20 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur 2018 Untuk Dilawati Cuti Sekolah

Mencari tempat meanrik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi?

Hujung minggu adalah hari bersama keluarga. WAJIB!!

Tutup buku, bawa anak-anak keluar melihat alam dan melawat tempat-tempat menarik. Ilmu bukan sahaja terhad di dalam buku. Pelbagai lagi ilmu boleh dipelajari apabila kita bermesra dengan alam sekeliling.

Rehatkan minda dan badan anak-anak dengan menikmati dunia luar. Banyak ibrah yang boleh dipelajari. Keluar dari suasana rutin, bilik darjah, kelas tuisyen dan sebagainya. Pengalaman dan suasana yang baru pasti mengujakan anak-anak untuk mereka terokai.

Mari kita lihat 20 tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga di hujung minggu.

1. Taman Rekrasi 99 Wonderland Park, Selayang

Taman Rekreasi 99

Imej via kosmo

Taman ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada baru-baru ini. Terletak di Tasik Sri Murni, Selayang telah menjadikannya salah satu mercu baru bagi ibu kota Kuala Lumpur.

Taman rekreasi ini dibuka secara percuma selama sebulan sehingga 13 April 2018 kepada warganegara Malaysia. Waktu operasinya pula ialah :

  • Isnin-Khamis (6:00 pm sehingga 9:30 pm)
  • Jumaat-Ahad dan Cuti Umum (6:00 pm sehingga 10:00 pm)

Antara daya tarikan Taman Rekrasi 99 ini adalah Sky Fountain, T-Rex Ring, Magical Bridge dan pelbagai taman haiwan seperti burung kasawari dan rusa.

2. KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo

Imej via kitapunye.com

KL Tower Mini Zoo terletak di tengah-tengah ibu kota iaitu di Menara Kuala Lumpur. Lokasinya mudah diakses dan dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu tempat riadah yang sangat sesuai untuk anak-anak kerana sambil beriadah mereka dapat belajar pelbagai perkara tentang hidupan haiwan.

KL Tower Mini Zoo ini berkonsepkan mesra haiwan dimana pengunjung boleh melihat dan memegang haiwan-haiwan yang jinak dengan lebih dekat lagi. Pengunjung juga boleh memberi makan kepada haiwan seperti arnab, burung dan ikan. Pengalaman seperti ini pasti menyeronokkan buat anak-anak!

Waktu operasi:

  • Isnin-Ahad (10:00am sehingga 9:00pm)

Harga Tiket:

  • Kanak-Kanak : RM27
  • Dewasa: RM32
  • Warga Emas: RM27

**Kemasukan percuma bagi kanak-kanak mempunyai ketinggian 90cm ke bawah.

3. G2G Animals Garden, MAEPS

Terletak di Seri Kembangan Selangor, G2G Animals Garden baru di buka pada bulan Disember tahun lepas. G2G yang bermaksud Goat to Go adalah taman yang berkonsepkan Eco dan Agro Tourism sangat sesuai dilawati seisi keluarga.

Terdapat lebih 200 spesies haiwan yang terdapat sini dan berkonsepkan petting zoo. Antara daya tarikan yang utama ialah Therapy Goat House. Di sini, pengunjung boleh melihat, memegang dan berswafoto bersama kambing dengan lebih dekat lagi. Malah, pengunjung juga diberi peluang untuk memberi susu kepada anak-anak kambing yang ada.

Tarikan lain yang ada di sini ialah pigeon house, rabbit garden, bird aviary dan rumah terapi. Wah! banyaknya haiwan di sini. Berbaloi bawa anak-anak dan keluarga musim cuti sekolah ini.

4. Farm In The City

Farm in the city

Imej via facebook

Juga berkonsepkan petting zoo, kebanyakkan haiwan di Farm In The City akan dibiarkan bebas dan para pengunjung akan boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat lagi.

Anak-anak pasti seronok dapat memberi makan kepada burung, kura-kura gergasi, memeluk arnab yang jinak dan menyaksikan burung kakak tua membuat silap mata.

Para pengunjung juga berpeluang menangkap ikan di kawasan longkang fish. Pengalaman ini pasti dapat mengimbau kenangan kanak-kanak kita dahulu dan akan memberi pengalaman yang baru kepada anak-anak pula.

Harga tiket:

  • Dewasa: RM39
  • Kanak-kanak dan Warga Emas: RM32

* PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm.

5. Rubinga Heritage, Gombak

Lokasi Rubinga Heritage  yang hanya terletak di Gombak, Kuala Lumpur telah menjadikannya salah satu tempat rekreasi sesuai untuk seisi keluarga beriadah di waktu petang. Pelbagai kemudahan yang terdapat di sini seperti:

  • Walk in Joyride
  • Walk in Rabbit Farm
  • Aktiviti Memanah Tradisional

Rubinga Heritage dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang sahaja.

