Apa itu ayam kam heong? Kali ini kami akan berkongsikan salah satu resepi mudah sedap iaitu ayam kam heong.

Ayam kam heong dapat dijumpai di kedai masakan cina. Ayam kam heong bermaksud “berbau wangi”.

Ayam kam heong dimasak dengan cara menggoreng ayam terlebih dulu. Kemudian dimasak bersama bawang, rempah kari, kicap dan sos. Tidak lupa memasukkan daun kari supaya makin menjadi wanginya.

Ini ialah resepi simple cara Zatulnatuhain Ahmad yang berkongsikan resepi di laman Facebook. Enak resepinya. Boleh jadi favorit ahli keluarga.

Resepi Ayam Kam Heong 

ayam kam heong

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam ½ ekor,
  • 2 biji bawang besar/hollad potong dadu,
  • 3 ulas bawang putih ketuk,
  • 3 tangkai daun kari,
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua,
  • 2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan,
  • 2-3 sudu makan sos tiram,
  • 2-3 sudu makan sos cili,
  • 2-3 sudu makan kicap manis,
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Mula-mula goreng ayam, ketepikan.
  2. Lalu tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam kam heong, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.