TONER sudah menjadi satu kebiasaan di dalam step membersihkan wajah. Toner yang lebih dikenali sebagai ‘penyegar’ ini merupakan antara produk penting bagi mendapatkan wajah yang lebih cantik dan berseri. Toner boleh di pakai oleh kaum hawa dan juga adam.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat sebanyak 4 jenis kategori toner di pasaran iaitu Water Toner (dikenali sebagai water-based kerana berasaskan elemen air), Spray Toner (juga merupakan water-based toner cuma dalam bentuk botol spray), Oil Toner (diperbuat dengan berasaskan minyak) dan akhir sekali adalah Cream Toner (penyegar dalam bentuk krim).

Inilah Alasan Mengapa Toner Special Dan Penting Untuk Wajah

Meskipun pemakaian toner ini adalah sangat penting namun masih ada yang dengan sengaja meninggalkan proses pemakaian toner pada wajah. Mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan dan keyakinan ke atas toner ini. Di sini disenaraikan sebab mengapa toner penting untuk wajah seseorang.

Alasan #1 – Melengkapkan Proses Pembersihan Wajah Dari Saki Baki Solekan Dan Kotoran

Membasuh dengan pencuci muka semata tidak bererti wajah akan bersih sepenuhnya dari kotoran daki dan saki baki solekan. Ini kerana kotoran mungkin masih bersisa di liang pori. Kerana itu perlu digunakan toner kerana toner ini dapat diserap lebih jauh ke dalam pori untuk bantu tanggalkan kesan kotoran secara lebih baik dan berkesan.

Alasan #2 – Mengecutkan Liang-Liang Pori Pada Muka

Image Via : Bukanaku

Tidak hanya membantu mengeluarkan kotoran yang ada di celah pori wajah sebaliknya toner juga berupaya untuk mengecutkan semula pori wajah yang telah terbuka semasa proses mencuci muka tadi. Semakin kecil pori wajah bermakna semakin halus kulit wajah anda.

Alasan #3 – Menyingkirkan Kulit Mati Yang Ada

Toner juga berupaya untuk menyingkirkan kulit mati yang ada pada wajah. Toner dihasilkan dengan formula yang sangat efektif untuk kulit kering, sensitif, dan lain-lain. Yang penting anda perlu tahu jenis kulit wajah sendiri dan belilah toner yang sesuai mengikut jenis dan masalah kulit.

Jika wajah ada masalah jerawat elok beli toner yang mengandung acid. Untuk kulit wajah kusam pula elok gunakan toner dengan kandungan kolagen atau hyaluronic acid.

Alasan #4 – Seimbangkan pH Kulit Dengan Sekata

Wajah juga penting untuk diimbangkan semula pH kulit supaya sekata. Kulit tubuh kita sememangnya mempunyai kandungan asid secara semulajadi. Sedangkan pembersih wajah pula kebanyakannya mempunyai kandungan alkali. Maka kerana itu, perlu digunakan toner untuk menyeimbangkan semula kadar kandungan pH pada wajah selepas di cuci.

Alasan #5 – Mengembalikan Keremajaan Kulit

Ini part paling best! Kalau anda nak tahu pemakaian toner yang konsisten dapat membuatkan kulit wajah lebih segar dan semakin baik berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, toner dapat menyegarkan kulit wajah dan membuatnya lebih terhidrasi. 

Alasan #6 – Minimakan Pertumbuhan Jerawat Pada Kawasan Muka

Akibat pemakaian toner yang betul, secara tidak langsung pori wajah akan semakin mengecil sehingga sukar untuk kotoran dan minyak melekat seperti dulu. Apabila wajah kurang berminyak maka jerawat juga sudah semakin susah untuk muncul pada wajah.

Alasan #7 – Menambah Lapisan Perlindungan dan Kelembapan

Selain daripada alasan di ata, toner juga boleh membantu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa proses mencuci wajah tadi. Bagi anda yang suka travel ke sana sini, anda boleh masukkan toner ke dalam botol spray kecil untuk digunakan sebagai penyegar.

Ini bagi memberikan semula kelembapan pada kulit yang hilang semasa terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan semasa dalam penerbangan juga boleh.

Cadangan 5 Toner Terbaik Untuk Di Cuba

1 – EUCERIN Dermato Clean Balancing Facial Toner

Image Via : Eucerin

Eucerin adalah salah satu jenama produk kecantikan yang diyakini orlah ramai rakyat Malaysia. Kini Eucerin juga telah menghasilkan produk penjagaan kulit wajah secara menyeluruh termasuk dengan toner. Ia sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit berminyak, kulit kering dan juga kulit yang berjerawat.

Tujuan utama untuk fungsi Dermato Clean Balancing Toner ini adalah untuk membersihkan sisa kotoran yang masih melekat di kulit wajah serta menutup liang pori yang terbuka. Makin best, toner dari jenama Eucerin ini turut dapat menghalang kulit dari menjadi kering kerana ia dapat mengekalkan tahap kelembapan pada kulit. Paling penting ia sama sekali bebas dari sebarang alkohol.

