Resepi Daging Masak Merah Thai Padu Lagi Terbaik!
Pernah makan daging masak merah? Bukan calang calang daging masak merah, tapi ini daging masak merah thai punya! Ayuh cuba resepi daging masak merah ini!…

Pernah makan daging masak merah? Bukan calang calang daging masak merah, tapi ini daging masak merah thai punya! Ayuh cuba resepi daging masak merah ini! Ya. Amat jarang jarang sekali kita melihat daging masak merah thai. Mungkin ada yang biasa makannya. Tapi untuk sesetengah orang, ia mungkin masakan yang tak pernah mereka dengar. Daging masak merah thai ini sangatlah senang untuk di masak. Bahan yang digunakan juga amat senang untuk di dapati di kedai kedai runcit. Jadi anda tak perlu risau. Ayuh kita melangkah ke dapur segera untuk mencuba resepi daging masak merah ini! Resepi ini dikongsikan oleh Nur Asyiqin Jemain dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.
Resepi Daging Masak Merah

Imej via Facebook
Bahan Bahan
1kg Daging
Bahan tumis

Imej via Facebook
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 tangkai cili merah
- Segenggam cili padi
- 1 batang carot
Bahan rencah

Imej via Facebook
- 10 tangkai cili kering di blend dengan 3 bji bawang merah dan 3 biji ulas bawang putih
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- Kicap secukupnya
Cara Cara Memasak
-
1kg daging dihiris nipis, direbus dengan pewarna merah

Imej via Facebook
-
Daging yang dah direbus, digoreng pula

Imej via Facebook
-
Tumis bahan bahan di atas
-
Kemudian masukkan bahan bahan rencah
-
Tabur daun sup sebagai hiasan dan siap untuk di ngappp

Imej via Facebook
Resepi Daging Lain Yang Menarik
Selain resepi daging masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.
Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.