Nak tahu khasiat limau gedang?

Limau gedang ialah sejenis buah sitrus yang mempunyai rasa yang masam sama seperti oren, lemon dan limau. Namun, limau gedang biasanya dijual di emporium berbanding di pasar malam atau pasar tani. Harganya juga agak mahal.

Limau gedang atau dikenali sebagai grapefruit ialah kacukan buah limau bali dan buah oren. Isinya berwarna merah keorenan dan mempunyai saiz yang agak besar. Ada juga yang berwarna putih dan merah jambu.

Ia mempunyai bau yang wangi dan unik. Jusnya agak masam dan sedikit pahit. Ada pula jenis yang manis. Limau gedang mempunyai kandungan air yang banyak sehingga 92 peratus berbanding buah-buahan yang lain.

Limau ini mengandungi asid sitrik, minyak (limonene, citral dan pinene) dan gula semula jadi. Malahan khasiatnya juga tinggi kerana mengandungi vitamin C, A, B kompleks, E dan K serta kalsium, asid folik dan potasium.

Justeru, dalam artikel ini akan berkongsi khasiat limau gedang untuk kesihatan manusia. Teruskan pembacaan anda.

"
limau-gedang

Imej via HelloDoktor

1. Antikanser

Dalam sebuah kajian mendapati bahawa dalam limau gedang terdapat bioflavonoid yang boleh memusnahkan sel-sel kanser. Ia dikatakan mampu menyingkirkan estrogen yang berlebihan di dalam tubuh untuk menghentikan sel-sel kanser payudara daripada merebak.

2. Menurunkan Paras Gula

Pesakit diabetes tidak digalakkan memakan buah-buahan secara berlebihan. Namun, limau gedang bagus untuk pesakit diabetes. Ini kerana jus buah limau gedang dikatakan mampu mengurangkan tahap gula dalam darah. Jika kita rajin minus jus limau gedang, ia bagus sebagai langkah pencegahan diabetes.

3. Mengatasi masalah Pencernaan

Jika anda ada masalah pencernaan, minumlah jus limau gedang kerana ia mampu merangsang peningkatan edaran cecair gastrik. Serat buah ini juga bagus untuk kesihatan usus. Oleh itu, jangan lupa makan buahnya bersama-sama serat putihnya sekali.

4. Mengubati Demam dan Selsema

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam jus limau gedang mampu mengubati demam dan selsema. Caranya potong separuh daripada limau gedang dan ambil jusnya. Campurkan dengan secawan air suam. Sakit tekak akibat demam dan selsema juga boleh pulih.

5. Hilangkan Lesu dan Letih

Jika penat bekerja seharian atau lesu menguruskan rumah tangga, minumlah segelas jus limau gedang untuk memberi energi. Untuk menikmati jus limau gedang, bolehlah disejukkan dulu. Minum sedikit demi sedikit untuk memberi kesegaran kepada tekak. Jangan lupa dapatkan rehat yang mencukupi juga.

6. Bagus untuk Ibu Hamil

Wanita yang hamil mudah mengalami bengkak kaki dan pengumpulan air. Oleh itu, mereka amat digalakkan untuk minum jus limau gedang kerana kandungan bioflavonoid dan vitamin di dalamnya sangat bagus untuk mengatasi masalah tersebut.

7. Kurangkan Berat Badan

Sama seperti lemon yang bagus untuk kuruskan badan, limau gedang juga sangat terkenal di kalangan selebriti Hollywood. Malahan, ada diet khas yang dipanggil Diet Grapefruit. Namun, pakar pemakanan tak menggalakkan diet ini diambil secara berlebihan kerana dikhuatiri tidak mendapat khasiat yang cukup.

Apa yang boleh dilakukan ialah minum jus limau gedang sebagai minuman harian tanpa mengganggu pemakanan harian anda. Jusnya mempunyai enzim yang mampu mempercepat pembakaran lemak dan menyerap gula dalam darah.

8. Kurangkan Kolestrol

Pektin yang terdapat di dalam limau gedang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam darah. Ia dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolestrol di dalam usus. Selain oats yang baik untuk mengurangkan kolestrol, limau gedang juga pilihan alternatif.

9. Atasi Masalah Insomnia

Sesiapa yang mengalami masalah insomnia atau sukar untuk tidur boleh mencuba petua ini. Minum segelas jus limau gedang yang dicampurkan dengan air suam. Jus limau ini dikatakan dapat merangsang tidur dan meringankan masalah insomnia.

10. Merangsang Sistem Imun

Jika anda sentiasa stres dan mudah sakit-sakit, apa kata cuba segelas jus limau gedang. Dikatakan bahawa pengambilan jus ini dengan kerap dapat merangsang sistem imun dan mengawal tubuh daripada serangan penyakit.

Khasiat di dalam jus ini membantu tubuh membina rintangan melawan agen jangkitan penyakit dan serangan radikal bebas.

11. Penyakit Arteri

Vitamin C dan pektin di dalam limau gedang berkesan untuk menguatkan dan menganjalkan arteri. Vitamin C juga berfungsi untuk membaiki tisu-tisu dan mampu mempercepat proses penyembuhan luka.

12. Atasi Kelemumur

Jika anda ada masalah kelemumur, anda mesti berasa tak selesa dan rendah diri. Jangan risau, esktrak biji limau gedang dapat atasi masalah ni. Caranya ialah sapukan esktrak biji limau ni pada rambut dan kulit kepala.

Folikel yang tersumbat akan dibersihkan dan pertumbuhan rambut menjadi lebih sihat. Rambut juga lebih bersinar dan tidak mudah gugur.

13. Kulit Wajah Cerah dan Cantik

Selain vitamin C, limau gedang juga kaya dengan asid amino yang boleh memberi kesan kulit yang cantik, lembut, licin dan tona kulit sekata. Ia dapat membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengatasi masalah jerawat.

Jika anda mempunyai masalah kulit yang sangat berminyak, anda boleh mencuba petua kecantikan menggunakan jus limau gedang . Anda boleh menggunakan jusnya sebagai masker wajah.

14. Mengawal Kadar Jantung dan Tekanan Darah

100g buah limau gedang mempunyai 135 elektrolit potasium. Potasium penting untuk pengekalan keseimbangan bendalir dan elektrolit di dalam tubuh. Ia membantu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Kekurangan potasium melalui tindak balas natrium akan menyebabkan mudah marah, tekanan darah tinggi dan keletihan.

Kesimpulan

Inilah 14 khasiat limau gedang untuk kesihatan dan kecantikan. Jika tak mampu untuk minum atau makan buahnya yang masam, anda boleh pelbagaikan cara penyediaan. Misalnya dicampurkan dengan sedikit madu asli, dijadikan salad dan sebagainya.

Yang paling penting, dapatkan dulu nasihat pakar perubatan jika ada sebarang masalah kesihatan yang serius. Amalkan minum jus gedang secara sederhana dan jangan pula berlebihan.

Jika anda ada petua yang lain, boleh juga kongsikan dengan kami. Semoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel khasiat limau mandarin ,khasiat susu badam dan khasiat halba untuk kulit muka 

Rujukan

https://www.health.com/food/grapefruit-facts (link)

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.