Mencari tempat menarik di Perak? Nah anda berada pada artikel yang betul. Jom lihat senarai ini.

Kelly’s Castle, Menara Condong Teluk Intan, The Lost World of Tambun, dan Bukit Merah Laketown adalah sebahagian nama popular pilihan pelancong dan ibu bapa semasa cuti sekolah.

Namun, ada banyak lagi tempat menarik di Perak untuk dilawati bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Berikut adalah lokasi tempat menarik di Perak yang terpilih:

Lost World of Tambun

Taman tema air terkenal yang terdapat di Perak adalah Lost World of Tambun. Terdapat 10 taman dengan 88 tarikan atau aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.

Taman tema ini terbahagi kepada 6 zon iaitu waterpark, amusement park, tin valley, petting zoo, tiger valley dan adventure park. Sesuai jika anda membawa seisi keluarga bercuti di sini kerana terdapat permainan yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Pada sebelah malam pula, anda boleh mandi di kolam air panas atau menyaksikan pelbagai persembahan lain. Nak berurut di spa pun boleh. Dapatkan harga tiket yang lebih murah dengan pembelian secara online di website Lost World of Tambun.

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak.

Waktu operasi:

  • Rabu – Ahad (11.00 pagi – 6.00 petang)

Harga tiket:

  • Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) | RM 83
  • Dewasa (13 tahun dan ke atas) | RM 90
  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas) | RM 83

Kellie’s Castle

Imej via [ culture trip ]

Kelly’s Castle adalah salah satu tempat bersejarah di Perak. Walaupun struktur bangunan telah lama dibina dan tidak siap sepenuhnya kerana kematian Kellie Smith, namun tetap dapat menarik ramai pengunjung untuk melawat. Ada yang ingin belajar mengenai sejarah, ada juga yang ingin mengambil foto semata.

Seringkali dijadikan tempat untuk melakukan pengambaran, kecantikan dan keunikan struktur luaran dan dalaman tempat ini memang tidak dinafikan lagi.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 6.00 petang)

Tiket masuk: Warganegara (RM5) | Bukan warganegara (RM 10)

Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.

Bukit Merah Laketown Resort

Imej via [ Booking.com ]

Selain Lost World of Tambun, Bukit Merah Laketown Resort juga terkenal yang menjadi tempat persinggahan dan rekreasi untuk seisi keluarga. Merupakan sebuah taman tema yang terbahagi kepada empat zon iaitu taman tema air, taman eko, taman rekreasi dan taman pengembaraan.

Sekiranya anda tidak mahu bermandi-manda di kawasan taman tema air, anda boleh berbasikal atau bersiar-siar sekitar tasik. Nak menginap di sini pun boleh kerana terdapat penginapan istimewa dengan pakej yang berbaloi. Kampung Air iaitu penginapan terapung di atas air antara penginapan yang menjadi pilihan pengunjung untuk bermalam di sana.

Memang banyak aktiviti yang ada dan tidak dapat dihabiskan dalam satu hari. Bawa seisi keluarga bercuti di sini pasti sesuai, seronok dan memuaskan.

Tiket waterpark:

  • Dewasa (RM 25)
  • Kanak-kanak (RM 20)

Waktu operasi:

  • Rabu – Isnin (10.00 pagi-6.00 petang)

*Ditutup pada hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah

Alamat: Jalan Bukit Merah, Kampung Kubu Gajah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak.

Concubine Lane

Imej via [ Ipack Travel ]

Concubine Lane merupakan tempat yang sesuai jika anda mencari pelbagai makanan unik dan tempat untuk bergambar. Bangunan yang didekorasi dengan pelbagai jenis mural pasti mengagumkan tiap mata memandang.

Antara makanan terkenal di lorong ini adalah ais kepal, titisan hujan dan roti cheese pelangi. Jika anda mahukan makanan lebih berat, anda boleh singgah di Platform Coffee & Brew Cafe iaitu sebuah kafe bertemakan Harry Potter.

Anda juga boleh dapatkan cenderamata di Concubine Lane. Macam-macam aktiviti santai yang anda boleh lakukan di sini. Kedai-kedai di sini hanya dibuka pada belah siang sahaja.

Alamat: Concubine Lane, Ipoh.

Qin Xin Ling Leisure & Cultural Village

Imej via [ Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village ]

Sebuah tempat yang perlu dikunjungi jika anda ke Ipoh kerana ia memaparkan pelbagai budaya hanya pada satu tempat. Paling unik tempat ini dihiasi pelbagai barangan antik yang dapat mengimbau kembali zaman dahulu.

Jika anda instagrammable, anda wajib datang ke sini kerana pelbagai sudut menarik anda boleh rakamkan. Permandangan berlatarkan tasik, pepohon dan gunung menghijau kelihatan tenang dan menarik. Tempatnya juga luas, sesuai untuk anda berekreasi bersama keluarga.

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.30 pagi – 5.30 petang)

Harga tiket: RM 10

Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak.

Taman Bunga Matahari

Imej via [ Bagan Datuk Kini ]

Terletak di Bagan Datuk, tempat ini pasti digilai terutama golongan wanita dan juga penggemar bunga. Berada dikelilingi bunga mekar kekuningan dan daun kehijauan pasti menjadi kegemaran ramai.

Jangan lupa kosongkan memori telefon anda kerana anda pasti akan merakam gambar dengan pelbagai gaya dan sudut bersama bunga ini. Tak perlu lagi ke Thailand untuk mendapat pemandangan cantik ini. Di Malaysia sudah ada dan pasti memuaskan hati setiap penggemar bunga.

Alamat: A128, 36100 Bagan Datuk, Perak.

