Hai nasi goreng. Sungguh enak. Sungguh lazat. terngiang-ngiang lagu dalam iklan perencah nasi goreng. Mesti nyanyi sama kan. Tapi kan, tahu tak yang sebenarnya menu ini pun boleh sedap dan lazat tanpa menggunakan perencah segera tuh. Bahan pun mudah. Cara nak membuatnya pun ringkas dan tak makan masa. Sesuai sangatlah dengan isteri-isteri yang bekerjaya ataupun anak bujang.

Jadi muncullah peminat-peminat nasi goreng. Apa kata cuba resepi mudah dan ringkas yang dikongsikan oleh Lynda Dean yang mendapat perkongsian ramai di kalangan pengguna Facebook. Buat yang baru-baru nak berjinak untuk memasak, sangatlah sesuai untuk mencuba resepi ini. Pasti berjaya. Kalau dah berjaya masak, orang puji, pastilah akan berkobar-kobar lagi semangat untuk memasak kan?

Apa lagi. Jom sediakan bahan-bahnnya dan mencubanya.

Resepi Nasi Goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • -1/2 biji bawang besar di cincang halus
  • – 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • – 5 ulas cili api potong kecil2
  • – segengam ikan bilis

Cara-cara penyediaannya:

  1. Goreng ikan bilis sampai rangup.
  2. Angkat dan asingkan.
  3. Pecahkan telur dalam minyak yang goreng ikan bilis tu.
  4. Kacau-kacau dan kemudian masukkan bahan yang dicincang.
  5. Apabila dah masak semuanya (macam layu-layu sikit), masukkan garam.
  6. Kemudian, baru masukkan nasi dan kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.Kacau hingga sebati dan siap sedia dihidang.

Sangat mudah kan? Buat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi Nasi Goreng ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.