Minyak dari ikan berlemak seperti salmon, makerel dan sardin kaya dengan omega-3.  Asid lemak Omega-3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting. Ia terbahagi kepada tiga jenis asid lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA).

khasiat minyak ikan

Sumber: A1on

Jom ketahui apakah khasiat minyak ikan.

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari

Berdasarkan kajian-kajian terkini, pengambilan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Pengambilan asid lemak Omega-3 memberi banyak kelebihan untuk kesihatan jantung iaitu mengurangkan risiko insiden serangan jantung, mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu, mengurangkan sakit dada (angina) pada pesakit jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Asid lemak Omega-3 mula menarik minat saintis sejak beberapa dekad lalu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Ini kerana pemakanan mereka adalah kaya dengan asid lemak Omega-3 iaitu daripada ikan dan makanan laut yang lain, walaupun mereka amat kurang memakan sayur-sayuran.

Pemerhatian saintis di beberapa buah tempat di dunia seperti penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat. Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Pada 8 September 2004, USFDA di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega-3 i(EPA & DHA) sebagai satu suplemen yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Pada tahun 1999 pula, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung. Kesemua pesakit ini telah diberikan suplemen asid lemak Omega-3 sebanyak 1,000 mg setiap hari.

Satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), kaitan di antara makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 dengan pengurangan kadar serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat kuat. Dalam kajian ini, seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu.

Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29% di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) pada tahun 2006, laporan menunjukkan kesan positif pengambilan asid lemak Omega-3 kepada kesihatan jantung.

Ia menyatakan bahawa berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil suplemen Omega-3 setiap hari.

khasiat minyak ikan

Sumber: Telegraf

2. Mengawal paras kolesterol

Minyak ikan juga boleh membantu mengawal paras kolesterol darah dan meningkatkan paras kolesterol baik iaitu HDL dalam darah.

3. Mengatasi kemurungan

Satu jurnal neurosains mengeluarkan hasil kajian yang melibatkan penggunaan minyak ikan ke atas orang yang mengalami kemurungan. Hasilnya adalah minyak ikan mengurangkan kadar kemurungan sebanyak 40%, pada masa yang sama meningkatkan kadar asid amino pada bahagian otak.

4. Mengurangkan Keresahan (Anxiety)

Jurnal Neurosains Eropah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan boleh mengurangkan kesan keresahan ke atas tikus makmal. Kesan minyak ikan terbaik jika diambil semasa peringkat pertumbuhan dan perkembangan otak. Oleh itu, para ibu bapa disarankan untuk memberi anak-anak mengambil minyak ikan.

5. Menjaga kesihatan otak

Asid lemak omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak, perkembangan normal dan keradangan.

6. Mengawal penyakit rheumatoid arthritis

Satu kajian telah dibuat untuk mengetahui apakah kesan daripada mengambil minyak ikan dalam merawat pesakit rheumatoid arthritis. Hasil kajian mendapati mereka yang mengamalkan minyak ikan mengalami peningkatan yang sangat baik.

khasiat minyak ikan

Sumber: Everydayhealth

7. Mencegah penyakit alzheimer

Penyakit Alzheimer sangat berkait dengan otak. Dan sudah beberapa tahun kajian dilakukan dengan menggabungkan penggunaan minyak ikan ke atas pesakit Alzheimer. Hasilnya, sangat memberansangkan. Fatty acid yang terdapat di dalam minyak ikan bukan sahaja boleh memperbaiki sistem saraf, bahkan mencegah penyakit alzheimer jika diambil sejak masa muda.

8. Mengubati dan mencegah kanser

Minyak ikan sudah terbukti mampu mencegah beberapa jenis kanser termasuklah kolon, prostat dan payu dara. Ia bukan sahaja boleh membantu ubatan kanser yang sedia ada, bahkan ianya sendiri boleh mencegah kanser-kanser tersebut.

Menurut satu kajian di Taiwan,  EPA dan DHA adalah fatty acid utama dalam minyak ikan yang mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, kajian di negara Czeh juga membuktikan bahawa kandungan DHA di dalam minyak ikan boleh mencegah berlakunya kanser kolon.

9. Mengurangkan simptom ADHD

Universiti Selatan Australia telah melakukan satu kajian yang membuktikan bahawa gabungan minyak ikan dengan evening primrose oil boleh mengurangkan simptom ADHD. Menurut kajian tersebut, minyak ikan dipercayai boleh memperbaiki fungsi otak. 60% daripada otak adalah daripada lemak, dan otak perlukan omega-3 dan omega-6.

Pengambilan minyak ikan setiap hari dapat mengurangkan simptom ADHD yang pastinya melegakan hati para ibu.

10. Mencegah penyakit kardiovaskular

Kekurangan omega-3 dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit kardiovaskular.

khasiat minyak ikan

Sumber: Draxe

Itulah dia khasiat minyak ikan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang khasiat ulam, khasiat avokado, dan khasiat lengkuas.Jemput share dan like ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.