in

Resepi Kek Coklat Layer Mousse Coklat (Memang Power Habis!)

Anda selalu teringin nak makan kek coklat yang meletup? Tapi selalu memang malas nak keluar rumah? Ayuh ke dapur dan cuba resepi kek coklat power ini!

Berdasarkan feedback feedback yang diterima, ramai bersependapat bahawa kek ini memang layak untuk dapat rate 5 star. Thumbs up kata orang. Gitu! Memang tak sia sia anda cuba resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Siti Hajar Hashim dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kek Coklat

Resepi Kek Coklat
Imej via Facebook

Kek coklat layer mousse coklat. Sedap jugak kek ni. Ni kali kedua saya buat. Resepi saya sertakan kat bawah ni ye.

Bahan Bahan

Kek Coklat Moist

  • 3 biji telur gred A
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula(saya blend gula pasir)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 kotak kecil susu dutch lady coklat(200ml)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila

Mousse Coklat

  • 1 cawan non dairy whipping cream (Saya guna jenama vivo)
  • 250gm beryls dark chocolate compound
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu makan majerin

Coklat Ganache

  • 250gm beryls dark chocolate compound
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu makan butter/majerin

Cara cara Memasak

Kek Coklat Moist

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Satukan telur, gula & esen vanila dalam bekas. Mixer hingga kembang.
  3. Masukkan minyak masak & susu pekat. Mixer sebati.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi
  5. Last sekali masukkan susu dutch lady coklat. Kacau sebati guna senduk je.
  6. Tuang dlm bekas. Saya guna bekas saiz sq450. Dapat 6 bekas. Isi separuh je
  7. Panaskan pengukus. Tunggu hingga airnya mendidih.
  8. Kukus kek hingga masak. Saya kukus 25minit. Nak tau masak ke belum, try cucuk guna lidi. Kalau lidi bersih, maksudnya dah masak. **
  9. Sejukkan kek seketika. Keluarkan dari bekas. Potong kepada 2 bahagian. Saya potong guna benang.

** Saya balut tutup pengukus untuk mengelakkan air menitik atas kek.

Mousse Coklat

  1. Mixer non dairy whipping cream hingga kental. Dah siap tu simpan dulu dalam peti ais.
  2. Cairkan coklat secara double boiler. Bila coklat dah cair, masukkan susu cair & majerin. Kacau hingga sebati. Biarkan sejuk seketika.
  3. Campurkan coklat cair ke dalam bekas whipping cream. Campur semua tu. Kacau hingga sebati.

Step seterusnya – Layer Kek

  1. Lapisan pertama letak kek.
  2. Lapisan kedua mousse coklat.
  3. Lapisan ketiga letak kek.
  4. Lapisan keempat letak mousse coklat lagi.
  5. Lapisan kelima, tuang coklat ganache

*saya masukkan mousse coklat dalam piping bag supaya senang nak layer.

Coklat Ganache

  1. Cairkan coklat secara double boiler.
  2. Dah cair, masukkan susu cair & majerin. Kacau sebati.
  3. Dah siap tu, tuang ganache tadi atas kek.
  4. Sejukkan kek dalam peti ais dulu.

Selamat Mencuba

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek coklat, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

  • Resepi Kek Butter
  • Resepi Kek Red Velvet
  • Resepi Kek Pandan Gula Melaka

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Written by Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kayu manis

30 Khasiat Kayu Manis Untuk Kesihatan (Terbukti)

Resepi Kek Pisang

Resepi Kek Pisang Gebu, Enak dan Kurang Manis (4 Langkah Mudah)