Siapa cakap kopi tiada manfaat. Artikel ini akan bongkarkan 7 khasiat kopi yang membuatkan anda ingin terus minum selalu.

Minum kopi bukan sekadar minum air untuk menghilangkan dahaga. Tetapi ia sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup.

Dari kedai warung tradisional, sehinggalah kafe mewah bertaraf 5 bintang, hidangan kopi tetap akan tersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Imej via merdeka

Selain daripada rasanya yang sedap, kopi juga kaya dengan khasiatnya. Antara 7 khasiat kopi untuk kesihatan adalah:

 

1) Memberi Tenaga Dan Meningkatkan Fungsi Otak

Imej via nutrisisemulajadi

Kopi membantu anda berasa kurang letih dan meningkatkan tahap tenaga. Manurut kajian, kopi berkafein mempunyai kesan yang baik terhadap kewaspadaan dan peningkatan prestasi dalam pelbagai tugas sama ada waktu siang dan malam.

Ini kerana kopi mengandungi perangsang yang dipanggil kafein, iaitu sejenis bahan psikoaktif yang paling banyak digunakan di dunia. Setelah minum kopi, kafein diserap ke dalam aliran darah. Dari situ, ia bergerak ke dalam otak.

Di dalam otak, kafein menghalangi neurotransmiter yang menghalangi Adenosine. Apabila perkara ini berlaku, jumlah neurotransmitter lain seperti norepinefrin dan dopamin meningkat, dan hal ini membawa kepada pelepasan neuron.

Banyak ujian terkawal yang dilakukan kepada manusia menunjukkan bahawa kopi meningkatkan pelbagai aspek fungsi otak. Ini termasuk memori, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, masa tindak balas dan fungsi kognitif umum.

 

2) Kurangkan Risiko Diabetes Jenis II

Diabetes jenis 2 adalah masalah kesihatan yang banyak menimpa manusia. Dianggarkan 300 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini. Penyakit ini berlaku kerana kandungan gula darah tinggi dan dalam masa yang sama berlaku ketidakupayaan untuk mengeluarkan insulin. Untuk sebab tertentu, peminum kopi mempunyai kurang risiko untuk untuk menghidap diabetes jenis 2.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang banyak minum air kopi mempunyai risiko 23-50% lebih rendah untuk mendapat penyakit ini. Manakala terdapat kajian lain menunjukkan pengurangannya setinggi 67%. Menurut kajian besar-besaran yang memandang data dari 18 kajian dengan sejumlah 457,922 individu, setiap cawan kopi setiap hari dikaitkan dengan risiko penurunan sebanyak 7% untuk mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2.

 

3) Melindung Hati

Imej via indikatormalang

Hati adalah organ luar biasa yang menjalankan beratus-ratus fungsi penting dalam badan. Beberapa penyakit yang biasa memberi kesan kepada hati, termasuklah hepatitis, penyakit hati berlemak dan lain-lain. Kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai sirosis.

Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver) dan seterusnya menyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma. Ternyata kopi boleh melindungi daripada sirosis. Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mempunyai risiko 80% lebih rendah menghidap penyakit ini.

 

4) Elak Kemurungan

Imej via perawatislam

Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang biasa dialami oleh warga tua. 25% daripada mereka yang berumur lebih 65 tahun dikenalpasti menghidap kemurungan. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu menjadi murung. Ianya boleh disebabkan oleh masalah kewangan, kemerosotan kesihatan fizikal atau masalah sosial.

Dalam kajian Harvard yang diterbitkan pada tahun 2011, wanita yang minum 4 atau lebih cawan setiap hari mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mengalami kemurungan. Satu lagi kajian lain dengan 208,424 individu mendapati bahawa mereka yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari adalah 53% kurang berkemungkinan membunuh diri. 

 

5) Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Imej via laicikang

Kafein sering didakwa dapat meningkatkan tekanan darah. Perkara ini benar, tetapi kesannya adalah kecil (3-4 mm / Hg) dan biasanya hilang jika anda minum kopi secara teratur.

Walau bagaimanapun, kesannya mungkin berterusan kepada sesetengah orang. Oleh sebab itu, bagi anda yang memang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, anda harus bersederhana dalam pengambilan kopi.

Selain itu, kopi juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Hal ini dibuktikan melalui  kajian terhadap wanita yang minum kopi dan hasil menunjukkan risiko penyakit jantung berkurangan. Malah terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai risiko strok 20% lebih rendah.

 

6) Membantu Bakar Lemak

Tahukah anda bahawa kafein terdapat pada hampir setiap produk pembakar lemak yang terdapat di pasaran?

Kafein dibuktikan sebagai salah satu sumber semulajadi untuk membakar lemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kafein dapat meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11% .Kajian lain menunjukkan bahawa kafein secara khusus dapat meningkatkan pembakaran lemak, sebanyak 10% pada individu gemuk dan 29% pada orang individu yang kurus.

Bagaimanapun, kesan-kesan pembakaran lemak ini akan berkurangan sekiranya peminum kopi mengamalkannya dalam jangka masa yang panjang.

 

7) Umur Panjang

Memandangkan peminum kopi kurang risiko mendapat banyak penyakit, jadi agak masuk akal bahawa kopi boleh membantu anda untuk panjang umur.

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai risiko kematian yang lebih rendah. Dalam dua kajian yang sangat besar, minum kopi dikaitkan dengan risiko kematian sebanyak 20% lebih rendah pada lelaki dan risiko kematian 26% lebih rendah pada wanita, dalam tempoh 18-24 tahun.

Kesan ini sangat kuat terhadap pesakit kencing manis jenis II. Malah, dalam satu kajian lain, pesakit kencing manis yang minum kopi mempunyai risiko kematian sebanyak 30% lebih rendah semasa tempoh pengajian selama 20 tahun.

 

Kesimpulan

Banyak khasiat yang anda dapat dengan mengamalkan minuman kopi. Namun, adalah lebih elok sekiranya jandungan gula dan krimer dalam kopi yang anda minum juga dapat dikurangkan. Ini kerana, kopi membantu untuk mengurangkan risiko diabetes jenis II, namun bimbang jika anda kerap meminum kopi susu yang manis, penyakit diabetes tidak dapat dielakkan.

 

Rujukan:

  1. Healthline
  2. Myhealth

Artikel Menarik Lain

Sukakan artikel seperti di atas, khasiat kopi? Jangan lupa untuk like dan share ya. Jemput baca artikel meanrik yang lain.

Penulis: Aniuna

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.