Setiap ibu pasti berasa tak sabar untuk memberi bayinya makan untuk kali pertama. Tak sabar-sabar tunggu anak berumur 6 bulan, kan.

Di antara makanan pertama yang boleh anda berikan kepada bayi ialah bubur nasi dan puri. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kungsikan resepi bubur nasi bayi yang boleh anda sediakan.

resepi bubur nasi bayi

Sumber: Makcikpc

1. Bubur nasi & susu ibu

Anda boleh masak bubur nasi bersama susu ibu. Bahan yang diperlukan ialah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan

2. Bubur nasi & lobak merah

Bubur nasi & lobak merah juga merupakan resepi bubur nasi enak yang boleh anda sediakan untuk anak tersayang. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan

3. Bubur nasi & ikan bilis

Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Kisar ikan bilis sehingga hancur, jangan lupa dibuang tulangnya
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan

4. Bubur nasi & ayam

Bubur nasi & ayam pasti akan menjadi kegemaran anak anda. Bahan-bahan yang diperlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan

5. Bubur nasi & daging

Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah, dan daging. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging yang dicincang kecil & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan
resepi bubur nasi bayi

Sumber: Cookpad

6. Bubur nasi & kentang

Kentang merupakan sumber karbohidrat baik yang sangat sesuai untuk diberikan kepada bayi anda. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Kisar ikan bilis sehingga hancur, jangan lupa untuk buang tulang
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan
  • Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi

7. Bubur nasi & brokoli

Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli. Caranya:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Kisar ikan bilis sehingga hancur, jangan lupa untuk buang tulang
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan
  • Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
  • Untuk brokoli, membasuh dengan melalukan dibawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi didalamnya keluar.

8. Bubur nasi, ayam & lobak merah

Anda juga boleh mencampurkan sayuran dan ayam ke dalam bubur nasi bayi anda. Rasanya sangat sedap. Cara menyediakannya ialah:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Rebus ayam. Air rebusan jangan dibuang. Akan digunakan untuk memasak nasi nanti
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil, ayam, & air rebusan ayam tadi
  • Masak dengan api perlahan
  • Lenyekkan lobak sebelum diberi kepada bayi

9. Bubur nasi, daging & lobak merah

Cara penyediaan sama seperti resepi bubur nasi bersama ayam dan lobak merah di atas.

10. Bubur nasi & grilled salmon

Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk simanje. Cara menyediakannya:

  • Bersihkan salmon, pastikan semua tulangnya dibuang.
  • Grillkan salmon sehingga masak
  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
  • Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ke dalam bubur
  • Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bunga kobis, kentang, dan sebagainya
resepi bubur nasi bayi

Sumber: Grillinfools

11. Bubur nasi & kekacang

Selain sayur-sayuran dan daging, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan kacang almond, pistachio, macademia, pekan, dan sebagainya. Cara menyediakan:

  • Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
  • Kisar beras sehingga hancur
  • Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
  • Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras & sedikit air
  • Masak dengan api perlahan
  • Sementara menunggu bubur masak, anda bakar kacang sehingga garing
  • Kisar kekacang
  • Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan

Itulah dia 11 resepi bubur bayi yang boleh anda masukkan ke dalam senarai menu makanan untuk bayi yang tersayang. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua hilangkan perut bayi kembung, resepi makanan bayi 6 bulan, dan penjagaan gigi susu.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.