Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja tak mengira peringkat umur. Sekali kena, anda akan tahu betapa azabnya. Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda info tentang punca dan tanda gastrik yang ramai orang tak perasan.

gastrik

Sumber: Siraplimau

Kita mulakan dengan ppunca gastrik. Apakah perkara yang boleh menyebabkan anda diserang penyakit gastrik? Di antaranya ialah:

1. Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa

Nabi Muhammad SAW pesan kat kita, bila makan, berhenti sebelum kenyang. Salah satu daripada hikmahnya ialah untuk mengelakkan daripada berlakunya gastrik. Nampak tak betapa hebatnya kesan kalau kita ikut sunnah nabi. Lepas ni, bila makan ingat apa kesan nabi.

2. Makanan berlemak secara tidak terkawal

Pengambilan makanan berlemak secara tidak terkawal juga boleh menjadi punca anda mendapat gastrik. Makanan seperti ayam goreng, kentang goreng, masak lemak cili padi merupakan makanan berlemak tinggi yang sukar untuk dihadam oleh perut lalu menyebabkan perut perlu mengeluarkan asid yang berlebihan.

Asid berlebihan akan menyebabkan perut menjadi pedih. Itulah dia gastrik. Kita adalah apa yang kita makan. Tak jaga pemakanan, suka makan makanan berlemak? Tanggunglah akibatnya.

3. Makanan yang terlalu pedas

Makanan yang terlalu pedas juga tak baik untuk kesihatan kita, terutamanya usus dan perut. Sekarang dah jadi trend, makan ramen sampai berasap telinga. Hati-hati. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan anda gastrik. Lagi parah, usus anda terkena ulser.

4. Minuman berkafein

Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan gastrik. Nak minum kopi dan teh boleh, tapi perlu berpada-pada.

5. Minuman bergas secara tidak terkawal

Minuman bergas sememangnya tak baik untuk kesihatan. Kandungan gulanya sangat tinggi dan hampit tiada zat vitamin didalamnya. Bukan itu sahaja, jika anda minum minuman bergas setiap hari, terutamanya ketika perut kosong, anda mungkin terkena gastrik.

gastrik

Sumber: Wateristhenewgold

6. Waktu makan tidak teratur

Makan tak menentu juga adalah antara punca utama gastrik. Oleh itu pastikan anda makan mengikut waktunya. Tak kira sesibuk mana pun anda bagi mengelakkan daripada terkena gastrik. Kalau dah kena gastrik, segala kerja dan tugasan akan tergendala. Lagi susah.

7. Perokok

Tak percaya? Ini adalah benar. Perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena gastrik berbanding mereka yang tidak merokok. Ini adalah mengikut statistik dari hospital. Bukan kami sengaja mereka cerita.

8. Perokok pasif

Kesian kan? Orang lain merokok, orang lain yang terkena kesannya. Perokok pasif bukan sahaja berisiko untuk mendapat kanser, malah mereka juga berisiko untuk mendapat serangan gastrik.

9. Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin

Sesetengah ubat seperti aspirin sememangnya memberikan tindak balas gastrik kepada tubuh badan. Pastikan anda tidak mengambil ubatan semasa perut kosong, kecuali diarahkan bagi mengelakkan risiko diserang gastrik.

10. Pengambilan alkohol

Alkohol sememangnya merosakkan badan. Peminum alkohol juga mmempunyai risiko yang kebih tinggi untuk mendapat gastrik.

11. Makanan berasid tinggi

Makanan yang masam dan berasid tinggi seperti jeruk adalah satu lagi punca gastrik yang ramai orang tak tahu. Apabila anda makan makanan berasid, ia akan meningkatkan jumlah asid di dinding perut lalu menyebabkan anda terkena gastrik.

gastrik

Sumber: Cikwankitchen

12. Stress dan tekanan emosi

Badan kita mempunyai mekanisma yang tersendiri. Apabila anda stress dan mengalami tekanan perasaan, secara automatik perut akan mengeluarkan asid secara berlebihan lalu menyebabkan anda diserang gastrik.

13. Jangkitan Bakteria H. Pylori

Jangkitan Bakteria H. Pylori akan menyebabkan usu menjadi luka dan mendapat ulser. Ulser usus akan menyebabkan anda mendaoat sakit yang amat sangat, diiringi dengan gastrik.

14. Kurang bersenam

Punca gastrik yang ini pasti membuatkan anda tersenyum. Ingatkan kalau malas bersenam, kesannya susah nak kurus sahaja. Rupanya kurang bersenam juga bole menyebabkan anda mendapat gastrik. Pengajarannya? Rajin-rajinlah bersenam ye.

Sekarang anda dah tahu apakah punca gastrik. Apa kata kita teruskan dengan tanda-tanda gastrik pula. Di antara tanda gastrik ialah:

  • Kembung perut

Perut kembung disebabkan perut mengeluarkan asid penghadaman terlalu berlebihan kesan daripada kerosakan saraf di dinding perut bahagian dalam.  Asid berlebihan tersebut akan melalui usus dan bertindak balas dan membentuk gas atau angina perut dan seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.

  • Senak perut

Sakit perut pada bahagian atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) sama ada di bahagian tengah atau kiri dan boleh merebak ke belakang.

  • Pedih ulu hati

Pedih ulu hati merupakan satu keadaan yang mana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus) bersama-sama makanan yang dihadam.  Keadaan ini sering menyebabkan ketidakselesaan kepada mana-mana individu dan secara tidak langsung ia menyebabkan rasa seakan-akan terbakar di bahagian dada atau tekak.

  • Kerap muntah

Kerap muntah antara simptom gastrik yang mana isi muntahnya mungkin jernih, kuning, atau kehijauan, mengandungi jalur darah atau darah sepenuhnya bergantung pada tahap gastrik.

gastrik

Sumber: Mdlinx

  • Badan berasa lemah dan lesu

Apabila sakit ini telah menyerang badan anda, secara automatik badan anda akan sentiasa lemah dan lesu kerana menahan sakit yang sememangnya membuatkan badan tidak selesa dan penat.

  • Sakit pada bahagian atas perut atau abdomen
  • Sendawa berlebihan
  • Kentut berlebihan
  • Penurunan berat badan
  • Najis berwarna hitam seperti tar
  • Muntah mengandungi darah
  • Hilang selera makan

Itulah dia punca dan tanda gastrik yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat untuk anda. Kalau anda diserang gastrik, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.