Assalamualaikum wr, wb.

Banyak orang yang menyukai kek sebagai dessert, salah satu contoh kek yang sangat lazat iaitu kek batik. Kek batik pula banyak macamnya, seperti kek batik cheese yang dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di Facebook ini.

Kek batik cheese memang sangat sedap. Melihat gambarnya saja sudah menitikkan air liur. Cheese yang meleleh di atas permukaan kek, sangat menggoda selera.

Kek batik ialah hidangan yang paling simple untuk para tetamu. Jika dilihat dari bentuknya, kek batik seakan keras, namun setelah dimakan kek batik sangat lembut di lidah. Apalagi kek batik yang diletakkan cheese akan menambah kelazatan kek batik tersebut.

Resepi Kek Batik Cheese (Sangat Lazat)

resepi kek batik cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • 300 gm coklat masakan.
  • 250 gm cream cheese.
  • 1 2/3 cawan non dairy whipping cream.
  • 1-2 sd besar susu pekat (boleh tambah jika suka).
  • 1 pakej biskut cream crackers.

Cara Membuat Kek Batik Cheese

1. Double boil coklat masakan bersama 2/3 cawan non dairy whipping cream hingga coklat
cair. Kacau sebati dan biar sejuk sekejap.

2. Dalam bekas lain satukan cream cheese, 1 cawan non dairy whipping cream dan susu pekat. Pukul hingga kembang.

3. Seterusnya, alas loyang dengan plastik dan susun biskut hingga penuh dasar loyang.

4. Tuang coklat di atas biskut dan ratakan.

5. Susun lagi biskut di atasnya, tuang cream cheese dan ratakan. Ulang semula step hingga habis.

6. Parut coklat masakan di atas lapisan biskut jika suka.

7. Akhir sekali, sejukkan 1-2 jam.

8. Jika suka boleh celup biskut ke dalam susu sekejap sebelum susun ke dalam loyang.

resepi kek batik cheese

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Batik Cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.