51 Tempat Menarik Di Penang 2018 (Wow Dan Wajib Sunggah) 2017

Mencari tempat menarik di Penang untuk dilawati?

Nah, anda berada di tempat yang betul. Kami kongsikan tempat best di Penang wajib anda singgah.

Nasi kandar. Itu antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Tapi, sebelum perut yang lapar diisi dengan pelbagai jenis masakan, mata perlu ‘dikenyangkan’ terlebih dahulu.

Terdapat pelbagai tempat sebenarnya yag menarik di sini.

Di bawah disenaraikan 51 lokasi tempat menarik di Pulau Pinang untuk dilawati bersama keluarga di sana:

 

1. Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia by Penang Butterfly Farm
Imej via PenangTrails

Ada dua kehidupan di sini iaitu The Natureland dan The Cocoon. Di Natureland, terdapat lebih 15000 ekor rama-rama terbang bebas diantara lebih 200 spesis tumbuh-tumbuhan. Seperti berada di alam lain, ia mempunyai air terjun, kolam, gua dan pelbagai lagi taman yang menyerupai alam semulajadi.

The Cocoon pula memberi peluang kepada pengunjung untuk terlibat dalam aktiviti yang diatur pengurusan.

Harga Tiket: RM49 (dewasa), RM29 (Kanak-kanak),

RM65 (warga asing dewasa), RM45 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang.

Waktu Operasi: 9am-530pm setiap hari.

 

2. Penang Avatar Secret Garden

Penang Avatar Secret Garden
Imej via hype

Saat menjejakkan kaki, anda pasti terpegun dengan keindahan hutan ajaib. Ia akan mengingatkan anda kepada filem Avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dulu.

Harga Tiket: Percuma.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Dibuka sehingga 12 tengah malam.

 

3. Ghost Museum

Ghost Museum Penang
Imej via VGrab

Mungkin anda sudah biasa dengan rumah hantu dan anda individu yang tidak lemah semangat. Bezanya, di sini setiap hantu tidak mengganggu anda. Ia adalah patung hantu yang dihias mewakili jenis hantu dari pelbagai budaya.

Maklumat latarbelakang mereka juga disediakan. Hiasannya tidak kurang menyeramkan. Selain itu, mereka juga menyediakan kostum hantu bagi membolehkan anda merakamkan pengalaman sebagai hantu.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-7pm setiap hari

 

4. Jurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang

Jurassic Research Centre
Imej via hype
Jurassic Research Centre
Imej via penangOnly

200 dinasour ‘dihidupkan’ kembali! Kanak-kanak pasti menyukai replika dinasour bersaiz gergasi di dalam ruang khas berjeriji. Memang menarik melihatnya di komtar iaitu antara mercu di Penang.

Harga Tiket: RM58 (dewasa), RM48 (Kanak-kanak),

Alamat: [email protected], 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10am-1215am setiap hari.

 

5. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar

Pasar Chowrasta Penang
Imej via penang-traveltips

Pasar yang sudah beroperasi sejak 1800 menjadi tumpuan pelancong yang mahu mendapatkan halwa, jeruk, kudapan, cenderamata dan barangan terpakai. Kepelbagaiannya menjadi rahsia tarikan pengunjung.

Alamat: Jalan Penang, 10300 Pulau Pinang

Waktu Operasi: 830am-8pm setiap hari

 

6. Penang Street Art

Penang Street Art
Imej via onlypenang

Jalan-jalan di sekitar Georgetown dihiasi dengan karya seni pelukis-pelukis terkenal. Di sinilah pengunjung merakamkan memori percutian mereka.

Antara kawasan yang boleh anda temui lukisan jalanan ini ialah Jalan Penang, Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee.

Pelbagai jenis Art lukisan anda dapat jumpa di sini. Kiranya boleh leka juga seharian untuk cuba menghabiskan masa melawat kesemua tempat lukisan ini.

Untuk memudahkan pergerakkan, anda juga bolehlah menyewa basikal yang boleh didapati di kawasan sekitar.

 

7. Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang
Imej via twitter

Hutan lipur ini ialah lokasi terbaik kepada pengunjung yang mahu beristirehat, menyertai aktiviti lasak dan perkhemahan. Pondok-pondok rehat dan beberapa kolam mandi disediakan bagi kemudahan orang awam.

Alamat: 11050, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

 

8. Muzium Perang Pulau Pinang @ Penang War Museum

Muzium Perang Pulau Pinang
Imej via denaihati

Ia sebenarnya sebuah kubu yang dibina pihak British pada tahun 1930an. Ia pernah digunakan semasa menentang pencerobohan tentera Jepun.

Pengunjung dapat melihat barang-barang bersejarah termasuk meriam, terowong dan kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter. Sesetengah terowong memaksa anda untuk merangkak jika mahu melaluinya.

Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM8 (Kanak-kanak),

RM36 (warga asing dewasa), RM16 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung.

