Pernah makan ayam goreng berempah yang sedap hingga menjilat jari? Mesti sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas panas. Tiada masa ke dapur?

Jangan risau. Resepi Ayam Goreng Berempah ini sangat mudah. Tidak perlu pening kepala untuk memikirkannya. Selain itu, resepi ini juga tidak mempunyai sukatan. ‘Letak ikut suka’ bak kata tuan punya resepi.

Ayam goreng berempah selalunya akan dinilai kesedapannya berdasarkan rempah yang digunakan dan kelambakkan serdak serdaknya. Dengan resepi ini, tidak perlu risau! Kerana memang confirm akan mendapat serdak ayam gorengnya yang banyak beserta dengan kesedapan sehingga menjilat jari.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Safarin Niezam Yassin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Imej via Facebook

Lunch Ayam goreng berempah serai selambak

Ade ke yang nak resepi simple super duper ni

Bahan Bahan Ayam goreng berempah ni simple je! Semua takde sukatan. Agak agak je ni!

Bahan Bahan

  • Ayam
  • Serbuk Kari Daging
  • Serbuk Cili
  • Kunyit
  • Garam
  • Daun Kari
  • Serai (Lagi Banyak Lagi Sedap!) *
  • Halia *
  • Bawang Putih *

(Jangan letak bawang merah ya! Petua dari Mak Lang kenduri kahwin)

Tumbuk Lumat Bahan Yang Bertanda *

Jangan Lumat Sangat. Agak agak serai tu berambut ok dah.

Cara Cara Memasak

#1 Basuh ayam & tos

#2 Letak kunyit, serbuk kari daging , serbuk cili , garam. Agak agak macam kita garam kunyit ikan tu.

#3 Gaul rata, masuk bahan tumbuk & daun kari tadi .

#4 Tunggu minyak panas dah boleh goreng . Api sederhana besar, jangan besar sangat, nanti ayam tak masak dalam & serdak hangus.

Nota 1 : serai jangan potong halus halus sebelum tumbuk, potong agak agak sejengkal ruas jari tu. Kalau halus halus lepas tu tumbuk, dia tak jadi panjang panjang macam tu. Dia jadi serdak macam rendang

Nota 2 : kalau nak lagi sedap lepas gaul boleh perap dalam peti , tapi tak perap pun sedap jugak

Selamat mencuba

Resepi Ayam Lain yang Menarik

Selain resepi ayam goreng berempah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share dan komen di bawah ya.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .