Asal nak beli oden mesti kena beratur panjang. Itu memang senario dia kalau masuk Family Mart. Mesti ramai yang suka menu popular oden dia orang. Memang ramai pergi Family Mart sama ada nak beli oden atau pun aiskrimnya.

Jom kita cuba buat oden sendiri kat rumah. Mudah sangat rupanya. Satu family pula boleh makan sampai puas, jadi puas hati. Meh tengok resepi yang sudah viral sana sini itu. Resepi perkongsian ramai baru baru ini yang dikongsikan oleh ‎Marina Ismail‎ di laman Facebook. Boleh olah ikut tekak masing-masing ya.

Yang remehnya satu hal saja, susah nak cari barang frozen di satu tempat. Merata lah menjelajah. Siap pergi kedai-kedai Frozen, Giant dan Aeon semata-mata cari yang hampir sama dengan Family Mart. Kemudian kalau seafood frozen lebih disyorkan jenama Mushroom dan Figo sebab kedua-dua jenama itu rasanya lebih sedap dan berkualiti.

Tunggu apalagi, cubakan resepi ini di rumah. Sekali-sekala boleh lah untuk memuaskan selera anda yang mengidamkan oden Family Mart itu.

Resepi Oden Ala Family Mart

oden ala family mart

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Seafood Frozen Food
  • 1 paket perencah asam pedas Adabi
  • 1 paket perencah tomyam Adabi
  • 1 paket perencah sup siam Adabi
  • 1 liter air
  • 1 sudu besar Thai Palm Sugar (yang biasa guna buat Som Tam tu)
  • Garam (kalau perlu)
oden ala family mart

Imej via Facebook

Cara Memasak:

  1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan semua perencah, palm sugar dan garam. Garam ni kalau perlu saja ya.
  3. Kacau sekejap pastu dah boleh masukkan segala bahan-bahan frozen tadi.
  4. Dah siap dengan mudahnya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi oden, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.