Baru kahwin? Masih belum ada panggilan manja untuk suami istri masing-masing? Apa kata kalau cuba gunakan panggilan sayang dalam Bahasa Arab untuk pasangan suami-istri. Dengan panggilan khusus begini barulah tampak makin mesra. Bila marah kekalkan panggilan yang sama, InshaAllah makin lentur rasa yang tengah marah tu.

Panggilan begini mungkin terdengar sedikit aneh jika diucapkan di depan umum tapi hakikatnya ia akan menjadi suatu moment yang indah jika terus digunakan berdua sesama suami atau istri.

panggilamn suami isteri dalam bahasa arab

image via : Pop Bela

Kelebihan Menggunakan Panggilan Manja Untuk Suami Isteri

  • memiliki nama panggilan manja yang unik
  • merapatkan hubungan mesra bersama suami / isteri
  • memberikan perspektif yang baik dan positif bagi anak-anak
  • meluahkan rasa kasih dan sayang selalu
  • meningkatkan rasa cinta pada pasangan
  • memanggil dengan nama yang special hanya untuk dia
  • menyemai rasa hormat dan setia pada si pasangan

10 Panggilan Manja Untuk Suami Istri Dalam Bahasa Arab

#1 – Habibi

Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang pertama ialah, Habibi. Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar perkataan ini. Sebenarnya perkataan ini merujuk kepada lelaki yang bermaksud abang atau kanda. Ia adalah panggilan wanita Arab kepada para suami mereka. Mungkin panggilan sebegini anda boleh gunakan untuk menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

 

#2 – Sodiqi

Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang seterusnya ialah Sodiqi. Sodiqi adalah panggilan dalam Bahasa Arab yang bermaksud setia. Kebiasaanya, panggilan ini biasanya ditujukan kepada sang suami. Ada juga yang tujukan panggilan ini kepada sahabat lelaki yang setia dalam menjalin sesuatu hubungan. Tapi kenapa panggilan ini ditujukan kepada suami pula?. Kerana suami merupakan teman sejati yang setia hidup bersama dengan isteri sepanjang hayat.

 

"

#3 – Hubby

Panggilan manja suami isteri bahasa Arab pasti akan membuatkan anda merasa pelik. Mana tidaknya, anda pasti ingat perkataan hubby ini dari perkataan Bahasa Inggeris. Tetapi apa yang anda tidak tahu, arti perkataan hubby ini berasal dari perkataan Arab iaitu “Hubun” yang bermaksud cinta. Dalam bahasa Arab, Habibi, Habibie, atau Habiebie adalah nama panggilan untuk laki-laki. Jadi para isteri bolehlah panggil suami dengan salah satu panggilan ini. 

panggilan suami isteri dalam bahasa arab

image via : Baitul Jannah

#4 – Habibati

Kalau lelaki ada panggilan “Hubby” panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang seterusnya  ini pula sesuai untuk digunakan bagi panggilan untuk sang isteri. Habibati bermaksud , Kasih sayang, yang tersayang, kesayangan. Panggilan ini menggambarkan bertapa seorang suami kasih dan sayangnya pada sang isteri. Jadi apa kata anda gunakan panggilan ini kepada isteri anda, pastinya isteri anda akan jatuh cinta pandang sekali lagi dengan anda.

 

#5 – Abi

Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang seterusnya ini pula kita biasa dengar. Malah ramai antara kita menggunakan panggilan ini kepada suami mereka. Abi berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ayah. Selain dari panggilan “Mama” Dan “Papa” anda juga boleh menggunakan panggilan “Umi” dan “Abi” yang pastinya akan kelihatan sungguh manis.

#6 – Umi

Kalau ada panggilan “abi” tak lengkap rasanya kalau tidak menggunakan perkataan panggilan “Umi” untuk wanita. Panggilan manja suami isteri bahasa Arab amat sinonim dalam masyarakat kita. Bukan sahaja anak, malah malah para suami juga turut memanggil isteri mereka dengan panggilan sebegini. Umi berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ibu. Ia menggambarkan betapa pentingnya seorang isteri dalam hidup suami.

#7 – Humaira

Humaira bukan sahaja sesuai untuk digunakan sebagai nama anak malah ia juga boleh di gunakan untuk salah satu panggilan manja suami isteri bahasa Arab. Humaira di inspirasikan dari panggilan Nabi Muhamad S.A.W. Panggilan ini ini pastinya akan membuatkan pipi isteri anda merona merah kerana ia menggambarkan bertapa manjanya isteri anda itu dan membuatkan mereka terasa di hargai

#8-Ya Zawjati

Ya Zawjatii berasal dari perkataan Arab Arab iaitu zawjatun yang membawa maksud wahai isteriku. Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang disebutkan ini akan membuatkan isteri anda terasa di hargai. Ini kerana, panggilan ini melambangkan panggilan jujur seorang suami kepada isteri dan menghargai segala penat lelah isteri.

 

#9 – Ya Qalbii

Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang ini akan membuatkan isteri anda cair dan bertambah sayang dengan anda. Mana tidaknya Ya Qalbii merupakan perkataan dari Bahasa Arab yang bermaksud wahai hatiku. Jika isteri anda faham maksudnya sudah pasti isteri anda akan terasa di sayangi dan di hargai.

 

#10 – Ya Umma Awla

Panggilan manja suami isteri bahasa Arab yang terakhir ini sama maksudnya dengan panggilan Umi iaitu wahai ibu kepada anak-anakku. Panggilan ini menunjukkan suami menghargai setiap pengorbanan isteri dalam membesarkan anak-anak dan menjaga rumah tangga.

panggilan suami isteri dalam bahasa arab

image via : We Heart It

Nak Hubungan Suami Isteri Kekal Bahagia? Boleh Gunakan Panggilan Suami Istri Dalam Bahasa Arab Untuk Makin Mesra

Itulah serba sedikit panggilan sayang untuk kekal romantis dalam Bahasa Arab. Bagi yang inginkan panggilan suami isteri yang unik dalam bahasa arab, bolehlah pilih mana-mana panggilan yang dicadangkan tadi. Mungkin pada awalnya akan berasa kekok tapi jika terus dipraktikan InshaAllah lama kelamaan akan menjadi semakin mudah. Jika segan, boleh panggil hanya ketika berdua-duaan saja. Terpulanglah pada tahap penerimaan pasangan masing-masing.

Jom tuturkan cinta dalam bahasa Asab dan jemput baca panduan untuk mengenali bakal suami berimancabaran dan kebaikan kahwin muda serta 7 sebab mengapa ramai pasangan kahwin lari di sempadan juga.

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.