Waktu Operasi: 9am-7pm setiap hari

 

9. Rumah Kelahiran P. Ramlee

Rumah Kelahiran P. Ramlee
Imej via megahasz

Tidak lengkap rasanya jika tidak melawat rumah kelahiran seniman hebat kita. Bakatnya dalam bidang seni tiada tolok-bandingnya.

Di rumah inilah beliau dilahirkan dan dibesarkan. Pengunjung dapat melihat koleksi asal barang milik Allahyarham, pusaka peninggalan keluarga, dan halaman rumahnya yang masih dikekalkan hiasannya.

Harga Tiket: Percuma

Alamat: Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 9am-530pm dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum.

 

10. Pasar Malam Batu Feringghi

Pasar Malam Batu Feringghi

Imej via penang

Ini lokasi yang menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang. Terletak di pantai, banyak barangan dan makanan boleh diperolehi di sini. Rata-rata pengunjung datang bagi mendapatkan barangan berkualiti pada harga murah seperti beg dan pakaian.

Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 7pm-12am setiap hari

 

11. Aquarium Penang Batu Maung / Institut Penyelidikan Perikanan

Nah, ini sebuah tempat menarik di bawah radar yang ramai tidak tahu dan kongsikan. Kami telah pun sampai di sini. Aquarium Penang Batu Maung adalah tempat menarik seperti Aquaria di KLCC. Tetapi ianya tidaklah sebesr seperti di sana.

Tambahan pula, harganya jauh lebih murah bersesuaian dengan tempat. Tempat ini boleh anda lawati bersama dengan Muzium Perang yang tidak beberapa jauh daripada sini.
22. Penang Aquarium

Penang Aquarium atau Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan mempunyai 25 buah tangki di mana yang terbesar bersaiz 15 kaki x 10 kaki persegi. Ia menempatkan kira-kira 100 spesis ikan.

Akuarium ini turut menempatkan kolam yang besar di mana ada penyu dan ikan yang besar serta kecil di dalamnya. Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada ikan-ikan ini dengan makanan ikan yang dijual di sana.
Dengan harga makanan hanya RM1, pengunjung terutama kanak-kanak pasti akan berasa seronok dengan pengalaman ini. Turut dipamerkan adalah rangka paus yang pernah terdampar di Kuala Kedah pada tahun 2011.

Kanak-kanak pasti akan suka apabila melihat ikan berenang-renang di sini.Oleh itu, jika anda berada di Penang, bawalah keluarga anda melawat tempat-tempat ini. Ia tidak akan mengecewakan.

Alamat: Kompleks Perikanan, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (10am – 430pm), ditutup pada hari Rabu

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2.50 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah), percuma untuk warga emas dan OKU.

 

12. Tropical Spice Garden

Taman hijau ini mempunyai lebih daripada 500 spesis tumbuh-tumbuhan tropika. Dengan keluasan melebihi 8 ekar, ia adalah satu-satunya taman seumpanya di Asia Tenggara. Ada banyak aktiviti boleh dilakukan sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak.

Ada lawatan khas yang direka untuk kanak-kanak seperti 5 Senses Tour dan Giant 3D Slides and Ladders. Lebih unik lagi adalah Tropical Spice Garden turut mengadakan kelas memasak bagi orang dewasa.

Berada di antara pokok-pokok di sini amat menenangkan. Apa lagi bila dilakukan sambil melihat pinggir laut Teluk Bahang. Disebabkan itulah, ia juga menyediakan khidmat kepada mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwinan bertemakan taman.

Alamat: Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM29 – RM49 (dewasa), RM17 – RM25 (kanak-kanak), RM23 – RM39 (warga emas), RM23 – RM39 (pelajar)

 

13. The Habitat, Bukit Bendera

Tiada yang lebih mendamaikan lebih daripada kecantikan alam semulajadi. Keindahan The Habitat bukan sahaja dianggap satu keajaiban, tetapi melupakan lokasi paling sesuai untuk mendidik generasi muda bagi mengenali flora dan fauna.

Apakah yang boleh dilakukan di sini? Berjalan dikelilingi pepohon hijau di Natural Trail sejauh 1.6km, melalui Canopy Walk dan Tree Top Walk untuk menyaksikan pemandangan dari aras tinggi, dan taman-taman yang berbeza tema seperti Fern Garden, Butterfly Bank, Yellow Garden, Purple Garden, dan Fragrant Garden.

Alamat: Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 8pm)

Harga Tiket:RM50 (dewasa 13 – 59 tahun), RM30 (kanak-kanak 3 – 12 tahun), RM30 (pelajar), RM30 (warga emas 60 tahun ke atas), RM70 (Sunset Walk Adult), RM40 (Sunset Walk Children), RM40 (Sunset Walk Student), RM40 (Sunset Walk Senior Citizen).

