Pernah makan nasi ayam yang padu? Mungkin yang biasa tu selalu, tapi yang memang padu sampai terangkat tu mesti jarang kan? Ha! Apa kata anda cuba sendiri resepi yang telah dikongsi dan mendapat sambutan hangat daripada kalangan netizen.

Manalah tau resepi ni kena dengan selera anda.  Jom kita cuba dan berikan feedback anda di ruangan komen!

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Nellywaty Nooraini Azmi dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam

Imej via Facebook

Hari ni hakak buat Nasi Ayam Thai untuk cod. Alhamdulillah dapat feedback yang cukup menggumbirakan hati hakak.

Hakak bagi Tau na cara nak buat Nasi ayam thai Ni cara hakak ya. Nasi ayam ni cukup mudah dan yang penting sedap. Siapa nak share silakan. Moga dapat member manfaat pada kita semua.

Bahan Bahan

Sup

  • I biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Ayam satu ekor
  • 3-4 batang akar daun ketumbar
  • 4-5 hirisan halia tua
  • 1 kiub ayam

Air Asam

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili api
  • Sedikit sos cili
  • Tomato

Cara Cara Memasak

Sup

  1. Blend bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.
  2. Rebus ayam bersama daun ketumbar, halia tua, kiub ayam dan bahan blend tadi
  3. Rebus sampai ayam lembut. Perasakan dengan garam, gula, aji(optional) lada sulah, lada hitam sikit. Sejukkan. (simpan sikit sup untuk buat air asam padu)

Nasi

  1. Rendam dulu beras dalam masa setengah ke 1 jam.
  2. Lepastu basuh beras tadi dan masak nasi ayam macam masak nasi biasa. Tetapi gunakan air rebusan ayam tadi. Jangan masuk kan ayam sekali tau.

Air Asam Padu

Resepi Nasi Ayam

Imej via Facebook

  1. Blend bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili api dan sedikit sos cili. blend kasar kasar na. Jangan halus sangat. Ketepikan.
  2. Potong atau hiris tomato ikut citarasa anda.
  3. Hiris kasar kasar daun ketumbar.
  4. Bila dah siap semua, satu kan semua bahan dan campor dengan sup ayam tadi dengan air limau nipis/lemon. Perasakan. Pastikan air asam padu Ni ADA rasa manis, masam, pedas Dan sodapppp. Hehehehe.

# Untuk lebihan sup tadi hakak masukkan sengkuang yang di potong kiub. Tapi kalau takmau letak pun takpa. Kalau letak memang sedapp.

# Untuk nasi yang lembut dan mabeles. Guna minyak ayam. Apa to minyak ayam?? Lemak lemak yg ADA kat ayam jangan buang Tau. Goreng tanpa minyak lemak lemak ayam tu sampai lah lemak lemak tu keluarkan minyak. Guna minyak tu untuk masak nasik.

Ok siap.

Resepi Nasi Lain Yang Menarik

Selain resepi nasi ayam, kami juga mempunyai beberapa resepi nasi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .