Kelemumur adalah masalah yang sangat susah untuk diatasi. Sekali anda mempunyai kelemumur pada kulit kepala, amat susah untuk menghilangkannya walau pun dengan menggunakan sampu mahal.

Kelemumur bukan sahaja menyebabkan kegatalan malah ia juga membuatkan anda berasa tidak selesa. Jom kami kongsikan petua hilangkan kelemumur yang boleh anda amalkan.

kelemumur

Sumber: Dailypioneer

1. Santan kepala

Ambil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut, dan pastikan kulit kepala juga diselaputi oleh santan. Urut buat seketika dan balut dengan tuala atau shower cap. Biarkan selama dua jam. Basuh rambut dan bersyampu sehingga tiada lagi sisa santan tertinggal di kepala.

2. Daun inai

Biasa kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan rambut yang putih sebab uban. Sebenarnya, daun inai juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, tumbuk daun inai sehingga lumat. Sapukan ke kulit kepala dan balut selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.

3. Limau nipis

Limau nipis bukan sahaja menyegarkan kulit kepala dan membantu menghilangkan sakit kepala, malah ia juga membantu mengatasi masalah kelemumur. Caranya, potong 3 biji limau nipis dan campurkan dengan satu gayung air. Perah limau supaya jusnya keluar. Selepas anda selesai mandi, basahkan kepala dengan air limau nipis tadi, ramaskan rambut dan pastikan sampai ke kulit kepala. Tidak perlu dibilas. Lakukan sekerap yang boleh.

4. Lemon

Selain limau nipis, lemon juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti limau nipis di atas. Jika di rumah anda ada limau nipis, boleh gunakan limau nipis. Jika cuma lemon yang ada, anda boleh gunakan lemon sebagai pengganti.

5. Aloe vera

Aloe vera sememangnya pokok berkhasiat pelbagai guna yang wajib ada di setiap rumah. Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur, ambil sedikit jel aloe vera dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut seketika bagi memastikan jel tadi diserapmoleh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, dan cuci bersih.

kelemumur

Sumber: Medicalneswtoday

6. Daun durian belanda

Buah durian belanda sedap dimakan. Rasanya yang masam masam manis pastinya membuatkan anda menelan air liur sekarang. Tahukah anda, daun durian belanda boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil  5 helai daun durian belanda. Ramas sehingga lumat, campurkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Sapukan ke seluruh rambut termasuk kulit kepala. Biarkan selama satu jam, dan cuci sehingga bersih.

7. Minyak argan

Selain mengatasi masalah keguguran rambut dan melebatkan semula rambut, minyak argan juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur yang kronik. Caranya, sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi. Insya Allah, kelemumur anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.

8. Minyak zaitun

Minyak zaitun juga mempunyai 1001 khasiat, termasuk menghilangkan kelemumur. Untuk menghilangkan kelemumur, sapukan minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur setiap malam.

9. Minyak almond

Tak ramai yang tahu bahawa minyak almond juga membantu menghilangkan kelemumur. Sapukan minyak almond ke rambut sekerap yang mungkin, anda akan melihat kesannya.

10. Minyak hazelnut

Selain minyak almond, minyak hazelnut juga membantu mengatasi masalah kelemumur.

kelemumur

Sumber: Buyndo

11. Bawang

Jangan terkejut, bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, potong sebiji bawang dan sapukan ke permukaan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan basuh sehingga bersih dan tiada lagi bau bawang yang melekat pada rambut anda.

12. Baking soda

Baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil satu sudu kecil baking soda dan sapukan ke kulit kepala yang basah. Seeloknya dilakukan sambil anda mandi. Urut kulit kepala untuk seketika dan bilas. Sambung mandi seperti biasa.

13. Garam bukit

Garam bukit bukan sahaja baik untuk kesihatan malah boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, larutkan 2 sudu kecil garam bukit dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, cuci sehingga bersih.

14. Cuka makanan

Cuka makanan yag bersifat asid boleh membantu menghilangkan kelemumur yang menghantui anda sejak sekian lama. Caranya, larutkan sesudu cuka bersama satu cawan air. Sapukan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 5 minit, dan cuci sehingga bersih.

15. Cuka epal

Selain cuka makanan, cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti penggunaan cuka makanan.

kelemumur

Sumber: Healthline

16. Daun pandan

Anda juga boleh menggunakan daun pandan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang tua. Kisar sehingga halus, dan sapukan ke kulit kepala. Urut selama 15 minit dan basuh.

17. Belimbing buluh dan santan

Ambil 5 biji belimbing buluh, tumbuk sehingga halus dan campurkan dengan 3 sudu santan. Sapukan pada kulit kepala. Bungkus kepala dan biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.

18. Jerami padi, santan, dan limau nipis

Ambil beberapa batang jerami padi dan bakar. Kemudian hancurkan jerami padi tadi dan camourkan dengan 3 sudu santan, dan jus dari sebiji limau nipis. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut dan biarkan selama satu jam. Kemudian cuci sehingga bersih.

19. Bersyampu setiap kali mandi

Kelemumur terjadi kerana lambakan minyak yang terkumpul pada kulit kepala. Oleh itu, anda wajib bersyampu setiap kali mandi bagi memastikan semua minyak yang terkumpul dibersihkan dari kulit kepala. Selepas bersyampu, pastikan anda bersihkan dengan betul sehingga tiada sisa syampu tertinggal pada kulit kepala.

20. Keringkan rambut selepas mandi

Selepas mandi, pastikan anda keringkan rambut sehingga betul-betul kering sebelum mengikat rambut atau memakai tudung. Gunakan hairdryer kalau ada. Mengikat rambut atau memakai tudung semasa rambut basah atau masih lembab akan menyebabkan kelemumur anda menjadi semakin banyak.

kelemumur

Sumber: Youtube

Itulah dia 20 petua hilangkan kelemumur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua rambut gugur, tips elakkan kebotakan, dan khasiat aloe vera.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.