 

14. Camera Museum

Ramai orang memiliki kamera walaupun hanya kamera telefon pintar. Muzium ini kiranya mempunyai kaitan dengan ramai orang yang menggunakan kamera sama ada secara profesional atau sekadar untuk merakam detik-detik indah dalam hidup mereka.

Muzium ini menempatkan koleksi kamera dari tahun 1800 sehingga 1990. Pengunjung dapat melihat perkembangan pada kamera seiring dengan perubahan zaman.

Sebuah ruang khas yang digelar Spy Room menempatkan kamera-kamera terkecil di dunia. Ada juga beberapa kamera di mana anda dibenarkan untuk menyentuhnya.

Alamat: 49, Lebuh Muntri, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari (930am – 8pm)

Harga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (pelajar)

 

15. Audi Dream Farm

Mari singgah di Audi Dream Farm jika anda bercuti bersama-sama anak.

Audi Dream Farm adalah sebuah zoo mini di mana kanak-kanak dibenarkan berada dekat, menyentuh dan memberi makanan kepada beberapa haiwan yang ada di sini. Suatu pengalaman baru bagi kanak-kanak yang sedang meneroka dunia apabila dapat memberi makanan kepada haiwan seperti arnab, ikan, kambing, itik, ayam, kuda dan burung nuri yang banyak di atas tanah.

Kanak-kanak juga berpeluang melihat kebun sayur-sayuran.

Alamat: 145, MK B, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 6pm)

Harga Tiket: RM7 (dewasa), RM3 (kanak-kanak)

 

16. Tropical Fruit Farm

Dengan ladang berkeluasan 25 ekar, Tropical Fruit Farm mempunyai lebih daripada 250 jenis buah-buahan tempatan dan luar negara meliputi Amerika Selatan, Afrika Tengah, India, Timur Tengah dan banyak lagi.

Selain melihat pokok buah-buahan ini, pelanggan boleh merasai buah segar, makan snek, BBQ, dan minum jus buah-buahan segar dari ladang. Kualiti buah-buahan dan kepentingan alam sekitar dijaga dengan menggunakan baja organik sahaja pada pokok-pokok yang ada. Bahan bukan organik ada digunakan tapi hanya ketika perlu.

Tropical Fruit Farm menyediakan beberapa pakej iaitu Guided Farm Tour, Lunch Buffet/Dinner Buffet, Guided Farm Tour with Lunch Dinner, dan Student Packages.

Alamat: Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am-5pm)

Harga Tiket: RM 5 – RM75 mengikut pakej

 

17. Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel akan membawa anda kembali ke Pulau Pinang pada 400 tahun dahulu. Muzium ini terdiri daripada 3D-Mural Art Street Gallery dan Anti Gravity World.

Ruang Mural 3-D dihias dengan patung dan replika yang menyerupai zaman dahulu kala. Anti-Gravity World pula membolehkan anda mengambil gambar di dalam rumah yang dihias seperti di dalam rumah.

Bezanya, perabot yang ada di sini disusun dalam keadaan yang luar biasa. Datang sendiri untuk merasai pengalamannya.

Alamat: No. 39, Jalan Green Hall, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (915am – 7pm), Sabtu, Ahad, & Cuti Umum (915am – 730pm)

Harga Tiket: RM29 (dewasa), RM16 (kanak-kanak 5 – 12 tahun), RM16 (pelajar)

 

18. PG Gold Museum

Jika menyebut tentang kekayaan, emas tidak pernah terlepas daripada senarainya. Peminat emas sanggup membeli emas bagi tujuan pelaburan dan simpanan masa hadapan. Pemilik muzium emas ini faham perkara tersebut.

Jadi, mereka yang datang ke sini bukan sahaja dapat mempelajari tentang sejarah emas, tapi mereka juga boleh membeli emas di Public Gold Group yang turut berada di sini.

Mereka membuat laluan yang menyerupai terowong berbatu yang membawa pengunjung mempelajari tentang emas.

Alamat: No. 95, Lebuh Bishop, George Town, Penang.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM28 (dewasa), RM15 (kanak-kanak 7 – 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas), percuma untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah.

 

19. Batik Painting Museum

Ini adalah muzium batik lukis yang pertama di Malaysia. Batik lukis merupakan seni yang unik di Malaysia dan juga di dunia.

Muzium ini ditubuhkan untuk berkongsi sejarah batik lukis yang sudah wujud sejak tahun 1950an lagi.

Chuah Thean Tong ialah pelukis yang terkenal menggunakan batik lukis dalam lukisannya. Lukisan beliau adalah salah satu daripada 70 batik lukis yang ada di dalam Muzium Lukisan Batik ini. Muzium ini juga menyediakan ruang khas untuk pelukis batik dari luar negara seperti China, Indonesia, dan Thailand.

Alamat: 19, Armenian Street, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (10am – 6pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (pelajar)

 

20. Adventure Zone

Kanak-kanak memang suka bermain dan amat gemarkan permainan. Jadi, jika anda berada di Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk datang ke Adventure Zone.

