Ingin makan makanan lazat dan menyelerakan? Jom cuba resepi ikan kukus ala thai ini.

Masakan kukus sepatutnya menjadi salah satu antara hidangan yang merangsang selera makan. Ia juga tidak dimasak menggunakan minyak sehingganya kadar lemak dalam makanan juga rendah. Bolehlah untuk anda yang tengah berdiet makanan berlemak.

Mieza Azlan di laman Facebook berkongsikan resepinya, tidak hanya ikan kukus sahaja namun ia juga berkongsikan resepi sambal Thai yang dimakan bersama ikan kukus. Mesti anda tertunggu resepinya, selamat mencuba.

Resepi Ikan Kukus Sambal Thai

ikan kukus

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan siakap lumur dengan garam kemudian kukus sampai masak.
  • Bawang merah, halia, bawang putih dicincang halus.
  • Daun limau purut, cili dan bunga kantan. (cili dan bunga kantan dihiris halus).
  • 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu cili kisar, 1sudu kicap manis dan sedikit sos ikan.
  • Air perahan limau.

Cara-cara :

  1. Tumis cili kisar hingga masak.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkn sos cili, tomato, tiram, kicap manis dan sos ikan. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan bunga kantan, cili daun limau purut.
  5. Bubuh perasa dan masukkan air kukus ikan tadi dengan air perahan limau.
  6. Jika sambal sudah siap, siram ke atas ikan.
  7. Sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.