Waktu operasi:

  • Setiap hari (9.00 pagi-7.00 malam)

Tiket Masuk:

  • RM 13 Dewasa
  • RM 10 (7 – 12 tahun)
  • RM 5 (3 – 6 tahun)

Bukit Larut @ Maxwell Hill

Bukit Larut @ Maxwell Hill
Imej via tourismperakmalaysia

Ini antara tempat best di Perak yang sentiasa penuh semasa cuti sekolah. Tingginya mencecah 1036m dari paras laut. Di sinilah terletaknya taman dan rumah kolonial. Mereka yang ke sini akan mengambil peluang mendaki ke puncaknya sambil menghirup udara sejuk dan segar.

Harga Tiket: RM6 (dewasa), RM3 (Kanak-kanak),

Alamat: Bukit Larut, 34000 Taiping, Perak

Gua Tempurung

Gua Tempurung
Imej via airpaz

Mungkin tidak ramai yang membawa anak mereka ke tempat seperti ini semasa cuti. Namun, jika mahu anak anda merasai kelainan, cuba bawa mereka memasuki Gua Tempurung bersama jurupandu bertauliah mereka.

Ada beberapa pakej disediakan yang memakan masa sejam sehingga 2 jam. Anak anda pasti mempelajari sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakannya.

Harga Tiket (berbeza mengikut pakej): RM8-RM30(dewasa), RM4-RM15(kanak-kanak), RM20-RM50(warga asing dewasa), RM10-RM25(warga asing kanak-kanak).

Alamat: 31600 Gopeng, Perak

Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi

Hutan Lipur Lata Tebing Tinggi
Imej via peraksilveryouth

Mandi di air terjun. Itulah tarikan yang ada di Daerah Selama. Malah, ada 5 air terjun di situ dan Lata Tebing Tinggi hanyalah salah satu darinya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan luar negara.

Selain itu, daerah ini juga mempunyai sungai dan tasik yang masih terpelihara. Homestay juga ditawarkan bagi pengunjung yang merangkumi pakej lawatan ke lokasi pelancongan yang lain di sekitarnya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Ulu Mengkuang, 34100 Selama, Perak.

Kuala Sepetang

Hutan Paya Bakau Matang
Imej via ditaiping

Sebuah kampung perikanan yang membawa anak-anak melihat keindahan semulajadi. Di situ terletaknya Hutan Paya Bakau Matang seluas 40000 hektar.

Ia merupakan lokasi terbaik pembiakan ketam, udang, selain ikan dan moluska yang lain. Bawa juga anak-anak anda menelusuri sungai pada malam hari untuk menyaksikan kunang-kunang.

Alamat: Larut, Matang, Perak.

Orang Utan Island

orang utan
Imej via star2

Pulau seluas 35 ekar ini menjadi tempat tinggal Orang Utan. Kedatangan anda akan disambut oleh orang utan-orang utan. Pulau ini menjadi lokasi para ahli sains yang mahu membuat kajian mengenai orang utan.

Membuka pulau ini kepada umum membolehkan orang awam mengenali orang utan dan kepentingan menjaga mereka agar tidak pupus.

Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM18 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak.

Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari

Royal Belum State Park

Royal Belum State Park
Imej via gowhere

Hutan hujan berusia lebih 130 juta tahun ini lebih tua berbanding hutan-hutan hujan lain di dunia termasuk hutan Amazon! Hutan seluas 134,167 hektar yang dijaga rapi sememangnya menyimpan khazanah berharga untuk diterokai.

Air Terjun Sungai Kooi dan Sungai Papan hanya sebahagian tarikannya. Jika bernasib baik, anda akan melihat haiwan-haiwan liar yang menghuni hutan ini dan bunga terbesar dunia iaitu Rafflesia.

Lupakan kesibukan dan gangguan tv dan media sosial. Terdapat resort yang dibina di pulau buatan iaitu Pulau Banding bagi mereka yang mahu menikmati malam yang damai di situ.

Santuari Burung Kuala Gula

Sabtuari Burung Kuala Gula
Imej via tempatmenarik

Ini merupakan lokasi terkenal sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa bagi pemerhati burung. Burung-burung dari Siberia, Kazakhtan, Jepun, China dan Momgolia menjadikan kawasan ini untuk berhijrah dan bertelur bagi burung residen.

Berhampirannya disediakan chalet-chalet serta kemudahan menyewa bot.

Alamat: Kuala Gula, 34350 Perak

Taman Herba

Taman Herba
Imej via wikipedia

Di tanah seluas 22 hektar ini, ditanam 527 spesis tumbuhan herba yang digunakan untuk pelbagai keperluan seperti perubatan, aromaterapi, dan kosmetik. Pengunjung boleh menaiki trem dan berkhemah di tapak yang disediakan. Kemudahan surau juga disediakan. Aktiviti lain di sini ialah memancing.

Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak), RM350 untuk 1 tapak khemah.

Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak.

Waktu Operasi: 830am-5pm (Isnin-Jumaat), 9am-3pm (Sabtu-Ahad)

Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari
Imej via Tripadvisor

Uniknya zoo ini ialah kerana ia turut menyediakan pengalaman Night Safari. Ia merupakan yang pertama di Malaysia. Anak-anak dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam dan mendengar bunyi haiwan-haiwan ini. Merupakan tempat menarik di Perak patut dalam senarai.

Tanpa gangguan cahaya dan bunyi selain bunyi haiwan, ini pasti suatu pengalaman bernilai buat anak-anak.

