Gegata juga dikenali sebagai sopak garam, kelopak garam, dan ludah jin. Dalam terma perubatan, gegata dikenali sebagai urticaria. Gegata boleh timbul secara tiba-tiba. Alih-alih kulit berbintat macam kena gigit nyamuk.  Makin digaru makin membesar dan mula bengkak. Daripada satu biji bintat, boleh jadi peta merebak satu badan.

gegata

Sumber: Permanenciasvoluntarias

Yang sebenarnya gegata terjadi kerana bahan kimia bernama histamine telah dibebaskan ke dalam darah. Kehadiran histamin akan menyebabkan salur darah menjadi kembang lalu menyebabkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan gatal yang amat sangat.

Terdapat 2 jenis gegata iaitu:

1. Gegata akut

Biasanya didapati pada bayi-bayi dan kanak-kanak. Berlaku disebabkan oleh mendapat jangkitan virus ataupun alahan makanan seperti susu lembu, telur dan kacang tanah.

2.Gegata kronik

Melebihi enam minggu. Boleh berlaku secara spontan tanpa pencetus.

gegata

Sumber: Kamarpublik

Apakah punca gegata?

1. Hama pada tilam atau karpet

Gigitan hama dari tilam atau karpet adalah punca pertama gegata. Purata hama yang mendiami sesebuah tilam ada sekitar 100,000 hingga sejuta ekor. Bergantung pada berapa lama kita dah guna tilam tersebut.

Kitaran hidup hama ialah 100 hari. Dalam tempoh 100 hari ia akan bertelur dan membiak membentuk di katil sehingga mencapai berjuta-juta hama dalam sebuah katil. Bahkan hama juga boleh masuk dan bersarang di liang kulit manusia.

Dalam sehari Hama  membuang kotorannya sebanyak 20 kali. Najis hama mengandungi enzim-enzim terutamanya protease yang boleh menjadi alergen atau penyebab gegata.

2. Alahan kepada makanan

Sesetengah orang terkena gegata disebabkan oleh alahan kepada makanan atau pun dikenali sebagai reaksi imunologik. Anda mungkin terkena gegata keranaalahan kepada telur, kekacang atau makanan laut. Kehadiran bahan pewarna, serbuk perasa, atau bahan pengawet juga seringkali dikaitkan dengan gegata.

3. Terdedah kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama

Pendedahan kepada cuaca sejuk dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan gegata. Contohnya berenang terlalu lama atau bermain ski terlalu lama.

4. Terdedah kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama

Pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama adalah punca gegata yang seterusnya. Sinar matahari, sinar uv, sinar radiasi dan panas pembakaran adalah antara pencetus gegata.

gegata

Sumber: Suryamalang

5. Reaksi kepada ubat

Anda mungkin terkena gegata disebabkan alahan kepada ubat atau antibiotik. Contohnya  aspirin, penisilin, analgesik, pencahar hormon dan diuretik. Ada juga ubat yang menyebabkan badan kita melepaskan histamin ke dalam darah, contohnya kodein, opium dan zat kontras.

6. Reaksi kepada bahan-bahan tertentu seperti latex

Jika anda mempunyai alahan kepada bahan-bahan tertentu seperti latex contohnya, ia boleh menjadi punca gegata jika tersentuh latex secara tidak sengaja.

7. Sengatan dan bisa binatang

Selain itu, sengatan dan bisa binatang seperti lipan, kala jengking dan ular juga boleh menyebabkan gegata.

gegata

Sumber: Kompas

8. Gigitan binatang

Gigitan nyamuk atau pepijat adalah di antara punca yang biasa dijumpai.

9. Alahan

Bahan seperti sabun mandi, sabun cuci baju, kosmetik dan produk kecantikan, debu, bulu binatang dan debunga boleh menyebabkan alahan lalu menyebabkan anda mengalami gegata.

10. Jangkitan kuman

Jangkitan disebabkan oleh virus dan bakteria juga boleh menyebabkan gegata.

11. Kecacingan

Jika anda mengalami kecacingan, biasanya akan timbul masalah kulit termasuk gegata.

12. Genetik

Jika ibu bapa atau nenek moyang anda pernah terkena gegata, anda juga berisiko untuk mempunyai masalah yang sama.

13. Tekanan kepada tubuh badan

Tekanan pada tubuh badan yang dimaksudkan ialah urutan atau getaran.

gegata

Sumber: Ohmymedia

14. Debu & kotoran

Habuk, debu, asap, kotoran, dan pencemaran udara juga boleh menyebabkan anda mendapat gegata.

Sekarang kami akan kongsikan petua menghilangkan gegata. Anda boleh mencuba salah satu daripada petua dibawah:

  • Bedak Sejuk dan Air Garam

Caranya, ambil sesudu bedak sejuk dan sesudu garam. Campurkan sedikit air ke dalam bedak sejuk dan garam tDI. Pastikan campuran bedak sejuk, garam dan air tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari bagi memudahkan ianya melekat pada kulit. Sapukan pada tempat yang gatal.

  • Lengkuas

Caranya, bersihkan & potong lengkuas. Kelas ataupun guris-guriskan dengan pisau pada permukaan lengkuas yang dipotong. Gosok lengkuas tadi pada tempat yang gatal. Ulang setiap kali air lengkuas kering.

gegata

Sumber: Tribunnews

  • Tepung Beras

Campurkan tepung beras dengan sedikit air. Uli dan kepal tepung sehinggalah menjadi doh. Golekkan tepung beras pada kulit yang terkena gegata.

  • Bawang Merah 

Caranya, kupas dan tumbuk bawang merah sehingga lembut kemudian sapukan di seluruh badan yang terkena gegata. Kaedah ini dilakukan selepas mandi setiap hari dan gegata anda akan sembuh dalam masa seminggu.

  • Cuka Epal

Caranya, campurkan 1 penutup cuka epal dengan satu gayung air suam. Jadikan campuran ini sebagai bilasan terakhir semasa mandi. Tidak perlu dibilas dengan air biasa. Atau boleh juga sapukan campuran air tadi pada kulit yang gatal dan biarkannya kering sendiri.

  • Kunyit Dan Kapur Sirih

Caranya, ambil  seinci kunyit dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian tambahkan setengah sudu kapur makan.Sapu di tempat yang gatal atau terkena gegata.

  • Air garam

Cara pertama, campurkan segenggam garam ke dalam separuh baldi air. Kemudian, campuran air garam dijadikan sebagai bilasan terakhir setiap kali mandi. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Cara kedua ialah dengan mengambil secubit garam dan campurkan dengan setengah gelas air. Kacau sehingga larut dan sapukan pada kulit yang gatal.

gegata

Sumber: Hellosehat

Itulah dia info gegata yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga perkongsian kami bermanfaat buat anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.