2 – SIMPLY SITI New Age + Rejuvenating Toner

Image Via : Simply Siti

Siapa tidak kenal dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Ikon terkenal yang bukan saja berbakat tetapi juga sangat cantik dan tampak awet muda dari dulu hingga kini. Menjelmanya produk kecantikan beliau sendiri dengan nama Simply Siti benar-benar membuatkan ramai wanita teruja. Ia datang dalam bentuk set lengkap termasuk dengan toner.

Kebaikan toner ini dapat menghalang anti-penuaan serta mengembalikan keremajaan kulit wajah dengan kesan yang serta-merta. Antara bahan utama yang ada di dalam toner ini adalah Sesaflash yang akan berfungsi untuk mengekalkan kehidratan serta menaikkan seri kulit wajah. Toner ini juga dapat bantu memperbaiki sel-sel kulit mati pada wajah.

3 – PIXI Glow Tonic

Glow Tonic dari Pixi sangat berkesan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Produk ini mengandungi 5% glyconic acid, lidah buaya dan pH4 yang dapat mengimbangkan kulit. Paling penting ianya sama sekali bebas alkohol.

Kelebihan toner ini dapat mencerahkan kulit dan semakin segar bermaya dengan lapisan kulit yang baru tanpa proses pengelupasan. Ia turut diperkaya dengan minyak semulajadi, aloe vera, ginseng dan ekstrak buah-buahan yang sangat awesome untuk kulit wajah.

4 – NEUTROGENA Alcohol Free Toner

Image Via : Hip2Save

Neutrogena sudah tak asing lagi untuk para peminat barangan yang di jual dalam Watsons dan Guardian. Ia adalah produk yang bebas alkohol dengan tujuan utama untuk bersihkan kulit wajah tanpa membuatkan kulit wajah menjadi kering.

Bagi mereka yang punya masalah kulit kering, toner jenama ini sangat sesuai sekali. Ia juga bersifat bebas minyak untuk penyerapan yang lebih berkesan ke atas kulit semasa penggunaan.

5 – Garnier Skin Naturals Micellar Cleansing Water 125ml

Image Via : Pink Peonies

Bagi anda yang suka sangat bermakeup, pastikan anda gunakan toner yang dapat bantu bersihkan solekan dengan baik. Diperkaya dengan Micelles, tonr ini dapat bantu buang kotoran yang terperangkap pada kulit wajah terutama pada bahagian mata dan bibir.

Dengan penggunaan toner ini, anda tidak perlu sakitkan kulit dengan mengosok semasa ingin singkirkan solekan yang ada. Ia mempunyai rumusan yang sangat lembut tetapi amat berkesan maka gunakan saja secara lembut. Toner ini juga sesuai untuk mengatasi masalah kulit kering atau sensitif.

Panduan Cara Pemakaian Toner Yang Betul

Image Via : Womens Health Mag

Langkah 1 : Cuci muka dengan pencuci muka kegemaran sehingga bersih dan sempurna. Seeloknya pencuci muka dari jenis yang lembut.

Langkah 2 : Lap wajah sehingga kering dengan kain tuala muka yang lembut. Lap perlahan sehingga air menyerap ke tuala, jangan di gosok kulit wajah. Nanti boleh menyebabkan masalah kerengsaan.

Langkah 3 : Sapukan sejumlah kecil toner ke atas permukaan telapak tangan, pad kapas atau bebola kapas. Elakkan mencelup kapas ke dalam toner kerana ia akan mencemarkan toner tersebut dengan bakteria.

Langkah 4 : Sapukan secara perlahan ke serata wajah. Jangan digosok. Dap dap dap kapas dengan cara menepuk lembut pada kulit wajah. Biarkan kering dengan sendiri secara semulajadi. Selesai.

Nota tambahan : Untuk kulit berminyak dan kombinasi elok guna kapas. Bagi wajah dengan kulit normal, kering dan sensitive elok gunakan tangan.

Boleh Dapatkan Toner Terbaik Secara Online Juga

Tak dinafikan toner sekarang ini ada bermacam jenis. Susah sangat nak buat pilihan toner terbaik manakah yang paling sesuai untuk di cuba. Jika buat pembelian secara terus dari pasaraya lagilah akan memeningkan kepala. Tambahan pula jika ada jurujual yang akan sedaya upaya cuba mempengaruhi kita untuk membeli toner yang ingin di kempennya.

Cara terbaik, anda boleh beli toner secara online dari pihak onlinea saja. Melalui Lazada anda boleh lihat info produk dan juga maklumbalas pengguna sebelum ini. Anda juga boleh tanya terus maklumat lanjut secara terus kepada penjual jika perlu. Selamat menggunakan toner dan selamat berusaha untuk kulit wajah yang lebih sihat dan sempurna.

Tambahan :

Tahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my

Sumber :

  1. Hijabista
  2. Bejelita

Penulis: Siti Awadah

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.