Harga Tiket: RM17 (dewasa), RM8.50 (Kanak-kanak),

Night Safari: RM21.20 (dewasa), RM10.60 (kanak-kanak)

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: 8am-11pm setiap hari

Pilihan di atas kebanyakannya mendekatkan anak-anak dengan alam. Perak pula merupakan negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini menjadikan ia tempat yang sesuai bagi membentuk dan mendidik anak-anak agar menghargai alam yang akan diwarisi mereka kelak.

Gunung Lang Recreational Park

Gunung Lang Recreational Park
Iej via huislaw

Gunung Lang ialah salah satu daripada banyak gunung batu kapur yang terletak di Lembah Kinta, Perak. Kawasan batu kapur ini diteroka pada tahun 1880 oleh seorang pelombong timah Melayu.

Gunung Lang berukuran 111.93 hektar. 30.35 hektar dibuka pada tahun 2000 menjadi kawasan rekreasi. 14.16 hektar adalah tasik. Taman rekreasi ini dibahagikan kepada dua bahagian. Landskap taman ini sangat cantik, ditambah pula dengan kecantikan gunung batu kapur semulajadinya yang menjadi latarnya.

Ia mempunyai air terjun buatan, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas.

Alamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8am – 12pm / 130pm – 7pm), Jumaat (8am – 12pm / 245pm – 4pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8am – 630pm)

Harga Tiket Menaiki Bot: RM3 (dewasa), RM1.50 (kanak-kanak 3 – 12 tahun, warga emas di atas 55 tahun)

Pulau Pangkor

Pulau Pangkor
Imej via malaysia-hotels

Pulau Pangkor adalah pulau percutian terkenal di kalangan rakyat Malaysia dan juga luar negara.

Walaupun di pulau ini terdapat banyak hotel, chalet, dan resort, namun ia sering dipenuhi pengunjung terutama semasa cuti umum. Jika tidak menempah lebih awal, kemungkinan besar anda tidak dapat bercuti di sini.

Sekitar tahun 60an sehingga 70an, Pulau Pangkor dikenali sebagai pengeluar ikan masin dan ikan bilis sehingga ia berubah menjadi lokasi pelancongan terkemuka sambil mengekalkan apa yang mereka miliki sejak awal.

Jemput datang ke sini kerana pulaunya mempunyai pantai yang cukup indah. Jika tidak, mana mungkin ia terkenal seperti sekarang.

Refarm

Refarm
Imej via kisahku

Taman rekreasi berukuran 26 ekar ini dikelilingi oleh hutan dan bukit-bukau. Menurut mereka, tanaman dan ternakan di sini mendapat sumber air daripada sistem paip air yan dipasang dari hulu air terjun.

Konsep Refarm ialah ‘kitar semula dan tiada pembaziran’. Mereka tidak membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia dijadikan makanan haiwan.

Hasil berkualiti dijadikan lauk-pauk lazat untuk pelanggan yang datang sama ada untuk beriadah atau menginap di sini. Refarm juga menghasilkan baja organik yang amat bagus untuk tanaman yang subur selain merupakan bahan yang mesra alam.

Antara aktiviti untuk pengunjung adalah mandi di kolam, berbasikal, memancing, menanam sayuran dan memberi makan kepada ternakan, serta jungle trekking.

Alamat: Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (9am – 6pm), ditutup pada hari Selasa kecuali semasa cuti umum atau cuti sekolah.

No. telefon: 012 – 5026115

Hutan Lipur Lata Iskandar

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Air terjun di sini terletak di antara Tapah dan Cameron Highlands, jadi ia sentiasa menjadi tumpuan ramai terutamanya semasa hujung minggu.

Air terjunnya memang cantik dan jernih. Bukan sahaja boleh berkelah dan bermandi-manda di sini, anda juga boleh merehatkan minda sambil menghirup udara segar.

Alamat: Exit 59, 35000 Tapah, Negeri Perak

Ladang Anggur Saloma Vineyard and Nursery

Ladang Anggur Saloma Vineyard and Nursery
Imej via salomavineyard

Apabila bercakap tentang anggur, kita akan membayangkan yang buah-buahan ini hanya ditanam di luar negara sebelum dieksport ke Malaysia.

Namun, sebaliknya apabila anda mengunjungi Ladang Anggur Saloma yang sudah tentu menanam anggur di tanah Malaysia yang beriklim Khatulistiwa.

Pemilik ladangnya iaitu Siti Saloma Saad mahu berkongsi pengalaman indah berada di bawah kira-kira 2000 pokok anggur bersama-sama dengan para pengunjung. Pengunjung diberi peluang untuk memetik, menimbang dan membayar anggur di sini.

Alamat: Batu 6, Lekir, Sitiawan, Perak

Sungai Klah Hot Spring

Sungai Klah Hot Spring
Imej via myadventurehost

Mata air panas denan kos pembinaan RM6 juta ini dikatakan yang terbaik di Malaysia dari segi pengurusannya.

Suasananya yang dikelilingi pepohon hijau, bukit, dan sungai amat memukau perhatian. Ramai percaya bahawa mata air panas mempunyai keupayaan mengubati masalah kesihatan seperti kulit dan otot.

Jadi, mata air panas di Malaysia memang sering dikunjungi ramai, termasuklah yang terdapat di Sungai Klah ini. Antara aktiviti di sini ialah mandi di jakuzi, merebus telur, refleksologi air, dan berjalan di atas papan laluan mata air panas.

Malah, bagi yang berminat, 5 buah villa disediakan untuk tempahan bermalam di sini.

Alamat: 36000 Sungkai, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 10pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM8 (kanak-kanak)

Lata Kekabu

Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekrasi dalam kawasan Tasik Chenderoh di Kuala Kangsar. Ianya mempunyai air terjun yang jernih dan cantik.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Aktiviti perkelahan, riadah, perkhemahan dan penginapan boleh dilakukan di sini. Untuk aktiviti penginapan, ada chalet yang boleh anda jadikan tempat penginapan.

