Orang kata, sakit gigi sama sakitnya macam nak bersalin. Punyalah sengsara, rasa macam nak tumbuk orang. Kalau anda sedang sakit gigi, jom baca 25 petua hilangkan sakit gigi dengan cepat yang dijamin berkesan.

petua sakit gigi

Sumber: Hellodoktor

1. Daun salam & bunga cengkih

Daun salam dan bunga cengkih adalah salah satu petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Bahan-Bahan yang diperlukan ialah 3 biji bunga cengkih, 5 helai daun salam, dan air secukupnya. Cara membuatnya, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan helaian daun salam dan bunga cengkih ke dalam periuk. Rebus sehingga air rebusan mendidih dan mengeluarkan aroma wanginya.

Gunakan untuk berkumur pada setiap waktu sebelum tidur, insha Allah sakit gigi anda akan semakin berkurangan.

2. Air garam & limau nipis

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

3. Gambir

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

4. Garam & lada hitam

Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.

petua sakit gigi

Sumber: Fienartamerica

5. Limau nipis

Buah limau nipis juga berkesan untuk mengatasi sakit gigi berlubang dan juga gusi bengkak. Ambil sebiji buah limau nipis, perah dan ambil airnya. Kemudian campurkan dengan segelas air suam. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, kumurlah selalu.

6. Daun sirih & bunga cengkih

Petua hilangkan sakit gigi yang seterusnya  adalah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bersifat sebagai antibiotik yang boleh menyembuhkan luka dan membunuh bakteria pada gigi berlubang. Rebus kedua bahan ini, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Ulang sehingga sakit gigi anda sembuh.

7. Ais

Tuamkan ais ke pipi di bahagian gigi yang sakit. Jangan lupa untuk alaskan ais dengan kain. Jangan tuam ais secara direct ke kulit muka. Nanti sakit gigi hilang, pipi pulak merah menyala.

8. Daun jambu batu

Ada 2 cara untuk anda menghilangkan sakit gigi dengan menggunakan daun jambu batu. Cara pertama, anda boleh terus mengunyah daun jambu batu. Tak lama selepas mengunyah, anda akan mula berasa kebas dimulut lalu sakit gigi anda akan hilang.

Cara kedua ialah dengan merebus daun jambu batu bersama sedikit garam dan dijadikan sebagai air kumuran.

9. Teh hitam

Teh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu menghilangkan sakit dengan cara mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur. Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit untuk kelegaan sementara membuat temujanji dengan doktor.

petua sakit gigi

Sumber: Pertanian99

10. Esen vanila

Titiskan esen vanila ke kawasan gigi yang sakit. Sakit gigi anda akan reda.

11. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

12. Tomato muda

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

13. Habbatussauda

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

14. Daun serai

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air panas dan tambah sedikit garam. Air serai ini boleh digunakan sebagai bahan kumur.

15. Aloe Vera

Ambil isi aloe vera dan sapuka pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, masukkan isi aloe vera ke dalam lubang.

16. Air rebusan sirih

Ambil 10 helai daun sirih tua dan rebus dengan 6 gelas air sehingga mendidih. Sejukkan dan tapis. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

petua sakit gigi

Sumber: Manjadda

17. Cuka

Sediakan segelas air suam dan campurkan sedikit cuka. Kemudian berkumur dengan air tersebut. Amalkan 3 kali sehari.

18. Kapur sirih

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Anda juga boleh kunyah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

19. Belimbing buluh & garam

Cara seterusnya ialah dengan cara makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

20. Bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

 

petua sakit gigi

Sumber: Lelakisihat

21. Bawang putih & cuka

Ambil  seulas bawang putih dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, masukkan sedikit cuka. Dah siap campur bawang putih dengan cuka, letak pada gigi  yang berlubang

22. Getah bunga kemboja

Kaedah seterusnya, sapu sahaja getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

23. Minyak gamat

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

24. Tampuk buah betik muda

Ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan ke gigi yang sakit.

25. Air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air panas. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi.

petua sakit gigi

Sumber: Hellosehat

Itulah dia 25 petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Semoga sakit gigi yang anda alami berkurangan. Kalau tak kurang juga, cepat-cepat ke klinik gigi untuk berjumpa dengan doktor. Jemput juga abca artikel tulisan kami yang lain seperti petua hilangkan kayap , petua hilangkan sakit perut dan petua hilangkan batu karang

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.