Mencari resepi bubur ayam McD?

Sesiapa yang gemar makan di Restoran McD pasti tahu bubur ayam merupakan antara signature restoran ayam goreng dan burger itu.

Resepi bubur ayam yang akan kami kongsikan kali ini datang daripada Azwa Muhammad‎ di laman Facebok. Resepi ini pasti hampir menyerupai seperti buburMcD.

Sudah dipastikan kanak-kanak sangat menyukai bubur ayam. Namun selain daripada itu, umumnya orang dewasa juga menyukai bubur ayam McD sebagai sarapan.

Bubur ayam selain identik sebagai menu sarapan, ia juga selalunya menjadi langganan untuk orang sakit. Rasa bubur ayam yang sedap dan lembut membuat ianya lalu ditekak yang tidak berapa sihat.

Walaupun cukup senang beli di restoran McD, pesan, bayar dan makan. Namun akan lebih berbaloi jika anda buat sendiri di rumah, ekonomi dan mudah tentunya. Jom cuba resepinya.

Resepi Bubur Ayam McD

bubu ayam McD

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beras 1 cawan,
  • Air 5 cawan,
  • Halia hiris,
  • Bawang merah hiris,
  • Bawang putih hiris,
  • 1 kiub ayam,
  • 3 sudu minyak masak,
  • Garam/perasa.

Cara-cara :

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Masakkan beras seperti biasa. Kacau sampai lembik dan tambahkan air sampai jadi bubur.
  3. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masakkan sampai garing.
  4. Lalu tuang bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk bubur.
  5. Terus masukkan ayam dan kiub pati ayam. Sentiasa kacau sampai masak.
  6. Masukkan perasa.
  7. Jika sudah cukup rasa, tutup api.
  8. Letak bubur dalam mangkuk dan hias dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kalau mahu pedas boleh letak lada sulah dan cili merah potong.

Mudah bukan? Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bubur ayam McD, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. 

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.