Alamat: Kampung Kota Tampan Air, 33400 Lenggong, Perak

HOGA Gaharu Tea Valley

Pokok gaharu telah disenaraikan sebagai pokok yang hampir pupus. Kewujudan Gaharu Tea Valley yang menanam pokok ini dalam kawasan seluas 300 hektar telah sedikit-sebanyak membantu mengelakkan kepupusannya.

Gaharu mempunyai kebaikan dalam perubatan di China, Timur Tengah dan Ayurveda. Gaharu Tea Valley menghasilkan pelbagai produk makanan dan kecantikan. Produk makanan yang dihasilkan termasuk teh, mee, dan sup.

Manakala produk kecantikan pula termasuk sabun, losyen, dan gel mandian. Mereka turut menghasilkan minyak gaharu bagi tujuan terapi aroma.

Alamat: Lot 9840, Mukim Teja, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront
Imej via Lumut Waterfront

Jika anda mencari lokasi untuk beriadah atau bersantai, cuba singgah di Taman Awam Lumut Waterfront ini. Ia seluas 7.4 ekar dengan panorama indah menghala ke Kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.

Dikatakan bahawa konsep pembangunannya diilhamkan daripada pergerakan laut. Maka, taman ini seperti menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak yang juga merujuk kepada pergerakan pengunjung taman dengan aktiviti riadah yang disediakan di sini.

Terdapat banyak kemudahan disediakan di sini seperti tempat meletak kereta, tandas, taman permainan kanak-kanak dan kedai makan.

Alamat: Persisiran muara Sungai Dinding dan bersebelahan dengan Lumut Yacht Club.

Waktu Operasi: 9am – 11pm

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah
Imej via gsas

Perjalanan hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dipamerkan di galeri yang amat indah senibinanya ini. Ini kerana ia merupakan binaan semula Istana Ulu atau turut dikenali sebagai Istana Kota.

Rekabentuknya adalah idea Kapten Maurice Alexander Cameron iaitu Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukur Negeri-Negeri Selat ketika itu iaitu sekitar tahun 1800.

Pengukirnya pula ialah Raja Harun Al-Rashid yang merupakan pengukir terkenal pada masa itu. Senibinanya adalah gabungan beberapa pengaruh seperti India dan Acheh.

Alamat: Kuala Kangsar, Perak

Muzium Geologi

Muzium Geologi
Imej via orangperak

Ia asalnya menyimpan specimen-spesimen rujukan hasil kajian geologi oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi.

Muzium ini khusus buat mereka yang ingin mengetahui sejarah lanjut dan perkembangan mengenai khazanah geologi bumi di Malaysia.

Ia terdiri daripada tujuh zon pameran yang merangkumi ilmu geologi bermula dari peringkat awal, struktur batuan, dinasour, dan fosil sehinggalah kepada bagaimana galian bumi ini boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Peralatan-peralatan kajian geologi dan geosains yang wujud sejak sekiatr 60an sehingga kini juga turut dipamerkan kepada orang ramai.

Alamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9am – 430pm)

Harga Tiket: PERCUMA

Istana Kenangan Pasir Salak (Pasir Salak Historical Complex)

Istana Kenangan Pasir Salak
Iej via permataditepijalan

Kompleks ini diwujudkan bagi memperingati sejarah di Pasir Salak dan rakyat negeri Perak yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia mendapatkan kemerdekaan.

Ia adalah untuk menghargai perwira-perwira yang berani menentang penjajah bagi kepentingan negara.

Pembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W Birch menjadi pemula kepada peperangan di antara British dan orang Melayu yang membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.

Alamat: Bukit Chandan, 86400 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (930am – 5pm), Jumaat (930am – 1215pm, 225pm – 5pm)

Harga Tiket: RM4 (dewasa)

Lata Kinjang

Lata Kinjang
Imej via tourismperakmalaysia

Jika anda pernah ternampak air terjun sewaktu melalui kawasan Tapah semasa menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, inilah air terjun tersebut.

Ia merupakan di antara air terjun yang tertinggi di Malaysia. Maka, apa yang anda lihat dari lebuhraya itu hanyalah bahagian tengahnya sahaja! Menuju ke sini tidaklah begitu mudah tetapi amat berbaloi dengan hasil yang diperolehi di penghujungnya.

Pelbagai kemudahan termasuk tandas dan surau disediakan untuk orang awam. Kemudahan tapak perkhemahan juga ada bagi mereka yang mahu bermalam.

Alamat: Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, 35000 Tapah, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 6pm)

Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (warga emas 60 tahun ke atas, kanak-kanak di bawah 18 tahun), RM5 (pelancong asing), PERCUMA untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah.

Galeri Arkeologi Lenggong

Galeri Arkeologi Lenggong
Imej via trover

Kawasan galeri ini seluas kira-kira 8.16 ekar dengan 2 ekar dibangunkan dengan binaan 2 blok bangunan yang merangkumi Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat, dan Bilik Penyelidikan.

Lembah Lenggong yang menjadi lokasi tapak galeri ini merupakan daerah yang banyak menyumbang data mengenai pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu.

Antara yang menarik boleh ditemui di muzium ini ialah alat-alat batu zaman Paleolitik, rangka Perak Man yang berusia 10,000 sehingga 11,000 tahun, lukisan di gua-gua dan alat pengebumian Neolitik Gangsa Gua Harimau seperti tembikar, alat batu dan kapak gangsa.

