Jom kita lihat banyak khasiat kubis bunga.

Kubis bunga merupakan antara sayuran wajib yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Kubis bunga adalah salah satu daripada beberapa sayuran dalam spesies brassica oleracea dalam keluarga brassicaceae.

Kubis bunga hanya dimakan di bahagian jambaknya sahaja iaitu sama seperti brokoli. Nama bahasa Inggerisnya ialah ‘cauliflower’ yang berasal dari gabungan perkataan Latin iaitu ‘caulis’ (kubis) dan ‘flower’ (bunga).

Kubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Malahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.

Oleh itu, dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi khasiat bunga kubis menurut sains yang pasti membuat anda teruja. Bagi sesiapa yang tidak suka makan kubis, lebih-lebih lagi bunga kubis, anda pasti akan berubah hati selepas mengetahui manfaatnya.

Khasiat Bunga Kubis

#1 Mengelakkan masalah usus

Bagi yang ada masalah usus, anda boleh cuba minum setengah gelas jus bunga kubis setiap hari. Masalah usus yang dihadapi boleh berkurangan jika amalkannya secara konsisten kerana kubis bunga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan usus.

#2 Mengurangkan risiko kanser prostat

Selain dijadikan jus, anda boleh amalkan bunga kubis dalam pemakanan harian. Jangan sesekali masak terlalu lama kerana khasiatnya boleh hilang. Cukuplah sekadar mencelurnya dalam air panas selama beberapa minit. 

#3 Kurangkan paras gula pesakit kencing manis

Bagi pesakit kencing manis, mereka perlu menjaga makanan yang tidak meningkatkan paras gula dalam darah. Kubis bunga kaya dengan serat dan rendah karbohidrat yang sesuai untuk pesakit kencing manis.

#4 Menurunkan paras kolestrol

Jika anda ingin mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan kolestrol tinggi dalam badan, amalkan memakan kubis bunga. Anda boleh memakannya dengan nasi atau dijadikan jus.

#5 Bersifat antiradang

Kandungan vitamin K di dalamnya bersifat antiradang. Apabila kita makan bunga kubis secara teratur, ini akan memastikan perjalanan darah yang sihat kerana ia membantu menjaga pembuluh darah. Oleh itu, risiko strok kepada pesakit jantung dapat dikurangkan.

#6 Menguatkan sistem imun

Vitamin C dan selenium di dalam bunga kubis dapat membantu memperkuat sistem ketahanan tubuh manusia. Oleh itu, kita tidak mudah penyakit seperti selsema dan demam.

#7 Bagus untuk orang yang berdiet

Apabila sedang berdiet, kita digalakkan mengurangkan pengambilan karbohidrat. Justeru, bunga kubis merupakan pilihan yang paling baik kerana ia rendah karbohidrat dan tidak mengandungi zat tepung. Malahan, ia berkesan untuk menurunkan berat badan.

#8 Baik untuk wanita hamil

Semasa proses kehamilan, wanita digalakkan makan bunga kubis yang kaya dengan folat, vitamin A, B dan C. Ia sangat baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.

#9 Mencegah sembelit

Serat yang terdapat di dalam bunga kubis dapat melancarkan pembuangan najis. Jika anda ada masalah sembelit, minumlah jus bunga kubis.

#10 Tinggi khasiat kolina

Di dalam bunga kubis terdapat zat kolina yang tinggi. Kebanyakan orang mengalami kekurangan zat ini yang boleh mengakibatkan lemak hati, kerosakan sel dan DNA, kerosakan otot dan mendapat sakit jantung. Kolina bagus untuk perkembangan otak.

#11 Bagus untuk kesihatan tulang

Kandungan vitamin C di dalam kubis bunga memainkan peranan dalam penghasilan kolagen yang boleh melindungi tulang dan sendi. Malahan, vitamin K di dalamnya dapat menambah ketumpatan tulang dan mengelakkan kadar keretakan.

#12 Sumber antioksidan yang baik

Kandungan antioksidan di dalam bunga kubis dapat melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.

#13 Kaya dengan sulforaphane

Sulforaphane merupakan antioksidan yang mengeluarkan enzim yang dapat merencatkan pertumbuhan kanser dan ketumbuhan. Ia mampu membunuh sepenuhnya sel-sel kanser yang sudah rosak.

#14 Baik sistem pembiakan wanita

Kubis bunga mengandungi asid folik yang dapat memastikan fungsi sistem pembiakan yang baik bagi wanita.

#15 Baik untuk kaum lelaki

Kelebihan kubis bunga untuk lelaki ialah kesan yang baik terhadap libido. Malahan, ia dapat mengekalkan stamina dan kecergasan.

#16 Baik untuk orang tua

Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam kubis bunga membantu mengekalkan aktiviti dan minda yang kuat semasa usia lanjut. Ia menguatkan sendi dan tulang sejak dari zaman muda lagi.

#17 Meningkatkan penyerapan zat besi

Vitamin C di dalam kubis bunga dapat membantu penyerapan zat besi dalam darah. Di samping itu, ia juga meningkatkan kadar hemoglobin dan amat baik dijadikan diet harian oleh pesakit anemia.

#18 Mencegah gangguan pernafasan

Gangguan pernafasan biasa terjadi apabila virus menggganggu pita suara pada larinks, paru-paru, trakea dan bronkus. Masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan minum jus kubis bunga setiap hari.

#19 Mencegah penyakit mata

Kandungan antioksidan dan vitamin C yang terkandung dalam kubis bunga sangat baik untuk melindungi kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata daripada pelbagai masalah seperti katarak dan sebagainya.

#20 Mencantikkan kulit wajah

Kandungan antioksidan yang tinggi dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV. Malahan, ia dapat mengelakkan risiko kanser kulit dan melindungi sel-sel kulit.

#21 Mencantikkan rambut

Kandungan silikon di dalam kubis bunga dapat mengilatkan, menyuburkan dan menguatkan akar rambut. Oleh itu, pertumbuhan rambut juga menjadi sihat dan masalah rambut gugur dapat dikurangkan.

Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang 21 khasiat kubis bunga bagi kesihatan manusia. Pasti anda terkejut kerana khasiatnya bukan calang-calang. Ia merangkumi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Selain rasanya yang lazat, ia memberikan manfaat dari aspek kecantikan dan kesihatan. Oleh itu, berikan anak-anak anda makanan yang mengandungi kubis bunga sejak awal lagi. Semoga bermanfaat. Baca juga artikel khasiat petai dan khasiat ulam

Rujukan

https://jiwasihat.com/nutrisi/khasiat-dan-manfaat-kubis-bunga-kepada-kesihatan/

https://manfaat.co.id/manfaat-sayur-brokoli-putih

Penulis: Zuraidah Muhidden

Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.