Ia seluas 10,300 kaki persegi dengan pelbagai jenis permainan. Memanjat, merangkak, menggelungsur, semuanya ada di sini. Paling menarik adalah ia terletak di dalam Golden Sands Resort. Diskaun diberikan kepada pengunjung yang menetap di resort tersebut.

Pengunjung dinasihatkan untuk mematuhi syarat di Adventure Zone seperti memakai stokin semasa bermain, memakai baju berlengan panjang semasa bermain gelungsur, tidak memakai pakaian renang semasa berada dalam kawasan permainan, orang dewasa mesti menemani kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah.

Alamat: Golden Sand Resort, Jalan Batu Feringghi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Feringgi

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 7pm)

Harga Tiket: RM35 untuk 2 jam

 

21. Fort Cornwallis

Ini adalah salah satu lokasi bersejarah yang terkenal di Pulau Pinang. Binaannya adalah di lokasi di mana Kapten Francis Light menjejakkan kaki di Pulau Pinang. pada tahun 1786 iaitu tahun yang sama kubu ini dibina.

Keluasannya adalah 4490 kaki persegi. Walaupun tujuan ia ini dibina adalah untuk mempertahankan diri mereka daripada lanun, tetapi ia lebih banyak digunakan sebagai pusat pentadbiran.

Di dalam kubu ini turut terdapat penjara, berek, tempat untuk meletakkan senjata dan suar labuhan bagi memberi isyarat kepada kapal-kapal yang datang. Patung Kapten Francis Light yang berada berhampiran dengan pintu masuknya menjadi lambang Fort Cornwallis.

Alamat: Jalan Tun Syed Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 10pm)

Harga Tiket: RM10

 

22. Countryside Stables Penang

Wan dan Doris adalah dua peminat kuda yang mahu berkongsi minat mereka dengan orang ramai. Mereka membuka Countryside Stables Penang pada tahun 2012. Lokasi yang dipilih memiliki pemandangan indah, terletak di kawasan pertanian di Sungai Burung.

Di sini, pengunjung diberi peluang untuk merasai pengalaman menunggang kuda. Pengunjung juga dibenarkan untuk memberi kuda-kuda ini makan. Kandang kuda menempatkan 30 ekor kuda daripada pelbagai jenis kuda termasuk Pure Bred Arabian Horses, Polo Pony dan banyak lagi.

Bukan kanak-kanak sahaja yang akan menyukai tempat ini, ibu bapa juga menikmati setiap saat di sini.

Alamat: Lot 603, Jalan Hilir Sungai Burung, Kampung Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 12pm, 2pm – 7pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak), RM20 (menunggang bagi dewasa), RM17 (menunggang bagi kanak-kanak), RM5/pek (beri makan kuda bagi dewasa dan kanak-kanak)

 

23. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid ini adalah lambang Tanjung Bungah. Dengan keluasan 1295 kaki persegi, ia menelan kos sebanyak RM15 juta dan boleh memuatkan sehingga 1500 orang. Ia dipanggil Masjid Terapung kerana kedudukannya yang berada di atas air iaitu kira-kira 300 meter dari pantai.

Antara keunikan masjid ini adalah ia memiliki menara setinggi bangunan 7 tingkat dan dihiasi ukiran kayu jati dan seni khat. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh senibina tempatan dan Timur Tengah. Banyak aktiviti keagamaan dijalankan di masjid ini bagi keperluan penduduk tempatan.

Alamat: Jalan Batu Feringghi, 11000 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

 

24. Padang Kota Lama

Padang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British. Kawasan ini ditemui oleh Francis Light.

Menyedari yang ia tidak diduduki manusia kecuali sejumlah kecil penduduk berbangsa Melayu dan Aceh di sepanjang sungai, Francis Light mengarahkan agar hutan bertanah datar ini dibersihkan.

The Esplanade adalah nama lain bagi kawasan ini yang merangkumi Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Padang Kota Lama juga terletak berhampiran dengan Fort Cornwallis.

Orang ramai datang ke sini untuk bersiar-siar. Lebih-lebih lagi, ada gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman di sekitarnya.

Alamat: 1, Light Street, 10450 George Town, Pulau Pinang

 

25. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling sudah lama dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ia adalah antara masjid yang paling lama di Malaysia.

Masjid ini dibina pada abad ke 19 oleh pedagang India Muslim. Malah, nama Kapitan Keling juga diambil daripada nama ketua mereka yang telah mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid ini.

Masjid Kapitan Keling merupakan institusi Islam yang pertama dibina di kawasan tersebut dan dipengaruhi oleh senibina Moghul dan Moor. Ia telah melalui banyak pengubahsuaian dan pembinaan semula yang menambah dan memperbaiki masjid tersebut.