Alamat: Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 5pm),Jumaat (9am – 12pm, 3pm – 5pm)

Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah
Imej via wallpapers13

Ia disebut-sebut sebagai antara masjid terindah di Malaysia. Kubahnya yang berwarna emas dengan mudah menangkap mata mereka yang lalu-lalang. Lebih-lebih lagi ia dibina di puncak Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Kisah di sebalik mengapa ia dibina juga menarik. Masjid Ubudiah dibina sebagai tanda kesyukuran Sultan Idris Murshidul Adzam Shah kepada Allah SWT selepas baginda sembuh dari penyakit.

Batu asas untuk masjid ini diletakkan pada September 1913. Senibinanya adalah dari pengaruh Indo-Saracen dengan bentuk octagon dengan diameter 30 kaki.

Alamat: Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan
Imej via pinterest

Menara Condong Teluk Intan yang dibina pada tahun 1892 ini umpama lambang bagi Teluk Intan. Fungsi asalnya adalah sebagai tangki simpanan air untuk dibekalkan kepada penduduk sekitar selain turut berfungsi sebagai jam.

Walaupun ia tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air, tapi jamnya masih berfungsi dengan baik sehingga kini. Ia menjadi condong kerana struktur tanah yang lembut dan kesan daripada bebanan tangki yang menakung air.

Menara yang direka En Leong Choon Cheong ini telah menerima penambahbaikan di sekitarnya dengan penurapan menggunakan bata. Pada masa kini, Menara Condong Teluk Intan menjadi lokasi penduduk tempatan melakukan aktiviti sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Alamat: Di antara pertemuan dataran segi empat iaitu Jalan Pasar, Jalan Ah Cheong, Jalan Selat dan Jalan Bandar.

Spritzer Eco Park

Spritzer Eco Park
Imej via opencity

Aktiviti keluarga pasti menyeronokkan di sini. Pengeluar minuman dalam botol terbesar di Malaysia ini telah menggabungkan keseronokan, pendidikan dan warisan dalam satu tempat.

Terdapat Mini Golf Course dengan jumlah 18 lubang kesemuanya untuk si kecil menunjukkan bakatnya dalam permainan tersebut. Bawa mereka meneroka alam dengan menelusuri Tree Tag Walkabout dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.

Anda juga boleh melihat proses membotolkan air mineral jenama Spritzer. Mereka turut menyediakan kedai cenderamata agar anda dapat membeli barangan kenangan dan kedai kopi untuk merehatkan diri seketika.

Alamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11am & 3pm), Sabtu (11am), ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum

Harga Tiket: PERCUMA

Charcoal Factory

Charcoal Factory
Imej via suntorophotolibrary

Percutian anda akan menjadi berbeza jika anda memilih untuk ke sini. Lawatan ke kilang arang yang terletak berdekatan dengan hutan paya bakau akan menjadi pengalaman baru kepada anda.

Ia merupakan perusahaan keluarga yang telah wujud sejak 1930-an. Apa yang menarik adalah arang yang dihasilkan di sini masih menggunakan kaedah yang sama sebagaimana telah dilakukan sejak hampir 80 tahun dahulu iaitu semasa ketiadaan mesin moden.

Inilah yang anda akan saksikan dan pelajari.

Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)

Taman Tasik Taiping

Ini adalah kawasan riadah yang paling popular sekitar Taiping. Sambil melancong, boleh juga anda singgah di sini dan beriadah bersama keluarga tersayang.

Tasik yang cantik merupakan tarikan utama di Taman Tasik Taiping ini. Memang sesuai untuk anda melakukan pelbagai aktiviti, termasuklah untuk merehatkan minda.

Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak

Gopeng Heritage House

Dibuka sejak tahun 2011, Gopeng Heritage House merupakan antara tumpuan pelancongan di Gopeng, Perak. Bagi yang sukakan tempat bersejarah, ini adalah salah satu tempat yang wajib anda lawati.

Ianya menyimpan barangan bersejarah sejak tahun 1960-an lagi. Dekorasi rumah ini sendiri menggunakan konsep dekor klasik, memang cantik dan menarik!

Alamat: Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Negeri Perak

Teluk Batik

Perak mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik. Salah satunya ialah Teluk Batik yang terletak di Lumut.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ianya terkenal dengan pantai yang cantik yang sesuai untuk aktiviti seperti bermandi-manda dan berkelah. Bukan itu sahaja, ada beberapa tempat penginapan di sini iaitu Teluk Batik Resort.

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak

Marina Island

Lumut mempunyai beberapa tarikan pelancongan, dan Marina Island ialah salah satunya. Bagi yang ingin berkelah di tepi pantai, ini salah satu port yang wajib anda singgah.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Marina Island ini merupakan pulau persendirian, jadi ada beberapa resort dan hotel yang boleh didapati di sini. Bolehlah anda menginap terus di hotel-hotel eksklusif di Marina Island!

Alamat: Marina Island, 32200, Perak

Taman Paya Bakau Lumut

Pada hujung minggu, Taman Paya Bakau Lumut yang terletak di Desa Manjung Raya ini akan sentiasa dipenuhi pengunjung, jelas menunjukkan yang ianya merupakan salah satu tumpuan pelancongan di sini.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Taman Paya Bakau Lumut ini diakui cantik orang ramai pengunjung. Sesuai juga untuk anda bawa anak-anak atau keluarga ke sini. Boleh melihat pokok paya bakau yang cantik sambil menghirup udara segar!

