Antara teh dan kopi, ramai lagi memilih kopi. Kopi merupakan minuman tertua di dunia. Tetapi, masih ramai lagi yang menyukai teh. Teh mempunyai khasiat yang tersendiri kerana ia mempunyai antioksidan.

Minum teh pada waktu petang bersama dengan kuih muih, memang rasa menyeronokkan dan tenang. Di Malaysia, minuman teh selalu dihidangkan pada minum petang bersama dengan cekodok atau pisang goreng. Teh yang selalu dihidangkan adalah teh uncang yang banyak dijual di pasaraya dan di kedai-kedai runcit.

Tahukah anda? Anda boleh membuat air teh dari herba-herba seperti teh ba bao. Teh Ba bao selalu dijual di kedai-kedai yang sememangnya menyediakan minuman teh yang tradisional. Anda juga boleh membuat teh ba bao sendiri di rumah.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai teh ba bao. Info ini dikongsikan oleh Puan Liza Salleh. Puan Liza gemar berkongsikan cerita dan tips di laman Facebooknya. Dia adalah Master stokis untuk produk Suzy Honey.

Teh Ba Bao

teh ba bao
Image via Facebook

Ia adalah teh herba berasal dari Yunnan, China. Sejak ribuan tahun lalu ia diminum oleh kaum China sebagai minuman herba untuk kesihatan luaran dan dalaman, juga ada manfaat untuk kecantikan kulit. Kaum China namakannya sebagai Ba’Bao Cha. Cara nak sebut betul dengan ejaan Bahasa Melayu ialah Pak Pau Cha.

Dinamakan Eight Treasure Tea kerana ia menggunakan lapan herba ajaib yang sangat menakjubkan untuk kesihatan!
Goji berry,Kurma China, Tunas mawar, Chrisanthemum, Longan Kering, Hawthorn berry, Daun teh hijau dan Gula batu

"

Gabungan kelapan-lapan jenis bahan ini memberi rasa yang marvelous! Ada bau bunga ros, bunga chrisanthemum. Rasanya manis-manis buah, masam buah, pahit-pahit daun tapi bahagianya rasa pahit ni. Subhanallah.

Untuk mendapatkan kulit yang berseri, mata yang bening, serta menghalang masalah kulit seperti jerawat dan lain-lain noda pada kulit, minumlah teh yang diletakkan bunga-bungaan ini setiap pagi dan petang. InsyaAllah.

Cara membuat teh Ba bao

Nak buat ni senang je.

1. Cari bahan2 yang saya sebutkan di atas tu dan bilas sikit sebelum digunakan.

2. Masukkan 1 liter air ke dalam cerek/periuk masak

3. Masak sehingga mendidih.

4. Tutup api. Sedia dihidangkan.

Bila nak minum, Masukkan madu/gula perang secukup rasa manis yang disukai

*Tidak perlu ke kedai lagi jika mahu minum teh ba bao. Minuman teh ba bao tidak banyak kedai yang menyajikannya. Mungkin kerana masyarakat sekarang lebih gemar minum kopi dan minuman yang bersusu berbanding teh herba. Jadi, lebih baik kita cuba buat teh ba bao di rumah, lebih jimat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.