Jom menggoreng nasi pula kita hari ini! Kali ini kami menyediakan resepi nasi goreng pattaya sedap yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu.

Nasi goreng pattaya ialah antara pelbagai jenis nasi goreng yang dihidangkan di semua kedai makan melayu. Belum pasti asal usul nasi goreng ini dari mana walau banyak yang menyebut ia datang daripada Thailand.

Nasi goreng pattaya menarik kerana ia dihidangkan dengan nasi yang dibungkus dalam telur dadar. Aroma perencah nasi goreng akan pecah apabila seseorang memakannya dengan menyingkap telur dulu.

Daripada beli di kedai, lebih jimat masak sendiri. Puas makan satu keluarga. Resepi nasi goreng pattaya terlajak sedap dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Pattaya

nasi goreng pattaya

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 mangkuk nasi putih,
  • 2 biji telur,
  • 1 ketul dada ayam dipotong dadu,
  • 3 ulas bawang putih dicincang,
  • 1/3 biji lobak merah dipotong dadu,
  • 4-5 biji kacang buncis dipotong kecil,
  • 2 biji cili padi dipotong halus,
  • 2 sudu besar kicap cair,
  • Sedikit garam,
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan ayam.
  2. Bila ayam sudah separuh masak masukkan kicap. Kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sebati.
  4. Tambah sayur tadi dan taburkan sedikit garam. Kacau sebati bagi semua mesra dan sayur layu.
  5. Bancuhkan dua biji telur dengan secubit garam. Goreng dengan minyak yang sedikit. Gelekkan sehingga menjadi bulatan besar.
  6. Masukkan nasi ke dalam mangkuk dan letak di tengah-tengah telur.
  7. Tutup nasi dan terbalikkan ke atas pinggan.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng pattaya, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.