Peminat susu kambing?

Tidak! Sebab Baunya tidak menyenangkan!

Huh, artikel ini akan mengubah tanggapan anda tentang susu kambing. Banyak sebenarnya khasiat susu kambing kita tidak tahu.

Oleh kerana susu lembu lebih banyak diminum dan dijadikan produk komersil, ramai yang tidak menyedari akan manfaat susu kambing. Tambahan pula, kajian menunjukkan susu kambing tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak kerana keunikan keperluan nutrisi kanak-kanak semasa tahap perkembangan mereka.

Susu kambing biasanya diproses menjadi keju, mentega, aiskrim dan yogurt.

Berikut adalah kebaikan susu kambing untuk kesihatan kita.

hasiat Susu Kambing Segar

Imej via Klimkin

#1 Kalsium Yang Tinggi

Semua jenis susu mempunyai kalsium yang tinggi. Susu kambing tidak terkecuali. Umum mengetahui yang kalsium amat baik untuk menghalang masalah osteoporosis.

#2 Memberi Keselesaan Pada Perut

Minum susu kambing juga tidak menyebabkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu. Ini kerana susu kambing mempunyai enzim yang lembut terhadap perut.

#3 Komposisi Yang Lebih Hampir Pada Manusia

Komposisi kimia susu kambing lebih dekat kepada susu manusia berbanding susu lembu. Oleh itu, badan kita mendapat lebih nutrien menerusinya.

#4 Kurang Tekanan Pencernaan

Susu kambing kurang memberikan tekanan kepada proses pencernaan.

#5 Satu Cawan Pun Dah Hampir Cukup

Satu cawan susu kambing memberikan hampir 40% keperluan kalsium harian kita, 20% pengambilan vitamin B, selain fosforus dan potassium.

#6 Sesuai Untuk Pengidap Anemia

Bagi mereka yang menghidap anemia, susu kambing adalah baik untuk anda kerana ia boleh meningkatkan kadar zat besi.

#7 Mengimbangkan Asid Lemak Dalma Tubuh

Susu kambing mengimbangkan asid lemak di dalam tubuh. Ini dapat mengelakkan kita daripda penyakit strok, jantung, dan pelbagai lagi komplikasi koronari.

#8 Tinggi Kandungan Potassium

Kandungan potassiumnya yang tinggi membantu merendahkan tekanan darah.

#9 Menguatkan Sisitem Badan

Selenium di dalam susu kambing melindungi kita daripada penyakit dan menghalang jangkitan. Ini kerana selenium merupakan komponen penting di dalam ssstem ketahanan badan.

#10 Kaya Dengan Protein

Susu kambing kaya dengan protein. Protein penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

#11 Asid Lemak Yang Lebih Tinggi

Asid lemak yang ada dalam susu kambing lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam susu lembu. Tapi, ia kurang lemak “jahat”. Ini bermaksud yang ia membantu dalam menurunkan berat badan tanpa mengabaikan keperluan nutrien.

Jadi, anda boleh mula menyimpan susu kambing di dalam peti sejuk anda untuk mendapatkan keperluan nutrisi harian anda. Ia juga pengganti yang bagus bagi mereka yang tidak suka minum susu lembu tapi mahu mendapatkan khasiat daripada susu.

Susu Kambing Untuk Bayi

Sebelum itu, suka untuk kami mengingatkan bahawa selain kanak-kanak tidak digalakkan meminum susu kambing semasa mereka masih menyusu badan atau menggunakan botol, mereka juga tidak digalakkan meminumnya selepas berhenti menyusu.

Tunggu sehingga usia mereka meningkat di mana komposisi nutrien susu kambing juga serasi dengan mereka. Justeru, pilih susu lembu pada awal usia mereka.

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa khasiat susu kambing yang telah dikongsikan di atas, kami pasti ianya akan membuat anda tidak sabar untuk membeli susu kambing nanti. Selamat minum dan njangan lupa share dan like khasiat susu kambing ini ya!

Rujukan

Artikel Susu Kambing Lain

Selain artikel ini ada beberapa artikel tentang susu kambing yang lain boleh anda baca.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .