Hirup sup ayam panas-panas sedap kan? Tambah-tambah kalau masa tengah sejuk-sejuk nih (sekarang kan musim hujan). Sedapnya. Sup ayam ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh dimakan dengan nasi, bihun, mee atau kuey teow. 

Jadi sup ayam ini, boleh dikategorikan sebagai makanan yang fleksibel. Iye lah, kalau dalam satu keluarga ada yang nak makan nasi, tak nak makan nasi. Mak boleh lah masak sup nih. Senang kerja, jimat masa. Mak hanya masak sup dan sediakan karbo nya sahaja. Senang kan? Lagipun, kalau ada ahli keluarga yang sakit bolehlah buat sup ayam nih. Tukar dengan ayam kampung lagi bagus.

Resepi daripada‎ Siti Afzan ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. Sesiapa yang nak diet pun boleh mencubanya. Menu sup ini antara menu yang kurang kalori. 

Bahan-bahannya :

Resepi Sup Ayam
Imej via facebook
  • Ayam setengah ekor saiz sederhana
  • Air anggaran 2 liter
  • Kentang 2 biji saiz sederhana (potong 6)
  • Cendawan tiram (disiat2)
  • Batang seleri
  • Tomato 2 biji (belah 4)
  • Garam & serbuk pati ayam (ikut citarasa)
  • Bawang goreng & daun sup utk ditabur di atas sup

Bahan tumisan :

  • Minyaksedikit utk menumis
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia (tumbuk/kisar hingga hampir halus)
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis/bunga lawang/buah pelaga)

Cili Kicap :

  • 20 tangkai cili padi thai (mesin/tumbuk hingga hampir halus) 
  • 10 sudu besar kicap manis cap Kipas Udang
  • 1 biji limau kasturi


Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga perang dan naik bau.
  2. Masukkan ayam, panaskan sekejap hingga ayam nampak mengecut sedikit.
  3. Kemudian, masukkan air dan kentang
  4. Tunggu sehingga kentang empuk.
  5. Masukkan bahan-bahan yg lain dan serbuk perasa.
  6. Matikan api.
  7. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun sup.
  8. Bagi cili kicap, hanya campurkan sahaja semua bahan cili kicap dan kacau hingga sebati.

Selain resepi Sup Ayam ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.”

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.