Alamat: George Town, Pulau Pinang

 

26. Rumah Agam Cheong Fatt Tze (Cheong Fatt Tze Mansion)

Sesiapa sahaja pasti akan menyukai senibina dan hiasan dalam rumah agam milik Cheong Fatt Tze yang dibina apda abad ke-19. Ia dibina dalam gaya rumah tradisional China iaitu senibina yang berbeza dengan minat ramai orang terhadap senibina moden Inggeris-India ketika itu.

Malah, tukang rumahnya juga dibawa dari Selatan China. Bahan-bahan binaannya juga diimport daripada luar negara. Dengan gaya eklektik, rumah Agam Cheong Fatt Tze memiliki 5 laman dalam.

Rumah agam yang asalnya mahu dijadikan tempat tinggal bagi keturunannya, kini menjadi lokasi bersejarah dan juga hotel butik. Anda pasti mahu berada di sini.

Alamat: 14th Leith Street, 10200 Penang

 

27. Suffolk House

Sufflok House merupakan satu-satunya rumah agam dengan senibina zaman George yang masih ada di Malaysia. Dibina pada awal 1800, ia menjadi tempat tinggal bagi Gabenor-gabenor British.

Selain menikmati sejarah yang dimiliki rumah agam ini, anda juga dapat menikmati makan tengah hari dan makan malam dengan suasana mewah di dalamnya, yang pernah dinikmati oleh gabenor.

Keindahannya telah menjadikan ia lokasi pilihan di kalangan ramai orang untuk majlis-majlis peribadi seperti perkahwinan.

Alamat: 250, Jalan Air Hitam, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Harga Tiket: RM20, PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun, Bayaran adalah sehingga 6pm sahaja

 

28. Menara Jam Memorial Ratu Victoria (The Queen Victoria Memorial Clock Tower)

Ketinggiannya iaitu 60 kaki mewakili 60 tahun pemerintahan Ratu Victoria. Jam ini dibina pada tahun 1897 dan dibiayai oleh seorang jutawan tempatan ketika itu iaitu Cheah Chen Eok.

Menara jam ini menjadi lambang Pulau Pinang sebagaimana Pisa menjadi lambang Itali. Malah, ia juga senget pada sebelah bahagiannya akibat kesan pengeboman semasa Perang Dunia ke 2.

Menara ini mempunyai empat tingkat dengan senibina pengaruh Moor dan Rome serta dinsipirasikan daripada bentuk buah pinang.

Alamat: Persimpangan Light Street dan Beach Street (Lebuh Pantai) dan persiaran King Edward.

29. Explore Balik Pulau

Balik Pulau adalah sisi lain Pulau Pinang. Di situ terletaknya dusun dan kampung yang amat sesuai untuk berehat dengan aman.

Terokai keindahan kampung dengan menunggang basikal di sekitar kampung di sepanjang sungai, jalan-jalan kampung dan masuk ke dalam dusun buah-buahan tempatan di sekitarnya. Pada bulan Mei sehingga Julai, ada pakej khas untuk menikmati musim durian.

Lawati www.explorebalikpulau.com.my untuk membuat tempahan pakej-pakej yang menawarkan aktiviti menarik di sekitar Balik Pulau bermula dengan RM99 sahaja.

Alamat: 145(U-1) MK B, Sg. Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang

 

30. Pinang Peranakan Mansion

Peranakan atau Baba dan Nyonya bukan sahaja terkenal di Melaka, malah mereka juga wujud di Pulau Pinang. Mereka dikenali kerana keunikan budaya dan tradisi yang bergabung di antara Melayu dan Cina.

Pinang Peranakan Mansion adalah sebuah rumah seorang Baba yang kaya suatu masa dahulu iaitu pada abad ke-19. Rumah agam ini pernah menjadi kediaman Kapitan Cina Chung Keng Kwee.

Ia dicipta semula bagi menunjukkan kekayaan adat dan budaya mereka. Kini, Pinang Peranakan Mansion menyimpan lebih 1000 barangan antik untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Alamat: 29, Church Street, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (930am – 5pm)

Harga Tiket: RM20 (dewasa), PERCUMA untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.

 

31. Wonderfood Museum

Antara keunikan Malaysia adalah kita kaya dengan pelbagai jenis makanan hasil percampuran pelbagai bangsa. Muzium ini terletak di dalam bangunan zaman penjajahan yang dibina sekitar tahun 1940 di George Town.

Di dalam muzium ini terdapat replika makanan tempatan yang bersaiz gergasi dihasilkan dengan teknik dari Jepun. Antara makanan yang anda akan temui ialah laksa, cendol, mee kari, dan ais kacang. Ini menjadikan muzium ini lokasi yang digemari pengunjung untuk bergambar.

Wonderfood Museum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Info Zone, Wow Zone, dan Educational Zone.

Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM15 / RM25 (dewasa MyKad/dewasa antarabangsa), RM10 / RM15 (kanak-kanak MyKid/kanak-kanak antarabangsa)

 

32. Muzium Hantu (Ghost Museum)

Peminat hantu atau cerita seram, dijemput ke sini untuk mengenali hantu-hantu kegemaran anda yang dipamerkan dalam bentuk patung replika. Bukan itu sahaja, anda juga akan berkenalan dengan hantu-hantu dari 5 buah negara.

