in

Resepi Kek Batik Milo (Lembut Dan Mudah)

Pernah tak anda makan kek batik yang sedap gila sampai rasa dia melt dalam mulut. Mesti jarang jarang kan? Mari cuba resepi kek batik yang telah dikongsikan dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan netizen.

Rata rata netizen memang memuji keenakkan dan rasa coklat yang padu dengan menggunakan resepi kek batik ini.

Menurut pemberi resepi, kek batik ini sekarang telah menjadi sumber pendapatan beliau. Dan jualan kek batiknya memang laris!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Radin Farisha Radin Kamarruddin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik
Imej via Facebook

Saya nak ucapkan terima kasih yang share resepi kek batik bertopping saya buat. Memang padu rasanye. And now, ramai yang order. Dari suka suka buat, jadi berniaga pulak. Hehehe.

Bahan Bahan

Bahan A

  • 1 pek biskut Marie (300g)
  • 250g Buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1cawan air masak
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • Telur 2biji

Bahan B (Topping/choc ganache)

  • 1cawan Whipping cream Anchor UHT
  • 100 gram Choc compound
  • 100 gram Dark Choc
  • 1sudu besar butter

Cara cara Memasak

1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Saya guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair, tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau kacau sampai sebati. Terutamanya telur.

Dah sebati pasang api balik. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dengan air. Bila adunan dah likat, dan keluar buih buih maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik. Sampai sekata.

2. Tuang biskut marie dalam loyang 10inci. Lapik loyang dengan plastik. Atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Saya lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan tekan adunan biskut marie sampai rata. Sejukkan.

3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau kacau sampai rasa suam masukkan choc. Kacau sampai cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.

4. Kemudian tuang atas kek batik tadi. Dan simpan peti sekurang kurang nya 6jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.

Selamat mencuba

Resepi Kek Lain Yang Menarik

Selain resepi kek batik, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

  • Resepi Kek Pisang
  • Resepi Kek Marble
  • Resepi Kek Butter

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Nabilah Ruza

Written by Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Mudah Buat ‘Doll House’. Walaupun ‘Simple’, Ia Tetap Menjanjikan Keseronokan!

Kayu manis

30 Khasiat Kayu Manis Untuk Kesihatan (Terbukti)