Ayam percik adalah antara makanan yang sangat popular di Malaysia. Selalunya dijual ketika di bulan Ramadan.

Teringin nak makan ayam percik? Tapi bukan bulan Ramadan? Jangan risau. Apa kata anda cuba memasak resepi ini! Memang confirm merecik habis. Takkan rugi punya.

Kata orang, memasak sendiri barulah terasa nikmatnya kalau dibandingkan dengan yang dibeli di luar.  Tak gitu? Kini, anda boleh memasaknya sendiri di rumah tanpa mengira waktu dan tanpa perlu keluar dari rumah!

Resepi ayam percik ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan pengguna laman sosial lagi lagi untuk yang gemar memasak. Ayuh cuba sendiri resepi ini baru tahu merecik tak merecik resepi ni. Rata rata pengguna mengatakan resepi ini sangat mudah untuk diikuti.

Resepi ini dikongsikan oleh Miya Aira dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

Bahan – Bahan

BAHAN PERAP (A)

Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

Seekor ayam potong 4,6 atau 8

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

#Kisar sampai halus ya

Perap ayam bersama bahan kisar dan garam secukup rasa. Selama 3O minit. Sementara menunggu ayam terperap. Jom kita buat kuah dulu ya

BAHAN (B) UNTUK KUAH

Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

1. 10 ulas bawang merah

2. 2 ulas bawang putih

3. 1 inci halia

4. 2 batang serai

5. Cili kering nak pedas taruk lebih (Rebus dulu ya)

6. Setengah bekas santan PEKAT

Cara Cara Memasak

Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

Kisar bahan yang bernombor 1,2,3,4,5 sehingga halus.

Masuk kan dalam kuali ATAU periuk bersama santan.

Kacau dan kacau sehingga PEKAT dengan menggunakan api perlahan je ya.

Masuk kan perasa, garam dan gula. Gula wajib taruk ya sebab kuah percik kena rasa manis-manis sedikit baru sedap. Taruk 2 atau 3 sudu besar ATAU ikut citarasa anda. Miya just taruk 2 je. Dah pekat ok tutup api.

Kukus kan ayam yang di perap tadi sehingga masak.#Kalau korang nak jimat masa, tak nak perap or kukus boleh masak ayam guna separuh dari kuah yang di masak tadi di kuali berasingan. Tak perlu perap ok.

Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

6. Lumur ATAU celup ayam di dalam kuah di masak tadi.

Bakar ayam hingga garing. Jangan rentung pulak. Balik balik kan sambil balik kan tu lumur sikit sikit kuah atas ayam. Kalau guna arang macam miya kena pandai control bara ya kang tak pasal pasal hangit. Miya suka bakar cara macam ni baru merbelesss rasa dia

#Tak nak guna cara ni boleh guna pemanggang ajaib or apa saja jenis pembakar ok

Resepi Ayam Percik

Imej via Facebook

Selamat mencuba!

Resepi Ayam Yang Menarik Lain

Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .