Mencari resepi kuey teow?

Siapa yang tidak suka kuey teow? Ramai orang suka akan kuey teow bahkan kanak-kanak hingga orang dewasa.

Kuey teow ialah sejenis mee yang lebar, nipis dan berwarna putih. Teksturnya sedikit kenyal dan licin. Ia biasanya dijual basah dibungkus dengan plastik di pasar raya.

Kuey teow diperbuat daripada tepung beras dan tepung ubi. Teksturnya yang nipis tadi membuat ianya terasa lembut dan sedap.

Ada pelbagai jenis olahan masakan kuey teow. Jika anda bingung ingin memasak kuey teow resepi apa, anda boleh merujuk kepada 8 resepi kuey teow yang kami kongsikan di bawah ini. Kerana kami menyediakan resepi kuey teow lainnya yang menarik dan patut cuba.

Mulai sekarang tidak lagi kehabisan idea mencari resepi masakan kuey teow. Boleh dihidangkan sebagai sarapan mahupun makan malam. Tidak perlu makan di kedai lagi. Hanya dengan resepi perkongsian ramai daripada laman Facebook ini sahaja. Selamat mencuba.

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang

kuey teow goreng kerang

Imej via Facebook

Siapa peminat kuey teow goreng kerang? Sila intip resepi mudah memasak kuey teow goreng kerang yang dikongsikan oleh Arieza Rieza di laman Facebook. Buat sendiri kuey teow kerang ala kedai di mana jua anda berada.

Bahan-bahan :

  • Kuey teow sebungkus,
  • Bawang putih ditumbuk kasar.
  • Cili kisar,
  • Sos tomato,
  • Kicap mee,
  • Kicap manis,
  • Sos tiram,
  • Kerang siap direbus dan dikupas,
  • Tauge,
  • Kucai,
  • Garam perasa.

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali kuey teow, tauge dan kucai.
  4. Kacau-kacau dan perasakan dengan garam sebab kuey teow rasanya tawar.
  5. Kemudian masukkan kuey teow, kucai dan tauge.
  6. Kacau-kacau sehingga sebati semua. Kalau kurang gelap boleh masukkan lagi kicap manis.
  7. Siap.

Tips : Asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh supaya kuey teow tidak melekat semasa goreng.

Resepi Kuey Teow Thng @ Sup @ Cantonese

kuey teow sup

Imej via Facebook

Bila makan kuey teow sup di kedai sekalipun, rasanya kadang tidak sesuai tekak. Rasanya seperti air masak yang dibubuh garam. Daripada membazir duit, baik buat sendiri yang sedap dan kena tekak. Kuah tidak tinggal setitik pun. Resepi daripada Faiza Mohammed Asari  di laman Facebook patut anda cuba.

Bahan-bahan :

  • 2 rangka ayam,
  • 2.5 liter air,
  • 4 biji sengkuang cina – buang kulit dan belah 2,
  • 2 labu bawang besar – belah 4,
  • 5 ulas bawang putih – bakar dengan kulit dan ketuk,
  • 3 inci halia – bakar dengna kulit dan ketuk,
  • 10-15 biji lada hitam.

Cara-cara :

  1. Rebus semua bahan dalam satu jam.
  2. Kecilkan api supaya kuah sentiasa mendidih.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan isi ayam potong/chicken balls dan apa-apa yang disuka.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Kuey teow dicelur.
  6. Sawi potong dicelur.
  7. Bila menghidangkan, masukkan kuey teow dan sayur dalam mangkuk.
  8. Tuangkan kuah sup yang mendidih ke atasnya.
  9. Letak sedikit lada sulah, bawang goreng, daun sup cincang dan minyak bawang putih.
    Siap.

Resepi Char Kuey Teow Daging Kering

char kuey teow

Imej via Facebook

Hari ini teringin makan char kuey teow daging. Mana-mana makwe kalau orang datang merisik, buat hidangan ini. Confirm satu lorong rumah datang merisik. Resepi daripada Wan LuQman di laman Facebook ini memiliki rasa yang power sungguh.

Bahan-bahan :

  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Halia,
  • Daging,
  • Cili kisar,
  • Sos tiram,
  • Kicap cair,
  • Cuka hitam,
  • Gula,
  • Kicap manis,
  • Kuey teow,
  • Sos tomato,
  • Sebutir telur,
  • Daun kucai,
  • Kobis,
  • Daun bawang Holland.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih bersama dengan bawang merah.
  2. Masukkan halia giling.
  3. Bila bawang sudah garing, masukkan daging.
  4. Letak sesudu besar cili kisar.
  5. Bila bahan tumis sudah garing, masukkan dua sudu besar sos tiram.
  6. Masukkan lagi dua sudu besar kicap cair.
  7. Lalu masukkan cuka hitam, fungsi dia untuk bagi hangit rasa dan bau supaya sedap.
  8. Letak sesudu kecil gula.
  9. Masukkan kicap manis. Saya guna ABC sebab warnanya yang pekat dan likat.
  10. Kemudian masukkan sebungkus kuey teow halus.
  11. Terus masukkan dua sudu besar sos tomato untuk bagi wangi.
  12. Masukkan telur, untuk rasa supaya jadi balance.
  13. Masukkan daun kucai, kobis dan daun bawang Holland.
  14. Selepas letak sayur-sayur tadi, goreng lagi sampai layu tapi jangan layu sangat nanti tidak rangup.
    Siap.

Resepi Beef Ginger Kuey Teow @ Kuey Teow Daging Halia

ginger beef kuey teow

Imej via Facebook

Makan beef ginger kuey teow di restoran harganya sampai RM20+. Tapi kalau buat sendiri mengikuti resepi daripada Wan LuQman di laman Facebook memang sedap macam kedai. Jimat dan sangat mudah diikuti.

Bahan-bahan :

  • Daging,
  • Kuey teow,
  • Kicap cair,
  • Halia,
  • Bawang putih,
  • Dua sudu serbuk pati ayam,
  • Lada sulah,
  • 3-4 sudu besar bancuhan tepung jagung,
  • Kucai dan daun bawang,
  • Sebiji telur besar,
  • Cuka hitam.

Cara-cara :

  1. Daging digoreng kosong atau goreng kicap.
  2. Goreng sekejap kuey teow dengan sesudu besar kicap cair. Asingkan letak tepi.
  3. Tumis halia dan bawang putih cincang.
  4. Masukkan air ikut sebanyak mana kuey teow anda.
  5. Bila mula mendidih, masukkan dua sudu serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah. Tunggu hingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan dalam 3-4 sudu besar bancuhan tepung jagung.
  7. Bila pekat kuah sudah sesuai, masukkan kucai dan daun bawang.
  8. Tutup api kemudian masukkan sebiji telur besar dan kacau.
  9. Baru masukkan daging yang digoreng tadi.
  10. Akhir sekali, renjiskan cuka hitam.
    Siap.

Resepi Char Kuey Teow Basah Penang

Char Kuey Teow Penang

Imej via Facebook

Resepi char kuey teow penang favorit keluarga. Resepi daripada Sweets Niesah‎ di laman Facebook mengolah sendiri paste char kuey teow mngikut tekak dan citarasa sendiri. Serius sedap macam restoran.

Bahan Paste Char Kuey Teow :

  • 9 ulas bawang putih diketuk.
  • 12 ekor udang kertas dibuang kulitnya dan rebus sampai mendidih.
  • 500 ml air untuk rebus udang.
  • 12 sudu besar sos tiram,
  • 6 sudu besar kicap pekat,
  • 6 sudu besar kicap manis,
  • 1 sudu besar petis udang,
  • 6 sudu besar gula,
  • 4 ketul kiub ikan bilis.
  • 2 sudu kecil garam halus,
  • 2 sudu kecil magie cukup rasa,
  • 1 sudu kecil aji.

Cara Membuat Paste Char Kuey Teow

  1. Rebus isi udang.
  2. Lepas rebus isi udang tadi, ambil penapis dan kaup isi udang sahaja. Biarkan air rebusan untuk rebus kulit dan kepala udang pula.
  3. Kemudian ambil kulit dan kepala udang yang direbus tadi, bubuh dalam blender untuk diblend dengan air rebusan udang tadi.
  4. Kemudian ambil 5 ekor isi udang tadi, blend juga bagi rasa manis udang.
  5. Lepas sudah blend, kena tapis balik supaya sisa-sisa kulit udang tidak termasuk sekali dalam paste.
  6. Setelah didapatkan air rebusan yang bersih dari kulit-kulit udang,  terus masukkan semua bahan-bahan di atas termasuk juga bawang putih yang diketuk tadi.
  7. Renehkan sekejap bagi semua bahan sekata. Renehkan sampai mendidih pun boleh.
  8. Kemudian tapiskan untuk asingkan bawang putih. Nampak semak kalau tidak tapis.
  9. Dapat setengah balang besar nanti boleh buat banyak kali.
  10. Simpan dalam peti untuk tahan lama.
  11. Paste siap.

Bahan-bahan Char kuey Teow :

  • 1 sudu besar minyak,
  • 1 sudu kecil bawang putih, (bawang yang ditapis tadi dibasuh sedikit dan blend)
  • 1 senduk cili kisar, (cili kisar diblend dengan air asam jawa)
  • 3 ½ senduk paste char kuey teow yang dibuat tadi,
  • Udang,
  • Kuey teow,
  • Tauge dan kucai,
  • Telur ayam,
  • Air untuk yang suka berkuah.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumis bawang putih.
  2. Kemudian masukkan 3 ekor udang. Bubuh lebih pun boleh.
  3. Masukkan senduk cili kisar.
  4. Lalu masukkan 3 ½ senduk paste char kuey teow.
  5. Terus masukkan segenggam kuey teow.
  6. Masukkan sedikit kucai dan tauge.
  7. Akhir sekali masukkan sebiji telur. Kacau bagi sekata semua. Kalau suka yang berkuah boleh tambah air.
  8. Masak guna api kuat kerana takut terbau hanyir telur.
    Siap.

