Siapa yang ada anak tentu faham betapa susahnya hendak memberi ubat kepada anak. Tetapi takkanlah hendak main paksa-paksa pula.

Kasihan memang kasihan, tetapi takutnya nanti makin memudaratkan diri sendiri. Mana tau boleh bawa sampai ke tua penyakit tu secara sedar tak sedar. Bukan itu sahaja, kasihan juga dengan orang sekeliling yang ikut terjangkit sekali.

Bila cuba hendak diberi, mulalah menangis. Lebih-lebih lagi budak yang nakal, bukannya hendak mendengar atau mencuba untuk makan ubat. Bagaimana pula dengan bayi? Bukannya mereka pandai bercakap dan pandai membalas.

Apa kata si ibu dan bapa cuba ikuti 6 langkah mudah di bawah. Perkongsian oleh Dr Ezairy tentang teknik memberi ubat menarik untuk dicuba oleh ibu-ibu di luar sana.

nangis

Imej via Fluent In 3 Months

Apakah Cara dan Teknik Berkesan Beri Ubat?

1. Guna picagari. Elak menggunakan sudu. Dos ubat yang diberitahu oleh doktor perlu diikuti.

Justeru penggunaan syringe atau picagari adalah perlu bagi memastikan anda memberi ubat mengikut kuantiti yang betul dan ia sebenarnya jauh lebih mudah berbanding cara lain. Pastikan juga menggunakan syringe sesuai mengikut kuantiti yang akan diberi. Biasanya 3ml atau 5ml.

2. Teknik yang sesuai dan betul. Saya nasihatkan letakkan anak di dalam pangkuan. Untuk bayi atau anak kecil, pastikan mereka berada di posisi duduk atau separa duduk.

Posisi baring menelentang dilihat mudah untuk memberi ubat, namun ia akan meningkatkan risiko ubat untuk masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke peparu. Ini bahaya!

3. Cari ruang dan kawasan yang tenang. Kita pun kalau nak buat sesuatu perkara perlukan ruang yang selesa. Beri ubat kepada anak pun begitu. Penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mencari ruang yang selesa dan cukup pencahayaan. Memberi ubat sama seperti memberi makan atau minum kepada anak.

Sekiranya ruangnya sempit, kita juga akan cenderung memberi ubat dengan cara yang tidak betul. Kuantiti ubat yang bakal diberi juga akan terganggu.

4. Jangan paksa anak anda yang sedang meronta-ronta. Ini akan menyebabkan anak anda tersedak dan muntah. Beri peluang mereka tenang dan beri ubat.

5. Beri peluang anak pegang picagari ubat dan letakkan ke dalam mulutnya sendiri. Cara ini banyak membantu ibu bapa. Anda kemudian bantu untuk pastikan ubat dimasukkan ke mulut anak anda.

6. Minta nasihat doktor. Anda boleh minta pandangan dan nasihat daripada doktor yang memeriksa anak anda. Beritahu kepadanya bahawa anak anda mungkin jenis yang amat sukar untuk diberi ubat.

Perlu dipegang tangan, kaki dan dipaksa baru boleh diberi. Doktor ini tuan puan, manusia juga. Kami akan cuba beri ubat yang paling sesuai dari segeri kekerapan, kuantiti dan jenis kepada anak dan bayi. Yang penting, komunikasi antara ibu bapa pesakit bersama doktor mesti ada.

Yang penting cuba je, tak rugi pun. Jika dah cuba dari teknik 1 hingga 5 tapi tak berjaya juga, jangan bimbang masih ada lagi penyelesaian terakhir iaitu rujuk doktor.

*Jangan lupa share ya! Penting dikongsi bersama info ini terutamanya bagi ibu bapa di luar sana yang seringkali menghadapi kesukaran untuk beri ubat pada anak-anak.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.