Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai barang bayi yang wajib disediakan sebelum bersalin.

Anda sedang menunggu hari untuk menimang cahayamata? Salah satu daripada perkara penting yang patut anda lakukan sebelum bersalin ialah memastikan semua barang bayi telah ada. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan senarai barang bayi yang wajib disediakan sebelum bersalin.

senarai barang bayi

Sumber: Lovetoknow

1. Baju lengan pendek

Untuk cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, baju lengan pendek merupakan pakaian yang paling sesuai untuk dipakaikan kepada bayi anda, terutamanya bayi yang baru lahir. Pakaian pendek dan tidak tebal adalah perkara pertama yang ada dalam senarai barang bayi yang anda wajib beli sebelum anda bersalin.

Beli sekurang-kurangnya 6 helai baju lengan pendek. Tak perlu beli terlalu banyak kerana bayi akan membesar dengan sangat cepat. Sekejap je dah kena tukar saiz. Nasihat kami, elakkan daripada membeli saiz newbowrn.Sebaliknya beli baju untuk bayi 3-6 bulan.

2. Baju lengan panjang

Baju lengan panjang adalah untuk dipakaikan pada waktu malam dimana cuaca menjadi sejuk atau jika anda membawa bayi keluar berjalan-jalan di dalam shopping complex yang berhawa dingin. Selain itu, baju lengan panjang juga melindungi bayi daripada digigit nyamuk.

Berapa helai baju lengan panjang yang perlu dibeli? Sama seperti baju lengan pendek, kami cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 6 helai baju lengan panjang.

3. Seluar

Beli baju, mestilah kena beli seluar. Kami cadangkan anda beli sekurang-kurangnya 10 helai seluar. Nak beli seluar pendek atau seluar panjang? Untuk bayi yang baru lahir, seluar panjang adalah lebih sesuai bagi mengelakkan angin masuk ke badan bayi melalui kaki. Seluar panjang juga lebih varsetil, boleh digunakan pada waktu siang, malam, malah nak keluar berjalan-jalan pun sesuai.

4. Lampin

Kain lampin juga tak kurang pentingnya. Sepanjang tempoh mengandung, anda mempunyai masa yang lama untuk memilih sama ada mahu gunakan lampin pakai buang atau lampin guna semula. Di Malaysia, kebanyakan ibu menggunakan lampin pakai buang kerana ianya memudahkan ibu. Apabila lampin penuh atau kotor, terus buang ke dalam tong sampah.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan lampin pakai buang, beli pek yang kecil dahulu kerana anda belum tahu lampin jenama mana yang sesuai yang bayi anda. Sekiranya lampin tidak sesuai, akan berlaku ruam pada punggung dan kemaluan bayi, dan anda terpaksa bertukar kepada jenama lain. Kan dah membazir.

Jika anda memilih untuk menggunakan lampin guna semula, anda boleh beli sekurang-kurangnya satu dozen lampin. Jangan lupa untuk membeli sabun khas untuk mencuci lampin. Elakkan daripada membasuh lampin bayi dengan sabun biasa kerana bahan kimianya boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit bayi yang halus.

senarai barang bayi

Sumber: Foodiemom

5. Barut

Walau pun anda seorang ibu moden, kami nasihatkan supaya jangan lupa untuk menyediakan barut untuk bayi anda yang bakal lahir. Pemakaian barut akan mengelakkan angin daripada masuk ke perut bayi lalu menyebabkan bayi anda mengalami kembung. Percayalah cakap kami, anda takkan mahu membiarkan bayi anda kembung.

Terdapat dua jenis barut iaitu barut biasa dan barut gantung. Anda boleh pilih mana-mana parut. Fungsi kedua-duanya adalah sama. Apa yang membezakannya ialah barut gantung tahan lebih lama. Apabila bagi semakin membesar, anda tak perlu membeli barut baru.

6. Kain bedung

Kain bedung juga merupakan barang bayi yang wajib anda beli. Bayi yang dibedung akan berasa selesa seolah-olah berada dalam perut ibunya. Bayi yang dibedung juga akan tidur dengan lebih lama. Apa yang paling penting, pastikan kain bedung tidak terlalu tebal dan menyebabkan bayi kepanasan.

Terdapat pelbagai kain bedung dengan corak comel yang dijual di pasaran. Anda pasti rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana. Ada juga bedung istant, cma zip sahaja, siap. Berapa helai kain bedung nak dibeli? Pada kami, 5 helai dah mencukupi.

7. Sarung kaki dan sarung tangan

Sarung kaki dan sarung tangan jangan dilupa ye ibu. Sarung tangan berfungsi untuk mengelakkan bayi anda daripada mencakar muka sendiri, terutama sekali semasa kukunya panjang. Sementara stokin kaki pula melindungi tapak kaki bayi daripada dimasuki angin, selain untuk mengelakkan bayi daripada kesejukan.

Bila ke kedai barangan bayi, anda pasti rambang mata dengan pelbagai corak sarung tangan & sarung kaki. Berapa pasang stokin nak dibeli? 5 pasang sudah mencukupi.

8. Topi

Barang bayi yang kelapan ialah topi. Kepala bayi baru lahir perlu ditutup setiap masa bagi mengelakkan angin masuk melalui ubun-ubunnya. Apabila keluar rumah, pun wajib memakai topi. Anda perlu membeli sekurang-kurangnya 3 helai topi.

9. Minyak panas bayi untuk perut

Bayi perlu disapukan minyak panas sebelum dipakaikan barut. Tujuannya ialah untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin. Selain perut, sapu juga minyak panas pada tapak kaki, betis, dan tulang keting bayi.

10. Bib

Anda perlu sentiasa pakaikan bayi anda bib supaya bajunya tidak basah akibat muntah atau luak susu. Beli sekurang-kurangnya 3 helai bib.

senarai barang bayi

Sumber: Ontd

11. Krim ruam

Sediakan satu tiub krim ruam sebagai persediaan sekiranya bayi anda terkena ruam lampin atau ruam susu.

12. Wet wipes

Wet wipes atau tisu basah adalah barang yang anda wajib beli. Ianya boleh digunakan untuk membersihkan punggung bayi semasa menukar lampin, atau mengelap susu tumpah dari mulut bayi, dan juga muntah.

Selain itu, anda juga perlu membeli:

  • Botol susu
  • Pencuci botol susu
  • Berus mencuci botol susu
  • Putik kapas
  • Tuala kecil
  • Tuala mandi
  • Tab mandi
  • Syampu dan sabun mandi
  • Pengetip kuku
  • Sikat rambut
  • Termometer
  • Selimut
  • Pelapik plastik kalis air
  • Carseat
  • Stroller
  • Bouncing chair
  • Puting
  • Lampu tidur

Itulah dia senarai barang bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang cara meransang perkembangan bayi, tips tummy time, dan senarai kedai bayi di Lembah Klang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.