Alamat: Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Muzium Perak

Agak-agaknya muzium apa yang pertama dan tertua di Malaysia? Inilah dia muziumnya – Muzium Perak! Muzium Perak adalah muzium awam yang terletak di persimpangan Jalan Muzium dan Jalan Taming Sari di Taiping, Perak.tempat menarik perak

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ianya didirikan pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan bersejerah di Malaysia. Selain itu, rangka binatang juga boleh didapati di sini. Rugi jika anda tak singgah!

Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Disney Avenue

Bila tengok gambar di atas, pasti anda merasakan yang Disney Avenue ini terletak di luar negara. Macam bandar di Australia pun ada.

tempat menarik perak
Imej via klnow

Namun, Disney Avenue ini merupakan bandar yang baru dibina di Kampar. Bangunan yang berwarna-warni ini memang sesuai dijadikan port bergambar.

Alamat: Bandar Agacia 31910 Kampar, Perak

Hutan Lipur Ulu Kenas

Nak mandi air terjun? Ada banyak air terjun di Perak, khususnya di Kuala Kangsar. Hutan Lipur Ulu Kenas merupakan antara yang wajib anda singgah untuk tujuan itu.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Terletak sekitar 15 km dari Bandar Kuala Kangsar, ianya sesuai untuk disinggah oleh pengunjung yang ingin berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga di air terjun yang jernih.

Alamat: Kuala Kangsar, Perak

Harga kemasukan: RM 2 Dewasa | RM 1 Kanak-kanak

Waktu operasi: 6 am – 7 pm

Lata Ulu Chepor

Ini pula air terjun yang terletak di daerah Chemor di Perak. Juga merupakan antara air terjun yang menjadi tumpuan ramai pelancong.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ianya kerap disinggah oleh ramai pengunjung pada hujung minggu. Anda dapat lihat ramai dari kalangan keluarga yang datang berkelah di sini.

Alamat:  Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak

Waktu operasi: Setiap hari: 8 am – 6 pm

Perak Agrotourism Resort (PATRO)

Perak Agrotourism Resort
Imej via escapemanila

Pertanian mula mengambil tempat sebagai satu tarikan pelancongan. Itulah yang cuba dilakukan oleh PATRO iaitu menggabungkan elemen pertanian dan pelancongan.

Sambil melihat tanaman buah-buahan dan ulam-ulaman serta herba, perusahaan madu kelulut dan pemprosesan telur masin dalam kawasan seluas 670 ekar, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti lasak seperti ATV.

Terdapat juga sukan air iaitu kanu dan bot kayuh serta menunggang kuda. Masakan di resort pula 95% adalah masakan asli Perak. PATRO turut menyediakan chalet bagi pengunjung yang mahu merasai tinggal dalam kedamaian alam semulajadi.

Alamat: A15, 31800 Tanjung Tualang (kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Ipoh)

Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM7 (kanak-kanak)

Harga Penginapan: RM350 – RM1,200

Teluk Senangin

Teluk Senangin
Imej via lily3488

Pantai yang cantik ini selalu dijadikan tempat perkelahan penduduk sekitarnya. Suasananya amat mendamaikan dengan pasir halus dan keadaan air yang sesuai untuk tujuan bermandi-manda. Aktiviti lain seperti memancing, banana boat, dan sukan pantai juga turut disediakan.

Tambahan pula, anda dapat melihat Pulau Pangkor dari pantai ini. Ada resort, chalet dan homestay buat pengunjung yang mahu menginap di Teluk Senangin. Gerai makan, walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk anda menjamu selera.

Alamat: Seri Manjung, Manjung, Perak (32km dari bandar Sitiawan)

Hutan Lipur Ulu Kernas

Ulu Kernas
Imej via sini

Hutan Lipur Ulu Kernas terletak di Hutan Simpan Bubu. Ramai yang memuji keindahan hutan ini terutama air terjunnya. Ia merupakan hutan dipterokarpa yang dijaga dengan baik oleh Jabatan Perhutanan.

Tempat ini amat sesuai untuk anda beriadah bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan. Anda boleh mandi di sungai, berkelah, berkhemah, dan jungle trekking. Chalet juga disediakan dengan bayaran bermula RM50 sehingga RM150 sehari.

Manakala RM10 dikenakan kepada mereka yang mahu menggunakan tapak perkhemahan. Bagi yang menyukai cabaran, cubalah mendaki Gunung Bubu yang tingginya 1568 meter.

Alamat: 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (6am – 7pm)

Harga Tiket: RM2 (dewasa), RM1 (kanak-kanak)

Tasik Banding

Tasik Banding
Imej via jemariaida

Ramai yang berkongsi tentang keindahan Tasik Banding dan keseronokan yang boleh diperolehi di sini. Lebih cantik jika anda datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Pengalaman yang suka dicuba ramai orang di sini adalah bermalam di rumah bot di tengah tasik. Jauh dari pencemaran bunyi dan udara di bandar, anda memperoleh udara segar dengan suara unggas sebagai ganti di sini.

Maka, tentulah tidak lengkap jika tidak bermandi-manda di dalam tasik yang airnya amat bersih dan mencuba nasib dengan memancing. Namun, sila jaga keselamatan diri ketika mandi kerana airnya yang dalam.

Gunakan juga peluang ini untuk meneroka pulau sekitarnya dan menikmati air terjun Sungai Kooi di hutan.

Alamat: Pulau Banding, 33300, Perak

Harga bot: RM1800 – RM2500

Riverside Camp, Gopeng

Ingin melakukan aktiviti mencabar berkaitan dengan alam semulajadi? Di Gopeng, Riverside Camp ini merupakan tempat yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti sebegitu.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki rakit dan menjelajah gua. Ada pelatih yang akan mengawasi anda, jadi aspek keselamatan memang dititikberatkan.