6. Hutan Simpan Bukit Nanas

Hutan lipur bukit nanas

Imej via zazaiman.com

Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia.

Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar.

Selain itu, terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, kawasan perkhemahan serta trek jogging disediakan untuk para pengunjung.

Waktu Operasi:

  • Setiap hari (7.00 pagi hingga 6.00 petang)

Bayaran Masuk:

  • Percuma

7. Kota Damansara Community Forest

KDCF

Imej via mysimchew.com

Seringkali kita lihat kebanyakkan orang akan mendaki bukit di luar kawasan bandar. Namun, inilah keunikkan Kota Damansara Community Forest (KDCF), orang awam boleh mendaki bukit di tengah-tengah bandar!

Keluarga yang suka akan aktiviti mencabar untuk anak-anak bolehlah menjadikan KDFC sebagai salah satu tempat riadah bersama mereka. Tiada bayaran masuk dikenakan dan dibuka setiap hari.

8. Taman Cabaran, Putrajaya

Taman cabaran

Imej via lancareno.com

Tempat ini memang sesuai sangat untuk anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Mereka boleh memanjat, melompat dan berlari sepuas-puasnya! Taman Cabaran ini terletak di Presint 5, Putrajaya.

Terdapat pelbagai fasiliti sukan disediakan di sini antaranya rock wall climbing, skate park dan thrill park. Ruang rock wall climbing dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Manakala, kawasan untuk skate park dan thrill park adalah sesuai bagi latihan skateboard, basikal, BMX dan roller blade.

Rock Wall Climbing

Waktu Operasi :

  • Isnin, Selasa, Khamis & Ahad : 10.00 pagi – 8.00 malam
  • Rabu, Jumaat & Sabtu : 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Jumaat: 12.30 t/hari – 3.00 petang

Bayaran Masuk:

  • Dewasa: RM6.00
  • Pelajar: RM3.00
  • Kanak-Kanak : Percuma

Skate Park & Thrill Park

Waktu Operasi :

  • Isnin – Khamis : 10.00 pagi – 7.00 malam
  • Jumaat – Ahad : 10.00 pagi – 11.00 malam

*Laluan basikal dibuka  sehingga jam 7.00 petang sahaja.

Bayaran Masuk :

  • Percuma

9. EnerZ Extreme Park

Enerz Extreme Park

Imej via enerz.my

Salah satu tempat lagi untuk anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Enerz Extreme Park terletak di Subang Jaya merupakan taman trampolin yang terbesar di Asia. Pelbagai fasiliti disediakan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak.

Antara kemudahan yang terdapat disini ialah:

  • Trampoline Park
  • Wall Climbing
  • Gut Builder
  • Dodgeball
  • Ninja Warrior
  • Meltdown

Pasti anak-anak puas bermain pelbagai jenis permainan yang mencabar dan menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.

Enerz Park

Imej via enerz.my

10. Jungle Gym, Bangsar

Jungle gym

Imej via lookp.com

Jungle Gym terletak di Bangsar Shopping Centre adalah merupakan indoor playground yang terbesar di Malaysia. Fasiliti yang disediakan sesuai dari usia bayi (2 tahun ke bawah) dan kanak-kanak yang dari usia 2 tahun hingga 12 tahun.

Antara ruang bermain yang disediakan ialah:

  • BABYLAND
  • FUNLAND
  • OHANA MOVIE ROOM
  • LITTLE EXPLORER

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (10.30am – 9.30pm)
  • Sabtu -Ahad (10.30am-10.30pm)

Ibu bapa juga boleh beristirehat di kafe yang disediakan sambil melihat anak-anak bermain.

11. Pusat Sains Negara (PSN)

Lokasinya hanya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur merupakan satu institusi pembelajaran tidak formal yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, minat dan penghargaan orang ramai terhadap Sains dan Teknologi.

PSN menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran yang disediakan disini lebih berbentuk selfexploration membolehkan pengunjung untuk memahami dan mempelajari semua pameran yang disediakan.

Waktu Operasi:

  • Sabtu – Khamis (9:00 am – 5:00 pm)

***Ditutup pada hari Jumaat.

Pusat Sains Negara

Imej via google image

12. District 21

Salah satu taman tema sukan lasak yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Lokasinya terletak di IOI Mall Putrajaya dan bertemakan indoor obstacle course yang sangat menarik bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.

District 21 juga menyediakan ruang kids friendly yang sesuai bagi golongan kanak-kanak  seperti GoPedal, Corousel dan Low Ropes Obstacle Course.

Waktu operasi:

  • Isnin sehingga Jumaat (12pm -10pm)
  • Sabtu sehingga Ahad (10am-10pm)

Tiket masuk:

  • Hari Biasa : RM58
  • Hari Minggu : RM78
District 21

Imej via google image

13. Upside Down House

Upside Down House merupakan salah satu lagi daya tarikan di ibu kota. Terletak di Menara Kuala Lumpur, senibina ini direka berkonsepkan cottage house.

