Mencari petua hilangkan kayap?

Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit  yang disebabkan oleh jangkitan  virus Varicella Zoster didalam badan. Ia merupakan jangkitan virus yang akan menyebabkan pesakit ditumbuhi ruam, kegatalan, dan lepuh yang menyebabkan kesakitan.

Petua hilangkan kayap

Sumber: Jetem

Siapakah golongan yang berisiko mendapat penyakit kayap?

Di antara yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kayap ialah:

  • Warga emas yang berumur 50 tahun dan ke atas
  • Mereka yang memiliki kelemahan sistem imuniti yang rendah seperti pesakit  HIV, pesakit kanser yang melalui kemoterapi, dan juga pesakit kronik yang bergantung kepada steroid.

Apakah tanda-tanda atau simptom penyakit kayap?

Berikut adalah di antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit kayap:

  •  Berlakunya keradangan pada satu urat saraf  di satu bahagian badan sahaja. Biasanya keradangan berlaku di bahagian dada  dan muka.
  • Apabila berlaku keradangan pada bahagian terlibat, pesakit akan muka berasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf tersebut.
  • Pesakit juga akan mula dijangkiti demam dan mengalami  sakit kepala.
  • Di samping itu, pesakit juga akan merasa keletihan yang luar biasa.
  • Simptom-simptom yang kami nyatakan di atas akan dialami oleh pesakit seawal 3 hingga 5 hari sebelum tanda-tanda pada kulit mula timbul.

Apabila kayap mula tumbuh pada kulit, pesakit akan mengalami:

  •  Tompok kemerahan yang menyakitkan akan mula tumbuh pada saraf yang berkenaan.
  • Selepas 1 hingga 2 hari, akan timbul pula gelembong-gelembong air yang kecil. Pada mulanya air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Namun 2 hari kemudian, air di dalam gelembung tersebut akan menjadi semakin keruh. Lama kelamaan, gelembong-gelembong tadi akan kering dan menjadi kulit kering. Kulit kering tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Apakah rawatan untuk penyakit kayap?

Apabila seseorang disahkan mempunyai penyakit kayap, fokus utama rawatan yang akan diberikan adalah untuk:

  • Meredakan kesakitan
  • Memendekkan tempoh masa penyakit yang dialami
  • Mengelakkan berlakunya komplikasi  terutamanya ‘post herpetic neuralgia’

Di antara rawatan yang akan diberikan oleh doktor ialah:

  • Memberikan ubat potassium permanganate untuk disapu pada gelembung air dengan tujuan untuk mengeringkan gelembong-gelembong air dengan cepat dan mengelakkan berlakunya jangkitan kuman atau bakteria lalu menyebabkan gelembung merebak ke seluruh badan.
  •  Memberikan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac bagi mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit.
  • Memberikan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
  • Memberikan ubat antiviral semasa gelembong-gelembong air mula timbul untuk disapu pada kulit bagi membantu mengelakkan komplikasi, memendekkan tempoh masa jangkitan dan mengurangkan risiko jangkitan daripada merebak.
  • Pesakit yang mempunyai sistem imuniti yang rendah akan diberikan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
  • Pesakit yang ditumbuhi kayap pada bahagian muka dan berdekatan dengan mata akan dibawa untuk mendapatkan rawatan daripada pakar mata dalam kadar segera bagi mengelakkan berlakunya komplikasi seperti buta.
  • Vaksin bagi menghalang penyakit kayap boleh diberikan kepada individu yang berumur 60 tahun ke atas dan bagi mengelakkan daripada terkena kayap.
Petua hilangkan kayap

Sumber: Fooyoh

Apakah petua untuk hilangkan kayap?

Selain mendapatkan rawatan di hospital, anda juga boleh mengamalkan petua hilangkan kayap yang berikut:

  • Jangan makan makanan berminyak.
  • Jangan makan buah-buahan tempatan kerana sifatnya yang sejuk akan menyebabkan saraf anda sakit & kayap menjadi semakin teruk.
  • Jangan gunakan sabun di tempat yang berkayap kerana bahan kimia dalam sabun akan menyebabkan kayap menjadi semakin teruk.
  • Jangan makan buah atau sayur yang menjalar.
  • Jangan  makan makanan yang gatal.
  • Jangan pakai pakaian yang ketat. Pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan geseran di antara pakaian dan kulit yang berkayap.
  • Jangan pakai pakaian yang baru digosok atau baru diangkat dari jemuran.
  • Jangan pakai pakaian yang basah.
  • Sapu bahagian yang berkayap dengan bedak sejuk.
  • Sapu dengan alor vera ke bahagian yang berkayap.
  • Sapu  kelapa parut yang dicampur  gula.
  • Ambil buah senduduk masak, hancurkan dan sapukan pada bahagian yang berkayap. Sifat buah senduduk masak yang sejuk akan membantu mengeringkan kayap dengan cepat dan mengurangkan kegatalan.
  • Daun cili dan kapur makan. Ramas  daun cili sehingga lumat dan campurkan sedikit kapur makan. Sapu dibahagian yang terkena kayap sebanyak 2 kali sehari.
  • Tumbuk daun pokok duit-duit  sehingga hancur kemudian  tekapkan pada tempat yang  berkayap selama semalaman.
  • Asah kulit pokok kerayong dan sapukan ke tempat yang berkayap.
  • Asah duri pokok kekabu dan sapukan pada kawasan yang berkayap.
  • Ambik 10 duri pokok kekabu, asah sehingga keluar getah. Sapu getah tadi ke kawasan yang berkayap.
  • Tumbuk daun delima dan bedak sejuk. Tampal pada kawasan yang berkayap.
  • Cari pucuk daun bunga melur , pucuk daun buah delima , daun setawar dan pucuk daun semambu. Kisar semua bahan tadi sehingga hancur dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu pada kawasan berkayap.
  • Dapatkan ubi bemban dan asahkan pada lesung batu. Ambil patinya  dan sapu pada kayap.
  • Dapatkan akar rumput kerbau. Bersihkan dan celup dalam bedak sejuk, kemudian sapukan pada kayap.
  • Ambil garam bukit dan campurkan dengan sedikit air biar lalu sapukan ke kayap.
  • Anda juga boleh ambil 4 cubit garam bukit dan larutkan dalam segelas air suam. Minum.
  • Ambil sebatang pokok keladi candik. Keluarkan air dari batangnya dan sapukan pada kayap.
  • Mandi ais juga boleh membantu menghilangkan kayap dengan cepat, disamping mengurangkan gatal yang dialami.
Petua hilangkan kayap

Sumber: Everydayhealth

Doa sembuhkan kayap

Selain petua di atas, anda juga boleh amalkan doa sembuhkan kayap ini:

  • Al-Fatihah 1 kali
  • Bismillah 5 1 kali
  • Surah Al-Hasyar ayat 21-24
  • Selawat Syifak 1 kali
  • Surah Al-Qalam ayat 1-2 1 kali

Itulah dia petua hilangkan kayap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua rambut gugur, petua kencing tak lawas dan petua batu karang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.