Demam kuning atau jaundis sememangnya meresahkan hati ibu yang baru melahirkan. Tak sanggup rasanya tengok anak menangis tiap kali kena ambil darah. Jom kami kongsikan 18 petua hilangkan kuning bayi dengan cepat yang terbukti berkesan.

petua hilangkan kuning bayi

Sumber: Babyarabia

1. Kenal pasti bahawa bayi anda ada jaundis secepat mungkin

Selepas bayi dilahirkan, dalam tempoh 3 hari pertama,  pastikan anda sentiasa memeriksa bayi anda untuk memastikan bebas jaundis. Anda boleh melalukan pemeriksaan dengan melihat warna kulit dan mata bayi. Jika bayi terkena jaundis. mata & kulit akan berubah menjadi kuning. Jika anda was-was, segera pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

2. Jauhi warna kuning

Apabila membeli peralatan bayi, elakkan membeli baju, sarung tangan & kaki, selimut, sarung bantal, dan cadar yang berwarna kuning.

Ibu juga perlu mengelakkan daripada memakai pakaian berwarna kuning pada 3 hari pertama bayi dilahirkan. Ini adalah salah satu petua yang kami kutip dari seorang bidan yang mempunyai pengalaman menjaga ibu berpantang selama berpuluh-puluh tahun.

3. Susukan bayi dengan kerap

Bayi jaundis akan menjadi sangat mengantuk & tidur sepanjang masa. Anda perlu kejutkan bayi setiap satu jam untuk menyusukannya. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk jaundis. Susukan bayi dengan kerap, dan yang paling penting, berikan susu ibu, bukan susu formula.

4. Susu kambing

Ini juga adalah petua paling senang untuk menurunkan jaundis atau demam kuning yang kami dapat dari bidan tersebut. Berikan susu kambing yang baru diperah dari ibu kambing kepada bayi anda. Pastikan susu tersebut belum disimpan dalam peti ais. Caranya, titiskan sedikit susu kambing ke dalam mulut bayi.

Seeloknya ibu juga minum susu kambing kerana khasiatnya akan sampai kepada bayi apabila menyusu. Kenapa susu kambing? Susu kambing adalah susu kedua terbaik di dunia selepas susu ibu, malah Rasulullah saw juga minum susu kambing semasa baginda bayi.

petua hilangkan kuning bayi

Sumber: Iluminasi

5. Mandikan bayi dengan air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersbut setiap pagi sehingga bayi bebas dari jaundis.

6. Perahan anggur hitam

Petua hilangkan demam kuning yang seterusnya ialah dengan memberikan bayi air perahan anggur hitam. Titiskan ke mulut bayi. Insya Allah ianya membantu.

7. Pati kurma

Ibu perlu banyak minum pati kurma. Pati kurma banyak dijual di kedai arab. Caranya, ambil 2 sudu setiap pagi atau jadikan jus untuk diminum pagi & malam sepanjang anak anda terkena demam kuning.

8. Elakkan makan jamu & herba

Apabila anak terkena jaundis, para ibu dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jamu & herba seperti lada hitam, kunyit, dan halia kerana bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan jaundis lambat pulih.

9. Asam jawa & daun kucai

Ambil segenggam asam jawa, ramas & tapis. Ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus & tapis. Campurkan kedua bahan & tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal. Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

10. Sengkuang Cina

Kupas kulit, kisar sehingga lumat. Tapis berulang-kali sehingga tiada sisa-sisa sengkuang. Titiskan ke dalam mulut bayi. Sengkuang cina dipercayai membantu menyejukan badan bayi & mengurangkan kuning. Ingat, hanya titiskan ke mulut bayi, bukannya bagi minum sehingga kenyang. Ulang setiap hari sehingga bayi bebas dari jaundis.

petua hilangkan kuning bayi

Sumber: Zarenaheeney

11. Jemur bayi di bawah sinaran matahari pagi

Awal pagi, lebih kurang pukul 7 pagi, letak bayi anda berdekatan pintu atau tingkap supaya terkena tempias cahaya matahari yang baru keluar. Jemur sekejap sahaja, lebih kurang 10 minit. Ingat ye, jemur pada awal pagi bukannya sewaktu matahari tengah panas terik.

12. Mandikan bayi dengan air bunga

Satu lagi petua yang boleh anda cuba ialah mandikan bayi dengan air bunga. Petik bunga-bungaan yang tidak bergetah seperti bunga ros.

13. Mandikan bayi dengan air ginseng

Anda juga boleh berikhtiar dengan memandikan bayi dengan air ginseng. Di mana nak dapatkan ginseng? Ianya boleh dibeli di kedai ubat tradisional cina.

14. Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung anak

Ambil secekak pokok daun anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam & mandikan bayi anda. Insya Allah kuning akan berkurangan.

15. Mandikan bayi dengan air rebusan peria hantu

Peria hantu juga boleh membantu menurunkan bacaan bilubirin anak yang jaundis. Caranya, rebus peria hantu sehingga mendidih. Apabila suam, mandikan bayi anda.

petua hilangkan kuning bayi

Sumber: Lelakisihat

16. Mandikan bayi dengan air teh

Petua ini adalah yang paling mudah. Apabila mandikan bayi, masukkan sedikit air teh.

17. Rawatan fototerapi

Rawatan fototerapi biasanya dimulakan apabila paras bilirubin mencecah tahap tinggi. Namun rawatan ini kebiasannya bergantung kepada umur bayi dan sama ada bayi cukup bulan ataupun pramatang.

Untuk rawatan ini, bayi akan diletakkan di bawah lampu yang mempunyai jarak gelombang cahaya yang tertentu sama ada putih, biru muda, atau biru pekat, bergantung kepada keadaan bayi dan punca kuning terjadi.

Kebiasaannya, ia dilakukan di hospital dan bayi akan diletakkan di bawah lampu hampir sepanjang masa. Mata bayi akan ditutup bagi mengelakkan terkena sinaran lampu yang dekat. Kedudukan bayi pula akan diubah daripada masa ke semasa bagi memastikan kesemua bahagian badannya terkena sinaran tersebut.

18. Rawatan Tukar Darah

Rawatan ini dilakukan dalam situasi dimanaparas bilirubin terlalu tinggi dan tidak dapat diturunkan melalui rawatan fototerapi ataupun dalam keadaan klinikal tertentu.

petua hilangkan kuning bayi

Sumber: Carewithlove

Itulah dia 18 petua hilangkan kuning bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda.

Jemput juga baca artikel menarik lain kami seperti petua hilangkan ruam susu, petua bengkak susu dan petua bercerai susu

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.