Haaaaa, siapa di sini yang sangat suka minum teh? Teh tarik? Teh halia? Teh hijau? Teh peng? Teh-C-Peng istimewa atau Teh tiga lapis? Habis segala macam teh ingin dicuba. 

Kalau hari hujan ni, alangkah seronoknya dapat minum teh panas, sambil celup-celup biskut lagi. Hmmmm, nikmatnya terasa di tekak! 

Minum-minum juga, akan tetapi anda tidak terasa ingin tahu ke apa kebaikan dan keburukan teh? Oleh itu, kami kongsikan di sini artikel saintis Dr Suri Roowi, bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai minuman kegemaran mereka ini.

Lebih-lebih lagi untuk mereka yang tegar, tidak dapat minum minuman lain selain teh. Syok katanya! Tidak sah perjalanan harian tanpa teh, sama ada pagi atau petang, harus terisi dengan minuman teh. 

Apakah Kebaikan Minum Teh Hijau?

Teh hijau kaya antioksidan dan biasanya diminum pada kuantiti yang tinggi – untuk turunkan berat badan.

Meminum teh hijau juga kurangkan risiko diabetis dan stroke

Kajian mendapati meminum teh hijau pada kuantiti yang tinggi boleh sebabkan loya, lesu dan pening. Ini disebabkan teh hijau juga mengandungi kafein.

Menurut The 2015 Dutch Dietary Guidelines, kadar yang disarankan adalah 3 cawan sehari.

minum teh
Imej via HealthyWomen

Apakah Keburukan Jika Minum Teh Setiap Hari Pada Kadar Tinggi?

Walaubagaimanapun, meminum teh atau teh hijau pada kuantiti yang tinggi setiap hari boleh kurangkan penyerapan zat besi dan mungkin boleh menyebabkan anemia.

Meminum teh atau kopi pada kuantiti tinggi di kalangan kanak-kanak juga kurang sesuai kerana boleh kurangkan penyerapan zat besi

Bagi pesakit batu karang, kajian mendapati bahan oksalat juga hadir dalam teh.

Pengambilan bahan tinggi oksalat pada kadar yang tinggi boleh sebabkan batu karang

Berapakah Kandungan Oksalat Dalam Teh?

Kandungan oksalat dalam teh adalah;
a.Teh Pu-Erh (342 mg/200 mL)
b.Teh biasa (156 mg/200mL) 
c.Teh hijau (80 mg/200 mL)

Dapatkah Pembentukan Batu Karang Dikurangkan?

minum teh
Imej via Quest 2 Fitness

Menambah susu dalam teh akan kurangkan pembentukan batu karang kerana bahan oksalat kurang diserap ke dalam darah.

Bahan berkhasiat antioksidan juga kurang diserap dalam darah jika teh diambil bersama susu

Justeru minum ikut kadarnya dan mengikut cara yang betul

Rujukan:
Clinical Case Reports 2016; 4(11):1053–1056
Nutrition [email protected], Vol. 58, No. 3

*Kalau sudah minat, tidak salah pun, cumanya hendaklah berpada-pada dengan kuantiti teh yang diminum setiap hari. Share jangan tidak share!  

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Suri Roowi

Dr Suri Roowi

Dr Suri Roowi merupakan penyelidik utama di pusat penyelidikan MARDI. Seorang saintis yang rajin berkongsikan tips dan info kesihatan dan pemakanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.