Alamat:  Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Antara tempat penginapan yang paling popular di Lumut ialah Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, yang merupakan hotel 4 bintang.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ada banyak kemudahan yang boleh dinikmati jika anda menginap di sini. Ini termasuklah outdoor swimming pool, golf beserta bilik yang selesa. Ianya juga terletak bersebelahan dengan pantai yang cantik.

Alamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Negeri Perak

Kubu Belanda

Kubu Belanda atau Dutch Fort merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak. Runtuhan itu adalah sisa-sisa peninggalan usaha Belanda untuk mengawal perdagangan di semenanjung Melayu.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Jika anda penggemar sejarah, ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Perak. Sambil bersiar, boleh juga anda belajar.

Alamat: 32300 Pangkor Island, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm

Trong Hot Spring

Ada beberapa kawasan kolam air panas yang menarik di Perak. Selain di Felda Sungai Klah, anda juga boleh mengunjungi Trong Hot Spring yang terletak di Changkat Jering.

Yang menarik tentang kolam air panas di sini ialah sebaik sahaja pengunjung membuat tempahan, ianya akan dibersihkan terlebih dahulu.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Di samping itu, ianya mempunyai telaga air panas yang berusia 100 tahun dan dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit berjangkit. Terdapat juga tiga kolam yang berbeza suhunya, sangat menarik!

Alamat: 34800 Changkat Jering, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 12am–12pm, 4pm–12am

Tempahan: 05-855 3990

Segari Turtle Sanctuary

Pusat konservasi penyu yang terkenal di Perak ialah Segari Turtle Sanctuary yang terletak di Lumut, Perak. Jadi, tak perlu jauh-jauh kerana di Lumut pun ada.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ada beberapa infografik tentang baka penyu yang boleh didapati sekitar sini. Mereka juga membahagikan kolam penyu mengikut umur. Jadi, lekaslah singgah dan lihat sendiri penyu-penyu di sini jika berpeluang!

Alamat: 34900 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 1 pm, 2 – 5 pm

Gunung Kenderong

Gunung Kenderong ini berketinggian 1223 meter bersamaan dengan 4011 kaki. Ianya merupakan salah satu gunung di negeri Perak.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Aktiviti mendaki merupakan aktiviti utama untuk pengunjung di gunung ini. Gunung ini terletak berhampiran dengan Gunung Kerunai, jadi mereka digelar puncak kembar Perak ( K2 ).

Alamat: Gerik, Perak

Taman Raflesia

Bunga raflesia bukan sahaja boleh didapati di Sabah, malah di Perak juga anda boleh menemuinya. Taman Rafflesia merupakan tempat yang boleh anda lawati untuk melihat spesis bunga terbesar di dunia itu.

Terletak di Gerik, ada pelbagai jenis spesis Raflesia yang boleh ditemui di sini. Yang menarik, salah satu spesisnya iaitu  refflesia azlanii dinamakan sempena Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.

Alamat: Kampung Padang Kunyit, 33300 Gerik, Perak

Win Kraf Labu Sayong

Selain daripada terkenal sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar juga terkenal dengan labu sayong. Alang-alang singgah ke sini, bolehlah anda membeli labu sayong yang dijual penduduk tempatan.

tempat menarik perak
Imej via Perjalanan Hidup

Bukan senang untuk anda dapat labu sayong yang cantik dan berkualiti. Ada banyak pengusahaan labu sayong di sini, dan Win Kraf Labu Sayong merupakan antara kedai yang boleh anda kunjungi.

Alamat: 11, Jalan Kampung, Kampung Sayong Lembah, 33040 Kuala Kangsar, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 7 pm

Farm Infoternak Sungai Siput (U)

Ingin melancong sambil menimba ilmu tentang penternakan? Jika anda berada sekitar Chemor, lawatilah Farm Infoternak Sungai Siput ini.

tempat menarik perak
Imej via Wikimapia

Antara haiwan ternakan di sini ialah rusa, burung unta, ayam, kambing, lembu tenusu dan banyak lagi. Tempat penginapan juga boleh didapati.

Alamat: Jalan Ipoh, 31100 Chemor, Negeri Perak

Waktu operasi: Hari minggu, 8 am – 5 pm

Batu Bersurat Pangkor

Batu bersurat bukan sahaja terdapat di Terengganu, malah di Perak juga ada. Ianya boleh didapati di Pulau Pangkor.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Batu Bersurat di sini ditulis dengan graffiti yang dibuat oleh tentera Belanda pada tahun 1700an. Tentera-tentera ini berpangkalan di Fort Dutch.

Alamat:  32300 Pangkor Island, Perak

Beruas Museum

Muzium Beruas ini juga merupakan salah satu tarikan pelancongan di Perak. Ada banyak barang bersejarah yang boleh anda temui di sini.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Antaranya termasuklah artifak-artifak sejarah yang terlah dibuat kajian. Pada asalnya ianya disimpan di Muzium Negara, namun ianya dipindahkan ke muzium ini.

Alamat: Jalan Besar, 32700 Beruas, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5 pm

Gunung Pulut

Satu lagi gunung di Gerik yang boleh anda lawati ialah Gunung Pulut. Gunung ini mempunyai ketinggian 651 meter. Bagi yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung, ini adalah salah satu gunung yang wajib anda daki.

tempat menarik perak
Imej via Eypoh Hiker

Hal ini kerana ramai pendaki memuji kecantikan pemandangan setelah tiba di puncak gunung. Kami yakin anda juga akan terpesona dengan kecantikan pokok-pokok serta awan di situ.

Alamat: 33300 Gerik, Perak

Kelip-kelip Kampung Dew

Kalau di Selangor kita ada keli-kelip di Kampung Kuantan, di Perak pula kita ada kelip kelip di Kampung Dew.

