Orang berjaya mempunyai beberapa tabiat yang membuat mereka berbeza daripada orang lain. Tabiat efektif ini lama-kelamaan yang membuatkan mereka berbeza. Tabiat ini adalah antara tabiat yang dikenalpasti yang ada pada hampir semua orang yang berjaya. Mahu tidak mahu, jika anda ingin berjaya, tabiat ini perlu anda bina mulai sekarang.

8 Tabiat dan Perkara Yang Dibuat Oleh Orang Berjaya

Tips Orang Berjaya

1. Mereka tidak mempunyai plan alternatif

Mereka tidak mempunyai plan alternatif. Mereka hanya mempunyai satu sahaja jalan, iaitu “kejayaan”. Kegagalan bukanlah pilihan yang ada. Ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha dan mencari dan memikir idea lain jika kejayaan masih tidak ditemui. Contohnya, apabila mereka membuat keputusan untuk berhenti kerja, mereka akan memastikan pilihan yang dibuat itu tepat. Berusaha memastikan perniagaan yang dibuat berjaya, Tiada istilah untuk kembali semula kepada pekerjaan lama.

2. Kerja keras

Tiada jalan mudah untuk berjaya. Untuk berjaya seorang itu perlulah sanggup untuk bekerja keras. Berdasarkan buku yang dituli oleh Malcolm Gladwell dalam Outliers, untuk menjadi seorang pakar, seseorang itu mestilah sanggup menjalani hukum 10,000 jam. Tidak kira apa bidang pun, latihan selama ini penting untuk membuat seseorang itu cekap dan mahir.

3. Bekerja lebih lama

Tidak dinafikan, usahawan dan jutawan yang berjaya hari ini adalah mereka yang sanggup bekerja keras dan lebih lama daripada orang lain. Kejayaan = fokus + kerja kuat. Pernah anda jumpa orang berjaya yang hanya tahu duduk ‘rileks’ sebelum mereka berjaya? Mereka memang ‘rileks’, tetapi selepas mereka mencapai objektif yang ditetapkan.

4. Tidak terikut dengan majoriti

Orang berjaya tidak mudah terpengaruh dengan majoriti. Majoriti akan menyebabkan mereka tersekat dan tidak keluar daripada zon selesa diri sendiri. Orang berjaya mempunyai tabiat untuk memulakan sesuatu. Kalau anda perhatikan beberapa siri kejayaan hari ini, hadiah yang besar diberikan kepada mereka yang unik, dan bukannya kepada mereka yang suka mengikut.

5. Mula dengan akhir, dan berimpian tinggi!

Mereka yang berjaya mempunyai gambaran akhir impian tersebut terjadi. Mereka memulakan sesuatu projek dengan berimaginasi hasil akhir. Contohnya, mereka tahu apa gambaran terakhir yang menandakan mereka telah berjaya mencapai impian mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai matlamat yang tinggi.

Shoot for the moon even if you miss you’ll land among the stars

 

6. Tidak berhenti

Apabila sudah sampai ke penghujung detisnasi, mereka tidak berhenti. Orang berjaya akan terus meneruskan usaha mereka dengan mempunyai matlamat baru yang lebih tinggi. Kejayaan bagi mereka bukanlah destinasi, tetapi lebih kepada proses untuk mencapai destinasi tersebut.

7.  Lakukan jualan

Tidak kira apa pun, untuk berjaya anda mesti pandai menjual dan menjual itu tidak semestinya pada benda. Anda boleh sahaja pandai menjual bagimana membawa diri apabila berada dalam sesuatu tempat atau organisasi. Ianya bukan tentang manipulasi, tetapi lebih kepada bagaiaman untuk memahami situasa yang menghasilkan menang-menang.

8. Tidak riak atau sombong

Mereka juga tidak riak dengan kejayaan diri. Kalau kita perhatikan, rata-rata mereka biasa dan merendah diri sahaja apabila bercakap. Mereka tahu bahawa kejayaan yang dicapai hari ini bukannya datang daripada usaha mereka seorang sahaja.

Semoga 8 tabiat orang berjaya ini dapat kita amalkan.  Eh, jangan lupa share jika anda setuju 🙂

Penulis: Saiful Izzuan

Avatar

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.