Bukan hanya rumah yang terbalik, semua perabot yang terdapat di dalamnya juga terbalik!. Anak-anak mesti terujakan apabila melihat keunikkan rumah terbalik ini buat pertama kali😁.

Waktu Operasi:

  • Setiap hari (9am sehingga 7pm)

Harga Tiket:

  • Dewasa: RM15
  • Kanak-Kanak: RM10
Upside down house

Imej via goticket.my

14. LCCT Lama

Nak lihat kapal terbang secara dekat? Ini adalag tempat terbaik untuk bawa anak-anak di hujung minggu. Mereka akan berpeluang melihat kapal terbang berlepas dan mendarat dengan jarak dekat!

Memang berdesing telinga dengar bunyi enjin kapal terbang di atas kepala😁. Anak-anak pasti teruja melihat saiz sebenar kapal terbang yang besar dan mereka pasti melambai-lambai ke arah kapal terbang sambil melompat girang.

LCCT Lama

Imej via google image

15. Kiddomo Universe

Sangat kreatif dan inovasi indoor playland ini!. Lokasi hanya terletak di Starling Mall, Petaling Jaya. Tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Tempat ini memberi peluang kepada kanak-kanak merangsang deria mereka dan mengasah daya kreativiti dan imaginasi melalui konsep IMAGINE, PLAY dan LEARN.

Gabungan pendekatan classical play dan teknologi terkini mampu memberikan pengalaman yang mengujakan kepada kanak-kanak. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Selfie World
  • Glass House
  • Ocean Alive

Boleh layari laman web kiddomo.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang harga tiket dan waktu operasinya.

Kiddomo

Imej via kiddomo.com

16. Min Nature

Min Nature adalah tempat pameran dan pembuatan model miniature yang terletak di Summit USJ, Subang Jaya. Anak-anak akan berpeluang melihat model rumah, pelbagai jenis landskap dan bangunan.

Apa yang menarik lagi ialah pengunjung boleh menghasilkan sendiri miniature anda. Pengunjung hanya perlu membeli modeling kit dengan harga yang sangat berpatutan!

Wah!menarik bukan? Anak-anak pasti teruja dengan pengalaman baru ini😊

Min nature

Imej via facebook

17. Kidzania

Apa itu Kidzania?. Satu bandar interaktif yang direka khas untuk kanak-kanak berusia 4 sehingga 14 tahun untuk merasai sendiri pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Berkonsepkan role play, kanak-kanak berpeluang  meneroka hampir 60 fungsi pekerjaan seperti ahli bomba, doktor dan juruterbang.

Kidzania

Kidzania

Imej via google image

18. Muzium Cokelat

Lihat sahaja tajuk pun dah terbayang kesedapan cokelat yang menjadi kegilaan setiap lapisan umur. Muzium cokelat ini terletak di Kota Damansara yang telah dibuka secara rasminya pada tahun 2014.

Muzium ini berkonsepkan ‘3E’ yang membolehkan pengunjung memperoleh:

  • Education – pelbagai info menarik tentang cokelat
  • Experience – pembuatan cokelat
  • Enjoyable Shopping – belajar sambil membeli-belah

Waktu Operasi:

  • Setiap Hari (10am – 5pm)

Bayaran Masuk:

  • Percuma
Muzium Coklat

Imej via siakap keli

19. SkyTrex Taman Botani, Shah Alam

Ini adalah lagi satu tempat yang sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti lasak. Jangan risau ya ibu ayah! Kebanyakkan aktiviti di sini direka bersesuaian dengan peringkat umur. Dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  • Little Adventure – kanak-kanak
  • Big Thrill – dewasa
  • Extreme Challenge – dewasa

 

20.  KL Hop On Hop Off

Menikmati keindahan ibu kota Kuala Lumpur dengan menaiki bas TANPA BUMBUNG! Seronoknya! Bas ini berkonsepkan free & easy kembara bandar yang mempunyai 23 tempat perhentian dan akan membawa pengunjung ke  hampir 70 daya tarikan yang terdapat di ibu kota.

Tiket boleh dibeli di dalam bas, kaunter hop on hop  off, online atau melalui agen dan hotel yang diiktiraf. Manakala, harganya pula adalah seperti berikut:

  • Pakej 24 jam

Dewasa: RM55

Kanak-Kanak: RM30

  • Pakej 48 jam

Dewasa: RM95

Kanak-Kanak: RM50

Kl hop

Imej via google image

Jom bawa anak-anak meneroka dan menjelajah pelbagai tempat, permainan dan pengalaman baru agar cuti hujung minggu ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan yang pasti menyeronokkan!

 

Artikel Tempat Menarik Yang Lain

Selain tempat menarik di Kuala Lumpur, kami juga ada menulis artikel tempat meanrik yang lain yang sesuai untuk bawa ahli keluarga. Jom baca.

 

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!