Resepi Kuey Teow Kung Fu

kuey teow kung fu

Imej via Facebook

Atau biasa dipanggil kuey teow hong kong. Kalau makan di kedai, seafood nya sedikit saja, ayam pun sedikit. Lebih baik masak sendiri. Puas hati makan banyak kali. Boleh bagi jiran sekali. Resepi daripada  di laman Facebook.

Bahan A :

  • Ayam,
  • Udang,
  • Sotong.

Bahan B :

  • Sayur pak choy,
  • Baby corn,
  • Cauliflower,
  • Carrot,
  • Tomato.

Bahan Perasa :

  • Bawang putih,
  • Sos tiram,
  • Kiub ayam,
  • Lada sulah,
  • Tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih yang telah dicincang.
  2. Bubuh sos tiram ke dalamnya.
  3. Kemudian masukkan kiub ayam.
  4. Lalu masukkan air ikut banyak yang diinginkan.
  5. Masukkan ayam, carrot dan baby corn.
  6. Masukkan lagi udang, sotong, cauliflower dan pakchoy.
  7. Tunggu sampai mendidih.
  8. Kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.
  9. Jangan lupa bubuh garam, perisa dan lada sulah.
  10. Pecahkan 3 biji telur, letak sedikit lada sulah dan pukul telur.
  11. Gaulkan dengan kuey teow.
  12. Kemudian goreng macam buat telur dadar. Tapi guna minyak banyak.
  13. Kalau buat garing lagi sedap.
  14. Bila mahu hidangkan, siramkan kuah ke atas kuey teow goreng.

Resepi Kuey Teow Homemade

kuey teow homemade

Imej via Facebook

Jika anda tertarik untuk membuat kuey teow homemade, maka anda patut cuba resepi daripada Fiza Mh di laman Facebook. Kadang ada sebahagian orang yang lebih suka membuat kuey teow sendiri daripada beli kuey teow yang sedia ada di pasar raya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung beras*
  • 1/2 cawan tepung ubi*
  • 1 ½ cawan air*
  • Sedikit minyak sayuran,
  • Loyang untuk mengukus,

Cara-cara :

  1. Sediakan kukusan. Boleh guna kuali.
  2. Satukan kesemua bahan bertanda * dan kacau rata jangan sampai bergentel.
  3. Sementara itu griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
  4. Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi adunan dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. Boleh guna senduk.
  5. Kemudian kukus sehingga masak dalam 7-10 minit.
  6. Biarkan sejuk sekejap lepastu griskan permukaan kuey teow dengan minyak sayuran tadi.
  7. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (Ulangi proses ini hingga selesai)
  8. Sapukan permukaan pisau dengan minyak lepas itu boleh dipotong mengikut saiz yang anda suka. Siap.

Tips :

  • Semasa memotong kalau pisau anda pendek boleh lipat dua lempeng kuey teow itu. Senang kalau potong.
  • Resepi ini tebal sedikit. Mungkin boleh ditambah air sedikit untuk lebih nipis.

Resepi Kuey Teow Ladna

kuey teow ladna

Imej via Facebook

Kuey teow ladna kerap tersilap anggap dengan kuey teow kung fu. Perbezaannya ialah pada kuey teow kung fu, kuey teow digaul telur dan digoreng garing. Sedangkan kuey teow ladna, kuey teow hanya digoreng dengan kicap sahaja tanpa telur. Resepi daripada Slipper’z Echin di laman Facebook ini dinamakan resepi ladna seminit kerana ia amat simple dan mudah tapi sedap sangat.

Bahan-bahan :

  • Ayam potong dadu,
  • Sotong atau udang.
  • Bawang putih 2 ulas,
  • Sayur (kobis/sawi/carrot/tomato dan lain-lain),
  • Fishball/fishcake,
  • Tepung jagung yg telah dicairkan (lebih kurang 3 sudu),
  • Telur 2 biji,
  • Kuey teow,
  • Kicap manis.

Cara masak kuah :

  1. Mula-mula masukkkan air (agak-agak sesuai dengan jumlah orang makan).
  2. Masukkan bawang putih.
  3. Masukkan ayam/sotong/udang/fishball/fishcake.
  4. Masukkan semua sayur-mayur. Renehkan macam masak sayur.
  5. Masukkan telur, bagi sebati dengan kuah.
  6. Masukkan perencah cukup rasa garam, gula atau aji.
  7. Masukkan cili padi kalau mahu pedas.
  8. Akhir sekali masukkan tepung jagung untuk bagi kepekatan. Kalau kurang pekat, tambah tepung jagung lagi.

Cara Masak Kuey Teow :

  1. Lumur kuey teow dengan kicap manis.
  2. Gaul-gaul dan goreng sekejap atas kuali yang tidak melekat.
  3. Bila kesemua bahan sudah siap, boleh hidangkan kuey teow dengan kuah tadi .
  4. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuey teow, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.