lebih mudah bertenang dan selesa.

Mereka akan berasa lebih selamat dan perasaan bahagia itu akan jelas terpancar di riak wajah si kecil jika dipeluk oleh orang tersayang.

4. Suka Bau Kita

Pernah terjadi bayi yang disangka sudah tidur lena tiba-tiba terjaga apabila si ibu cuba mengalihkan badannya?. Mudah sahaja terjaga.

Situasi ini tidak pelik kerana bayi mula membina hubungan dengan ibunya melalui deria bau dan pendengaran sejak lahir lagi. Sudah pasti si kecil sangat mengenali ‘bau’ ibunya dan akan menyedari kehadiran atau ‘kehilangan’ ibunya disisi dengan pantas sekali.

5. Cepat Tersenyum Apabila Memandang Kita

Bayi akan mudah tersenyum apabila memandang kita, menandakan mereka senang akan kehadiran kita.

Saat ini adalah waktu terbaik untuk banyakkan berinteraksi dengan mereka untuk membina hubungan atau bonding yang kukuh dengan si kecil.

6. Buat Bunyi

Bayi juga ada bahasanya. Jika mereka nampak orang yang dikenali terutamanya ibu bapanya, pasti mereka akan mengeluarkan bunyi seolah-olah memanggil kita. Perkara ini juga adalah petanda perkembangan bahasa bayi sedang berlaku.

7. Lifting Up

Minta diambil, didukung dan diagah, memang inilah sifat semulajadi si manja jika nampak insan-insan yang dikenali dan disayangi. Terutamanya, ibu bapa atau pengasuh yang rapat dengan mereka.

8. Mudah Ketawa

Mudah tersenyum, mudah ketawa dan riak wajah yang suka dengan kehadiran kita adalah satu petanda yang bayi kita mempunyai emosi yang baik.

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah, perkembangan emosi mereka sangat penting terutamanya semasa diusia bayi.

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau pengasuh untuk membina emosi yang positif dan mendidik anak-anak bagaimana menguruskan dan menyalurkan emosi mereka dengan baik.

9. Sentiasa Memeriksa Keberadaan Kita

Selalu terjadi kepada golongan ibu yang mempunyai bayi kecil. Pantang ibu hilang dari pandangan mata, mesti si kecil ini terus menjerit “huwarggggggggg!”.

Siapa yang pernah mengalami situasi ini?. Kebanyakkan sudah pasti pernah melaluinya sehinggakan mahu ke tandas pun kelam-kabut jadinya.

Perkara ini adalah normal kerana attachment atau bonding yang kuat antara ibu dan anak. Bayi akan berasa tenang jika ibu sentiasa berada disamping mereka.

10. Separation Anxiety

Perkembangan pesat yang berlaku dalam memori jangka pendek dan panjang bayi serta hasil terbentuknya perhubungan baru antara bahagian otak yang mengawal emosi bayi telah menyebabkan perubahan emosi yang ketara dalam diri mereka.

Sekitar 9 bulan dan ke atas, sindrom separation anxiety akan muncul. Mereka akan lebih mudah takut dan tidak selesa dengan kehadiran orang yang tidak dikenali.

Akan berlaku senario-senario yang dramatik jika mereka berpisah dengan ibu bapa atau pengasuh yang rapat dengan mereka. Namun, disebalik itu, separation anxiety juga menandakan kehadiran dan peranan penting kita sebagai ibu bapa dalam kehidupan si kecil sangat bermakna.

Penting untuk ibu bapa dan pengasuh untuk mengetahui bahasa tubuh, gestur, mimik muka dan sebagainya bagi memudahkan kita memahami emosi bayi yang masih kecil ini.

Dengan cara inilah si kecil menzahirkan perasaan gembira, sedih, marah atau tidak selesa. Diharap orang dewasa disekeliling mereka dapat memahami apa yang ingin diluahkan. Pastikan kita peka dengan emosi anak-anak ya!.

Sumber: Dr. Mahani Razali

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.