Anda akan mengetahui kisah di sebalik semua hantu ini. Anda akan mengetahui mengenai kisah Orang Minyak, Hantu Pisang, Hantu Tak Berkepala dan banyak lagi. Untuk pengetahuan, muzium ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Bersedia dengan lawatan yang akan membuatkan bulu roma anda meremang!

Alamat: 57, Lebuh Melayu, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 7pm)

Harga Tiket: RM18 / RM28 (dewasa MyKad / dewasa antarabangsa), RM10 / RM16 (kanak-kanak MyKid / kanak-kanak antarabangsa, PERCUMA bagi kanak-kanak berusia di bawah 7 tahun.

 

33. Taman Botani Penang (Penang Botanic Garden)

Di Pulau Pinang, umum mengenalinya sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang. Letaknya di dalam lembah di kaki bukit hutan hujan tropika yang mempunyai ketinggian 366 kaki.

Menurut laman sesawang rasmi mereka, www.botanicalgardens.penang.gov.my, taman ini terletak di antara aliran mata ir yang membahagikan kawasan tersebut melalui kawasan luas dan beralun berukuran di antara 29 hektar kaki persegi.

Taman ini merupakan lokasi bersejarah yang dibina oleh pihak British pada tahun 1884. Asalnya ia adalah sebuah tapak kuari granit yang lama yang kemudiannya dibangunkan menjadi taman dengan tumbuh-tumbuhan hutan dan landskap.

Taman Botani menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan termasuk kedai menjual tumbuh-tumbuhan, surau, tram selain tarikan taman-taman khas seperti Taman Jepun, Taman Herba dan Eco-Stream Walk.

Alamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 8pm)

Waktu Operasi (Rumah Pokok): Selasa dan Khamis (930am – 1230pm, 2pm – 430pm), Sabtu dan Ahad (930am – 1230pm, 2pm – 6pm)

Harga tiket: PERCUMA

 

34. Bukit Bendera (Penang Hill)

Bukit Bendera merangkumi beberapa buah bukit dengan puncak tertinggi adalah 833 meter dari paras laut. Ia menjadi tempat berehat semasa penjajahan British dan kini menjadi destinasi pelacongan yang popular.

Puncak bukit ini boleh dinaiki oleh pelancong dengan menggunakan keretapi. Bukit Bendera menyimpan flora dan fauna yang indah, pemandangan yang memukau dan sejarah serta warisan negara.

Di Bukit Bendera inilah terdapat bangunan-bangunan bersejarah yang diantaranya dibina seawall 1789 dengan senibina dari zaman penjajahan British, Asia dan moden.

Waktu Operasi: Setiap hari (630am – 11pm)

Harga Tiket: RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak 4 – 12tahun), RM5 (warga emas 60 tahun ke atas).

Harga Tiket (Fast Lane): RM40 (dewasa), RM20 (kanak-kanak), RM5 (warga emas)

 

35. Clan Jetties Floating Village

Asingkan diri seketika daripada kesibukan bandar dengan mengunjungi perkampungan di atas air ini. Penduduknya terdiri daripada kaum Cina yang mana asal keturunan mereka adalah pendatang dari China yang datang ke Malaysia pada abad ke-19.

Pendapatan mereka datang daripada sumber laut sehinggalah ada sebahagiannya yang mula mencari rezeki di bandar. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki beca dari George Town.

Alamat: Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu kunjungan: Setiap hari (9am – 9pm)

 

36. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Mari ke Teluk Duyung jika anda mahukan pantai dan ketenangan hembusan bayu laut. Ia amat sesuai untuk dilawati tidak kira pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Teluk Duyung sudah terkenal di kalangan penduduk di sini yang suka berkelah di sepanjang pantainya yang panjang dan berpasir putih. Kepada yang suka berkhemah, anda berpeluang untuk melakukannya di Teluk Duyung kerana ada tapak perkhemahan disediakan.

Ia lebih menyeronokkan kerana tiada laluan darat untuk ke sini. Jadi, anda akan merasai pengalaman menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Teluk Bahang. Walaupun begitu, Teluk Duyung bukanlah sebuah pulau.

Mahu lebih cabaran? Jalan kaki melalui bukit dan hutan.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

 

37. Taman Negara Pulau Pinang (Penang National Park)

Ada beberapa perkara menarik yang anda boleh lakukan di Taman Negara Pulau Pinang yang berkeluasan 2562 hektar ini.

Pertama, trekking. Anda berjalan di antara 414 spesis tumbuh-tumbuhan dan 143 spesis haiwan di dalamnya. Ada dua tempat menjadi ‘hadiah’ di hujung perjalanan anda merentasi hutan iaitu Teluk Duyung dan kawasan perlindungan penyu.

