Nasi Lemak adalah makanan yang menjadi ikon kepada tanah air kita. Mustahil jika anda berada di Malaysia anda tidak pernah makan Nasi Lemak sememangnya mendapat tempat di hati masayarakat sejak dulu lagi.

Pagi pagi, lazimnya anda akan dapat melihat banyak kedai nasi lemak mahupun gerai gerai di tepi tepi jalan penuh dengan pengunjung.

Tidak susah sebenarnya untuk membuat Nasi Lemak. Mungkin anda patut cuba sendiri resepi Nasi Lemak yang menjadi punca rezeki pemberi resepi. Menurutnya, resepi ini adalah resepi yang diturunkan oleh arwah Mak beliau. Berdasarkan feedback netizen, rata rata memuji keenakkan dan kelemakkan yang ada dalam Nasi Lemak ini.

Apa kata anda cuba untuk memasak resepi ini untuk keluarga anda di rumah untuk sarapan hari esok? Pasti pagi akan lebih bermakna dan gembira untuk seisi keluarga anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Enn Abdullah dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Nasi Lemak

Resepi Nasi Lemak
Imej via Facebook

Bahan Bahan

Nasi Lemak

  • Beras 4 Cawan
  • Santan pekat RM2/ 1 Santan Kotak
  • Air sukat cam kita masak nasi biasa
  • Halba
  • Garam
  • Daun pandan 2 helai simpul

Sambal

  • Lada kering, bawang merah and putih Blend sampai halus *
  • Belacan bakar dulu *
  • Kunyit Serbuk
  • Air Asam Jawa
  • Garam and gula pasir lebih sikit kalau suka manis. Jangan manis sangat. Secukup rasa manis masin and masam.
  • Ikan bilis goreng sikit jer just to taste.

Cara cara Memasak

Nasi Lemak

Kalau mak dia letak bawang dan halia hiris. Sebab saya malas jadi tak letak. Lepas basuh beras, masuk kan bahan bahan kat atas dan on suis. Simple and easy. Try lah. Memang betul rasa lemak dia. Nak jual kena masak macam nak makan sendiri jugak pesan mak saya.

Sambal

  1. Tumis sampai garing yang bertanda *
  2. Masuk kan kunyit dan garam, kacau kacau takut hangit.
  3. Dah garing dan masak cili tu, masuk air asam jawa sikit, air dan biar sekejap.
  4. Hiris bawang dan campak. Siap

Selamat Mencuba

Resepi Nasi Lain Yang Menarik

Selain resepi nasi lemak, kami juga mempunyai beberapa resepi nasi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

  • Resepi Nasi Goreng Cina
  • Resepi Nasi Minyak
  • Resepi Nasi Arab

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.