Jom cuba resepi nasi goreng belacan ini. Sedapnya nasi goreng belacan. Makanan kampung yang memikat selera. Macam unik nama nasi goreng belacan. Siapa pernah makan? Memang sedap bukan?

Sebelum anak-anak pergi ke sekolah, sebelum suami berangkat kerja. Hidangkan diorang nasi goreng belacan. Mesti diorang suka.

Cara memasak resepi nasi goreng belacan ala Noriyah Yahya di laman dacebook ini mudah. Bahan-bahan yang digunakan sama dengan nasi goreng biasa. Namun ia menggunakan asam jawa dan belacan sehingganya nasi goreng ini memiliki rasa khas belacan.

Tidak perlu lagi pening pikirkan hidangan untuk sarapan. Cukup buat nasi goreng belacan saja. Sedap dan mengenyangkan.

Resepi Nasi Goreng Belacan

Resepi Nasi Goreng Belacan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan bilis,
  • Cili padi,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Telur,
  • Carrot dihiris panjang-panjang,
  • Air asam jawa,
  • Belacan,
  • Sos sotong.

Cara-cara :

  1. Tumbuk ikan bilis, cili padi, bawang merah dan bawang putih tidak perlu lumat sangat.
  2. Goreng telur hancur-hancur dan ketepikan.
  3. Tumis bahan tumbuk sampai garing dan masukkan sedikit air asam jawa dan belacan.
  4. Masukkan carrot, masak sampai kering dan pecah minyak.
  5. Akhir sekali masukkan nasi dan telur hancur.
  6. Perisakan dengan hilal dan sos sotong secukup rasa.
  7. Masak sampai nampak nasi bederai.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng belacan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.