Kedua, menaiki bot. Dengan bayaran kira-kira RM50 sehingga RM100, anda dapat menaiki bot menuju ke Teluk Duyung atau kawasan perlindungan penyu, atau Pantai Kerachut.

Ketiga, Titian Kanopi. Anda boleh berjalan di atas titian kanopi sepanjang 250 meter untuk melihat pemandangan indah hutan dari ketinggian 15 meter. Harga tiket bermula RM3 – RM5.

Keempat, berkhemah. Taman Negara memiliki beberapa kawasan perkhemahan dan ia adalah percuma! Tempah segera kerana lokasinya terhad.

 

38. Escape

Escape direka dari kerinduan pemiliknya kepada keseronokan bermain di luar rumah dalam alam semulajadi dan memperkenalkannya kepada kanak-kanak pada masa kini.

Aerobat untuk bergayut, Airbag untuk melompat, AK Academy untuk permainan air, AK Discovery untuk menyelam, A-Maze untuk bersembunyi, Atan’s Jump untuk terjun ke dalam air, Atan’s Leap untuk terjun di udara, Balance Beam untuk berjalan di atas galah dan banyak lagi permainan menyeronokkan. Kedatangan anda ke sini dijamin tidak akan membosankan.

Jika anda suka bermain atau suka bermain semasa kanak-kanak, kembalikan memori anda di sini.

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm), ditutup pada hari Isnin

Harga Tiket: Harga berbeza mengikut kumpulan (keluarga, korporat, dan sekolah), dan jarak masa tempahan. Layari www.escape.my untuk rujukan harga.

 

39. Pantai Kerachut

Pantai ini termasuk di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang. Melihat pantainya yang cantik amat menenangkan terutama jika anda mengambil keputusan untuk pergi melalui hutan.

Keletihan dalam perjalanan amat berbaloi. Lihat juga keindahan pantai dari jeti untuk melihat keindahannya dari sisi yang lain. Melalui hutan adalah cara yang pertama.

Cara kedua lebih mudah iaitu dengan menaiki bot.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

 

40. Teluk Kampi

Satu lagi pantai yang terletak di dalam kawasan Taman Negara. Anda boleh memilih sama ada menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang atau Teluk Bahang, atau melalui hutan sejauh 5km.

Anda tidak boleh berkhemah di sini dan tiada apa-apa kemudahan yang disediakan. Jadi, anda akan menikmati alam semulajadi sepenuhnya di sini.

Oleh itu, para pengunjung dinasihatkan untuk menjaga kebersihan pantai dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

 

41. Rumah Api Pulau Pinang (Muka Head Lighthouse)

Taman Negara Pulau Pinang juga memiliki sebuah rumah api di dalamnya. Ia mempunyai ketinggian mencapai 14 meter dan dibina di puncak bukit yang tingginya 227 meter.

Ia merupakan binaan bersejarah kerana ia dibina pada tahun 1883 oleh pihak British. Rumah Api ini terletak di Teluk Duyung. Jadi, untuk ke sini, anda perlu menaiki bot atau melalui hutan. Sampai di pantai, teruskan perjalanan untuk kira-kira 30 sehingga 60 monit dan anda akan bertemu dengan Rumah Api Pulau Pinang.

Ambil peluang ini untuk memanjat tangga di dalamnya menuju ke puncak rumah api. Ya, ia memang perjalanan yang agak meletihkan. Tapi semua itu hilang apabila melihat pemandangan memukau dari puncak rumah api.

Alamat: Taman Negara Pulau Pinang

 

42. Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park)

Ditubuhkan sejak 1988, ia merupakan taman burung yang pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Anda pasti akan teruja kerana di sini ada lebih daripada 3000 ekor burung yang datang dari lebih daripada 300 spesis burung dari seluruh dunia.

Separuh daripada jumlah tersebut adalah burung dari Malaysia. 150 sangkar disediakan bagi menempatkan burung-burung ini. Taman ini dibina dengan lanskap indah dan pondok-pondok senibina Melayu serta jambatan dari senibina Cina.

Alamat: Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum (9am – 7pm)

Harga Tiket: RM38 (dewasa), RM20 (kanak-kanak di bawah 12 tahun), RM10 (kanak-kanak beruniform sekolah), RM1 (kamera), RM5 (video kamera)

 

43. Little India

Little India di sini menyerupai Little India yang terdapat di Kuala Lumpur. Bila anda berada di sini, anda akan melihat kedai-kedai pakaian yang menjual kain sari, sutera dan kapas yang menjadi ciri-ciri unik India.

Selain restoran-restoran yang menghidangkan makanan India, anda juga disajikan dengan muzik India selama anda berada di sini. Jadi, kunjungan anda di sini penuh warna-warni.

Fesyen dengan warna-warna cerah, tandoori dan tosai, dan makan menggunakan daun pisang. Little India merangkumi 3 jalan iaitu Lebuh Chulia, Lebuh Queen, dan Jalan Pasar.

