Kesan stretch mark sememangnya menjadi mimpi ngeri bagi wanita yang pernah melahirkan. Anak dah masuk sekolah, tapi stretch mark masih ada lagi. Jangan runsing, jom kami kongsikan 14 petua hilangkan stretch mark yang paling mudah dan dijamin berkesan.

petua hilangkan stretch mark

Sumber: Kulitsehatku

1. Scrub aprikot

Anda boleh buat sendiri di rumah. Bahan yang diperlukan cuma 2 biji aprikot. Sediakan aprikot. Bersihkan, potong dan keluarkan biji. Lenyekkan aprikot untuk mendapatkan pes. Tampal pes aprikot tadi pada stretch mark anda. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit. Basuh dengan air suam. Ulang setiap hari sehingga stretch mark anda hilang.

2. Oat

Oat juga boleh menghilangkan stretch mark. Apa yang anda perlukan ialah setengah cawan oat & 1 cawan air panas. Caranya, Masukkan 1 cawan oat dalam mangkuk besar & panaskan dalam ketuhar mikro selama satu minit 30 saat.
Tuangkan air panas ke dalam mangkuk. Kacau. Biarkan campuran sejuk sehingga suhu bilik.

Sapukan campuran ke kawasan yang mempunyai kesan stretch mark. Biarkan campuran pada kulit selama 10 minit. Bersihkan campuran di kulit dengan kain. Bilas dengan air sejuk. Sapukan losyen pelembab dan kolagen di kawasan tadi. Ulangi setiap hari selama dua minggu.

3. Kentang

Kentang mengandungi 3 bahan utama iaitu phytochemicals, polyphenols, dan carotenoids yang membantu memperbaiki tekstur kulit. Caranya, potongkan sebiji kentang kepada 2 bahagian dan sapukan isi kentang ke tubuh yang terdapat parut stretch mark. Biarkan seketika sehingga jus kentang meresap sepenuhnya sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali atau 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan.

4. Jus lemon

Satu lagi kaedah mudah yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan stretch mark adalah dengan menggunakan jus lemon. Jus lemon bersifat asidik dan dapat membantu untuk memulihkan dan mengurangkan stretch mark pada badan. Caranya, ambil perahan jus lemon dan lumurkan ke bahagian kulit yang terdapat stretch mark. Gosokkan jus lemon dengan gerakan secara bulatan. Biarkan ia selama 10 minit sebelum bilas dengan air.

5. Madu asli

Madu mengandungi antiseptik yang membantu memulihkan kulit daripada parut stretch mark. Caranya sangat mudah. Sapukan madu ke parut stretch markSambil menunggu ianya kering, lakukan urutan lembut pada bahagian tubuh tersebut. Bilas seperti biasa dengan air suam dan ulangi langkah ini setiap hari.

petua hilangkan stretch mark

Sumber: Tipkecantikan

6. Putih telur

Putih telur kaya dengan protein yang membantu merawat komposisi kulit dan membantu menghilangkan stretch mark. Caranya, pukul sebiji putih telur dengan garfu dan gunakan berus lembut untuk menyapu telur tadi pada stretch mark. Biarkan sapuan tersebut mengering dan sapu lagi beberapa lapisan sehingga habis sebelum membilasnya.

7. Lemon & timun

Vitamin C yang terkandung dalam lemon dapat membantu memperbaiki kulit manakala timun pula memiliki ciri pelembap yang amat baik untuk kulit. Anda boleh membuat pes daripada jus lemon dan timun yang dikisar bersama. Sapukan pada bahagian yang berparut dan biarkan sehingga ia kering. Selepas itu, bilas seperti biasa.

8. Aloe vera

Aloe vera mempunyai ciri istimewa untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan. Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapatstretch mark. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Lebih elok jika anda gunakan gel aloe vera asli daripada daun lidah buaya kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

9. Minyak zaitun

Seelok-eloknya, gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan yang mempunyai kesanstretch mark. Lebih elok lagi jika diamalkan sebelum tidur agar kesemua vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.

10. Minyak kelapa dara

Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara untuk menghilangkan stretch mark. Ianya berfungsi untuk melembutkan parut stretch mark dan memudarkannya.

11. Scrub kopi & gula

Gula & kopi boleh digunakan sebagai cara menghilangkan stretch mark dengan menjadikannya bahan asas dalam skrub. Ini kerana, gula & kopi membantu membuang kulit-kulit mati pada kulit. Jenis gula yang boleh dipakai adalah gula putih, gula merah, atau gula organik. Untuk kopi, anda boleh gunakan jenis arabica.

Skrub semulajadi ini boleh dibuat sendiri di rumah dengan mencampurkan gula & kopi sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Kalau nak mudah, anda boleh beli scrub kopi yang ada dijual.

12. Coklat

Coklat bukan sahaja sedap dimakan malah berguna juga untuk menghilangkan stretch mark. Bancuh satu sudu coklat bersama 3 sudu air suam. Sapukan ke stretch mark & biarkan sehingga kering. Kemudian bilas. Tapi jangan pula bawa tidur malam. Risau anda dihurung semut.

13. Shea butter

Sentiasa melembabkan kawasan yang ada stretch mark dengan shea butter. Bahan ini merangsang pembentukan kulit baru agar stretch mark dapat dihilangkan. Sapukan shea butter selepas mandi kerana pada waktu ini kulit anda lembut dan lembap lalu dapat menyerap kelembapan dengan maksima. Selain itu, sapukan juga setiap kali lepas solat 5 waktu. Teknik ini memang berkesan.

14. Vitamin C

Badan kita menggunakan Vitamin C untuk membentuk kolagen dibawah kulit dan tulang rawan. Pembentukan kolagen menggalakkan pembentukan sel kulit baru bagi menggantikan kulit yang ada stretch mark. Untuk kesan yang terbaik, kami cadangkan anda dapatkan Vitamin C dari sumber makanan semula jadi. Di antara makanan yang tinggi vitamin C termasuklah:

  • Lada benggala merah dan hijau
  • Jambu batu
  • Brokoli
  • Oren
  • Limau gedang

Itulah dia 14 petua hilangkan stretch mark yang paling mudah dan dijamin berkesan. Semoga bermanfaat! Jemput juga abca artikel doa untuk anak, petua hilangkan kuning bayi dan petua hilangkan perut kembung bayi.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.