Anda boleh menyaksikan sejumlah kelip-kelip yang banyak pada waktu malam di Kampugn Dew. Semestinya anda akan terpesona dengan keindahan cahaya kelip-kelip, jadi jangan lepaskan peluang ini ya!

Alamat: Kampung Dew, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

Pulau Tali Kail

Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang uamat bersesuaian untuk dikunjungi oleh pencinta alam. Ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

tempat menarik perak
Imej via kualasepetang.com

Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan  ialah merentas hutan, menaiki bot di kawasan tasik, memancing ikan air tawar, beriadah dan banyak lagi.

Alamat: Bukit Tali Kail, 33300, Perak

Batu Hampar

Satu lagi tarikan pelancongan di Gerik ialah Batu Hampar. Terdapat lata di sini, jadi anda boleh singgah jika berpeluang.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ada banyak aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan. Ini termasuklah berkelah dan berkhemah. Akviti berkayak juga boleh dilakukan dek kerana keadaan geografinya yang sesuai untuk akviti tersebut.

Alamat: Pantai Remis, Perak

Kinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum

Kinta Tin Mining (Gravel Pump) Museum ialah muzium timah yang cukup popular sekitar Kampar. Kampar merupakan kawasan perlombongan biji timah sejak awal 1800-an lagi.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Jadi, anda akan menimba ilmu pengetahuan tentang cara pengeluaran batu kelikir. Peralatan untuk pengeluaran batu kelikir juga turut dipamerkan, sangat menarik!

Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Negeri Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5 pm

Taiping Equine Park

Asyik ke muzium dan air terjun sahaja, teringin juga untuk melakukan aktiviti lain. Tidak mengapa, setelah singgah di muzium dan mandi di air terjun, singgahlah di Taiping Equine Park.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Di sini, anda dan ahli keluarga akan menunggang kuda. Ada beberapa kuda yang boleh ditunggang, dan ianya juga selamat.

Alamat: Jln. Bukit Larut, 34000 Taiping, Negeri Perak

Masjid An Nur (NIC)

Ada banyak masjid yang cantik di Perak, salah satunya terletak di Universiti Teknologi PETRONAS. Masjid tersebut ialah Masjid An Nur.

bota
Imej via tripadvisor

Bukan sahaja merupakan tempat ibadah yang luas, selesa dan bersih, ianya juga cantik. Sesuai untuk anda singgah sambil anda melancong.

Alamat:  31750 Bota, Perak

Lost World Petting Zoo

Bila anda singgah di Lost World of Tambun, anda boleh mengunjungi zoo yang terletak di sini. Zoo tersebut ialah Lost World Petting Zoo.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ada sekitar 55 spesis haiwan yang boleh anda temui. Sambil anda melancong, bolehlah anda menambah ilmu pengetahuan tentang spesis haiwan yang berbeza.

Alamat: Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Negeri Perak

Hutan Lipur Kuala Woh

Bukan di Gerik dan Kuala Kangsar sahaja, di Tapah pun anda boleh jumpa air terjun yang cantik. Salah satunya ialah di Hutan Lipur Kuala Woh.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Airnya yang bersih dan jernih membuatkan para pencinta alam berasa selesa untuk melakukan aktiviti rekreasi di sini. Kemudahan awam seperti gazebo, chalet, tandas awam dan surau juga turut disediakan.

Alamat:  Pejabat Daerah & Tanah, 35000 Tapah, Negeri Perak

Waktu oeprasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Taman Alam Kinta

Ingin melihat lebih 150 spesis burung air? Lekaslah berkunjung di Taman Alam Kinta yang terletak di Batu Gajah ini. Kawasan yang merupakan bekas lombong timah ini mempunyai keluasan 900 ekar.

tempat menarik perak
Imej via Majlis Daerah Batu Gajah

Bagi anda yang merupakan pencinta alam, taman burung ini pasti sesuai untuk anda lawati. Antara sepsis burung air yang menjadi tarikan pelancong adalah burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air dan banyak lagi.

Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak

Pantai Ban Pecah

Negeri Perak bukan sahaja kaya dengan air terjun, malah pantai di sini juga ada banyak. Pantai Ban Pecah ialah salah satu pantai yang menjadi tarikan pelancongan di Perak.

Imej via Foursquare

Yang menarik tentang pantai ini ialah pada asalnya, Pantai Ban Pecah merupakan sawah yang seterusnya ditukar menjadi pantai. Terdapat bongkah batu yang disusun berhampirannya bagi mengelakkan hakisan ombak.

Alamat: 34350 Kuala Kurau, Perak

Pantai Pasir Panjang

Pantai Pasir Panjang merupakan pantai terpanjang di Daerah Manjung. Ianya mempunyai kepanjang 6 km dan merupakan antara tarikan pelancongan di sini.

Pasir pantai yang halus, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan semulajadi menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk spesis penyu Agar dan penyu Lipas bertelur.

Bukit Engku Busu

Bukit berketinggian 1087 kaki ini dinamakan sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang membantu Sultan Perak untuk membasmi kumpulan lanun.

tempat menarik perak
Imej via Foursquare

Ianya sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti merentas hutan. Pihak MPM ada enyediakan trek untuk pengunjung. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan Bandar Lumut yang cantik.

Alamat: Lumut, Perak

Anda suka tempat menarik di Perak yang dikongsikan oleh kami? Jangan lupa untuk share dan like untuk panduan anda di amsa hadapan. Manalah tahu anda akan ke sana.

Selain tempat best di Perak, baca juga artikel menarik kami yang lain.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.