Alamat: George Town

 

44. Khoo Kongsi

Ia sudah wujud sejak 650 tahun dahulu untuk mengumpulkan pendatang dari abad ke-19 dalam kawasan mereka.

Dalam budaya Cina, kongsi atau dikenali juga sebagai rumah keluarga sebenarnya adalah bangunan yang digunakan keluarga untuk menyembah nenek-moyang mereka. Ia juga menjadi lokasi perpaduan di mana bagi membantu ahli-ahli mereka.

Kebanyakan kongsi di Pulau Pinang sudah wujud lebih daripada 100 tahun dan Khoo Kongsi adalah salah satu daripadanya serta yang paling terkenal. Selain fungsinya, ia lebih dikenali kerana senibina dan hiasannya. Malah, tukangnya dibawa khas dari China.

Alamat: 18, Cannon Square, George Town

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 5pm)

 

45. The Top (Menara Komtar)

Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) adalah menara tertinggi di Pulau Pinang dan merupakan menara ke-enam tertinggi di Malaysia. Menara ini mula dibina pada tahun 1974 dan siap pada tahun 1986.

Ia kemudiannya menjadi ikon negeri ini. Menara Komtar menempatkan kedai-kedai untuk membeli-belah dan restoran-restoran. Puncaknya pula memberikan anda pengalaman melihat pemandangan indah di sekelilingnya dari tingkat 59.

Lengkapkan kunjungan anda dengan menikmati hidangan anda di restoran yang terletak di puncak menara.

Alamat: 1, Jalan Penang, 10000 George Town

 

46. Straits Quay

Suatu pengalaman baru untuk membeli-belah di hadapan pangkalan khas tempat kapal layar atau marina.

Pengunjung datang ke sini keraba bukan sahaja anda berseronok dapat membeli-belah tetapi anda juga berpeluang mencuci mata dengan pemandangan indah laut dan kapal layar yang berlabuh di sini.

Pada waktu tertentu, ia meriah dengan sambutan perayaan atau peristiwa penting.

Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, 10470 Pulau Pinang.

 

47. Penang Street Art

Berjalan-jalan di lorong-lorong di George Town memberikan anda pengalaman yang berbeza. Pada tahun 2012, Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis dari Lithuania telah dijemput untuk melukis di dinding-dinding rumah kedai di sekitar bandar.

Peluang ini digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menghidupkan dinding-dinding yang asalnya kosong yang suram menjadi menarik dan meriah. Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, dan Jalan Ah Quee kini menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar bersama-sama karya Zacharevic yang menceritakan suasana budaya tempatan.

Alamat: George Town, Penang

 

48. Saanen Dairy Goat Farm

Kanak-kanak suka meneroka. Melihat alam merupakan penerokaan terbaik yang boleh diperolehi oleh seorang kanak-kanak. Saanen Dairy Farm salah satu daripadanya.

Pengunjung memasuki kawasan kampung untuk menuju ke Saanen Dairy Farm. Kanak-kanak akan teruja memasuki ladang ini kerana mereka dapat mempelajari mengenai kambing.

Mereka boleh memberi kambing-kambing ini makan dan menikmati produk yang dihasilkan seperti susu kambing, yogurt dan jeli susu kambing.

Alamat: 298 MK1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)

Harga Tiket: PERCUMA

 

49. Toy Museum Heritage Garden

Kanak-kanak mahu pun dewasa, sesiapa sahaja sukakan permainan. Toy Museum Heritage Garden mendakwa mereka adalah muzium permainan terbesar di dunia. Ini kerana mereka mempunyai lebih daripada 120,000 permainan yang bernilai lebih daripada RM60 juta.

Anda juga pasti berasa teruja melihat patung-patung lilin watak cerita atau hero dan heroin kegemaran yang sebesar manusia.

Alamat: 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM26 (dewasa), RM19 (kanak-kanak)

 

50. Penang 3D Art Trick Museum

Pengunjung ke sini untuk mengambil gambar dengan gaya kreatif dan menarik, sesuai dengan karya seni yang dihasilkan di dalamnya.

Buat gaya terjunan udara, bermesra dengan beruang Panda, menaiki bas mini comel berwarna kuning, berada di dalam sampan di Clan Jetty, menaiki kereta lembu, menjadi Alice versi kecil di Wonderland, menunggang basikal bersama E.T, mengadakan persembahan magik anda sendiri, dimakan jerung, menyelam di laut dalam, dan dimakan ular gergasi. Pilih mana-mana yang anda suka.

Boleh jadi anda akan menyukai semuanya!

Alamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 Penang

Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)

Harga Tiket: RM15 (dewasa), RM25 (kanak-kanak)

Artikel Tempat Menarik Lain

Selain Pulau Pinang, kami juga menulis artikel untuk tempat menarik yang lain. Manalah tahu jika anda berminat untuk ke sana di lain masa.

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!