Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W  amat menyukai buah labu dan menjamu sebagai hidangan yang istimewa kepada sahabat-sahabatnya. Baginda sendiri menyuruh isterinya, Aisyah R.A supaya memasukkan labu di dalam kuah gulainya.

Khasiat labu

Sumber: Woolworths

Terdapat riwayat yang sahih datang daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau mengkhabarkan, ada seorang tukang jahit mengundang Rasulullah s.a.w. makan di rumahnya, menikmati hidangan masakannya sendiri.

Anas berkata: “Lalu aku pun pergi bersama Rasulullah. Kemudian dihidangkan kepada kami roti gandum dan sayur berisi labu  dan dendeng*. Aku melihat Rasulullah s.a.w. selalu mencari labu di mana sahaja berada di sekitar bejana makanan tersebut. Sejak hari itu aku pun ikut menyukai labu.” (Rujuk al-Ahkam, 11/65-67).

Abu Talut mengkhabarkan, “Aku pernah menemui Anas bin Malik makan labu sambil berkata: ‘Sungguh engkau berasal dari pohon yang paling kusukai, kerana Rasulullah s.a.w. amat menyukaimu.”

Dalam Al-Ghailaniyyat disebut hadis daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.ha. mengkhabarkan,“Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadaku: ‘Wahai Aisyah, jika engkau memasak makanan, banyakkanlah labu,sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan.”

Buah labu mengandung lemak, protein, kalori, beta karoten, seng, tembaga, kalium, natrium, zat besi, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C, vitaim E, vitamin K, vitamin B6, lutein, niasin, dan pelbagai nutrisi lain.

"

Apakah khasiat labu?

1. Kaya dengan serat. Baik untuk penghadaman

Labu bersifat sejuk dan lembap, boleh memberikan suntikan zat ringan, mudah masuk ke dalam perut, meskipun belum rosak sebelum dihadamkan dan menghasilkan hampas yang baik.

Sebahagian daripada khasiatnya adalah memberi serat yang baik sesuai dengan vitamin yang dikandungnya.Labu mempunyai sumber serat yang tinggi, iaitu kira-kira 10 gram dalam sebiji labu.

Khasiat labu

Sumber: Analisakesehatan

2. Mengatasi rabun dan ketidakseimbangan gula dalam darah

Buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Jika seseorang itu menghadapi rabun, terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu merah adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. Hal ini kerana, pakar dietetik** mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

3. Mengawal nafsu makan

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotid dan serat. Dikatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

4. Merawat tekanan darah tinggi dan sakit kuning

Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning.

5. Mengawal diabetis

Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes.

6. Merawat luka kecil

manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

7. Menambah selera makan anak

Manakala anak yang kurang nafsu makan, bolehlah diberi makan isi

Khasiat labu

Sumber: Siraplimau

8. Mengatasi masakah kecacingan

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentangnya ialah khasiat untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Penyakit itu boleh dirawat dengan makan biji labu sebelum tidur. Caranya biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampurkan dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum.

9. Memulihkan kerosakkan kulit

Fungsi vitamin A dan beta karoten  sangat berguna bagi kesihatan mata dan kulit, daya ketahanan tubuh serta peranakan .Alpha karoten yang terdapat di dalam labu juga dapat mengelakkan dari terkena penyakit barah, awet muda dan terlindung daripada penyakit katarak.

Selain itu, karotenoid mengurangi risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan antibody di dalam tubuh badan kita. Labu juga sesuai kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan kerana khasiatnya di dalam vitamin dapat membantu kita mendapat penglihatan visual yang lebih baik.

10. Melancarkan peredaran darah di dalam badan

Fungsi panthothenic acid ini di dalam labu ialah vitamin ini dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan stress. Vitamin B5 juga dipercayai dapat memperlambatkan timbulnya uban.

11. Kecantikan dan kesihatan kulit

Labu juga sesuai kepada sesiapa yang meinginkan kulit yang sihat dan licin. Vitamin C di dalam labu dalam melicinkan dan merawat kulit yang rosak.

12. Menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah kanser

Ia juga dapat menurunkan kolestrol di dalam badan dan dapat mencegah daripada terkena kanser.

13. Menguatkan struktur tulang

Labu terutama labu kuning dipercayai mempunyai zat magnesium yang tinggi. Zat magnesium di dalam labu dapat menguatkan struktur tulang dan gigi. Magnesium juga berperanan penting untuk melindungi fungsi jantung dan menjamin kondisi badan kita.

14. Menjaga Kesihatan Kandungan

Ia amat sesuai kepada ibu yang mengandung kerana ia dapat menjamin kesihatan anak di dalam kandungan kerana labu kaya dengan khasiat zat besi. Ia berupaya membawa oksigen di dalam badan yang secara tidak langsung dapat mengekalkan kesihatan dan fungsi otak bayi.

Jelas, labu banyak khasiatnya pada kita. Selain boleh dijadikan sebagai ‘rempah’ di dalam masakan,labu juga sesuai dijadikan sebagai bahan untuk pencuci mulut seperti yogurt.

15. Menyihatkan mata

Kandungan vitamin A dalam buah ini salah satu khasiatnya adalah membuat penglihatan Anda menjadi lebih tajam.

16. Mencegah hipertension

Buah labu mengawal tekanan darah dan mencegah penyakit hipertension.

17. Mengatasi sembelit

Anda sembelit? Jom makan labu.

18. Menggalakkan kesihatan gigi dan tulang

Kandungan kalsium dalam labu menggalakkan kesihatan gigi dan tulang.

19. Mengatasi masalah paru-paru

Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.

Itulah dia khasiat labu yang ingin kami kongsikan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat kopi, khasiat aloe vera, dan khasiat peria.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.