Ruam susu kelihatan seperti ruam merah pada bahagian dagu, pipi atau hidung bayi yang baru lahir. Bagi bayi yang lebih tua, ia kelihatan seperti jerawat putih pada muka atau bahunya. Jom kami kongsikan 25 petua hilangkan ruam susu secara semulajadi tanpa ubat steroid.

petua hilangkan ruam susu

Sumber: petua

Apakah Punca Berlakunya Ruam Susu?

  • Tindak balas alahan kepada susu formula.
  • Alahan kepada hormon yang terdapat pada susu ibu.
  • Susu yang kering pada muka bayi dan tidak dibersihkan segera.
  • Air liur bayi yang sentiasa meleleh.
  • Bersentuhan dengan kain.
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti minyak wangi yang merengsakan.

Seterusnya, jom kita lihat apakah petua yang boleh anda amalkan:

1. Bersihkan wajah bayi dari air susu setiap kali selepas menyusu

Kata orang tua, ruam susu berlaku kerana sisa air susu yang melekat pada muka bayi. Oleh itu, pastikan anda membersihkan wajah bayi dengan bersih setiap kali selepas menyusu. Pastikan tiada sisa air susu yang tertinggal.

2. Susu ibu

Susu ibu adalah salah satu remedi yang sangat berkesan untuk ruam susu. Ianya selamat digunakan, tidak mempunyai bahan-bahan kimia merbahaya dan mempunyai sifat penyembuhan semulajadi. Basahkan bola kapas dengan susu ibu, kemudian sapukan perlahan-lahan pada ruam bayi setiap hari sehingga ia pulih.

3. Bunga raya

Ambil bunga raya dan sapukan getahnya ke pipi bayi yang beruam susu. Lalukan setiap pagi sehingga ruam hilang.

4. Bunga melati

Bunga melati adalah bunga yang berwarna putih, berbau manis dan sering digunakan dalam ubat semulajadi kerana sifat-sifat penyembuhannya. Ambil bunga yang segar dari pokok &  gosokkan dengan lembut pada ruam bayi anda. Minyak yang dikeluarkan oleh bunga melati bukan hanya boleh merawat ruam malah ia juga boleh melembapkan kulit bayi.

5. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara sememangnya mempunyai seribu satu khasiat. Salah satu daripadanya ialah untuk menghilangkan ruam susu. Sapukan sedikit minyak kelapa dara ke bahagian yang terkena ruam susu. Lakukan sekerap yang mungkin.

petua hilangkan ruam susu

Sumber: petua

6. Minyak zaitun

Selain minyak kelapa dara, minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam susu. Sama seperti minyak kelapa dara, sapukan minyak zaitun ke bahagian beruam sekerap yang boleh.

7. Kelapa parut

Masukkan kelapa parut ke dalam kain & sapukan ke pipi anak yang terkena ruam susu.

8. Bedak sejuk

Bedak sejuk yang anda pakai juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam susu. Sapukan ke bahagian yang beruam setiap kali lepas mandi.

9. Tepung ubi

Campurkan tepung ubi dengan air dan sapukan ke ruam susu.

10. Kaolin Clay ( tanah liat kaolin )

Dalam banyak-banyak tanah liat, tanah liat kaolin atau kaolin clay adalah yang terbaik. Ada banyak kaolin clay di pasaran, tapi pastikan anda memilih jenama yang semulajadi dan selamat tanpa bahan kimia merbahaya. Kami cadangkan anda guna Pearl Shine Mask dari jenama Beauty By Azra. Bahannya cuma 4 iaitu serbuk mutiara, kaolin clay, aloe vera dan distil water. Tiada bahan pengawet.

petua hilangkan ruam susu

Sumber: petua

11. Kanji nasi

Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji tadi disapukan pada ruam susu.

12. Aloe vera

Ambil lendir aloe vera dan sapukan ke ruam susu. Biarkan sehingga kering & bilas sehingga bersih. Lakukan dengan kerap sehingga ruam hilang.

13. Ragi

Ambil sebiji ragi & sagat halus. Campurkan dengan bedak talkum & sapukan lapisan halus ke bahagian yang terkena ruam susu.

14. Tomato

Biasa kita dengar orang gunakan tomato untuk kecantikan kulit muka, kan? Sebenarnya tomato juga boleh digunakan untuk menghilangkan ruam susu.

15. Madu asli

Sapukan satu lapisan nipis madu asli ke ruam susu diwajah bayi anda.

petua hilangkan ruam susu

Sumber: Medicalnewstoday

16. Elakkan persekitaran yang panas dan lembab

Elak daripada persekitaran yang panas dan lembab. Cari ruang yang berangin atau teduh yang boleh memberi keselesaan kepada bayi dan membolehkan bayi kurang berpeluh. Anda juga boleh menggunakan kipas mini apabila keluar ketika cuaca panas.

17. Pastikan bayi sentiasa sejuk

Pastikan badan bayi dalam keadaan sejuk. Sejukkan bahagian kulit yang sudah terjejas menggnakan tuala sejuk yang basah atau mandikan bati dalam air suam. Seterusnya, biarkan kulit nya menjadi kering dalam udara biasa dan adalah lebih baik jika tidak menggunakan tuala secara kerap.

18. Losyen kalamin

Anda digalakkan untuk menyapukan losyen tersebut di bahagian kulit bayi kecuali yang berdekatan dengan bahagian mata. Anda boleh menyapukannya ketika bayi kerap menangis dan tidak selesa ketika anda menyentuh kulit bayi anda.

19. Elakkan ruam susu dari terkena sabun dan syampu

Bayi anda mungkin mengalami ruam susu disebabkan oleh alahan kepada bahan kimia yang ada dalam sabun atau syampu yang digunakan semasa mandi. Oleh itu, elakkan sabun dan syampu daripada terkena wajah bayi.

20. Tukar susu formula

Jika bayi anda mengalami ruam susu disebabkan oleh susu formula yang diminum, tiba waktunya untuk anda bertukar kepada susu jenama lain.

petua hilangkan ruam susu

Sumber: petua

21. Jangan pakai losyen tangan semasa memegang bayi

Kalau anda gemar memakai losyen tangan, anda boleh berhenti memakai losyen tangan buat sementara waktu. Ada kemungkinan anak anda mengalami ruam susu akibat tindak balas kepada bahan kimia yang ada dalam losyen anda.

22. Jangan gunakan minyak wangi

Seperti losyen tangan, ada juga kebarangkalian bayi anda terkena ruam susu disebabkan oleh kesan tindak balas terhadap bahan kimia yang ada dalam minyak wangi yang anda pakai.

Lebih-lebih lagi kalau anda sembur minyak wangi ke nadi di pergelangan tangan.

23. Jangan cium bayi semasa memakai makeup

Jika diwajah anda ada bedak, blusher, gincu bibir & sebagainya, jangan cium bayi anda bagi mengelakkan kosmetik anda terkena kulit bayi.

24. Jangan cium bayi selepas merokok

Pastikan suami anda tidak cium bayi sejurus selepas merokok. Minta suami basuh muka & berkumur terlebih dahulu.

25. Jangan biarkan air lira bayi meleleh ke muka

Air liur bayi adalah antara pubca berlakunya ruam susu. Oleh itu, lap air liur bayi yang meleleh dimuka. Jangan dibiarkan.

petua hilangkan ruam susu

Sumber: petua

Itulah dia 25 petua hilangkan kuning bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Jemput juga baca artikel menarik lain kami seperti petua cairkan kahak, petua bengkak susu  dan petua bercerai susu

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.