Seringkali berlaku nasi mentah dan lembik. Alamak mak mertua pandang gerenti tak lulus untuk jadi menantu. Tak apalah, asalkan tahu bagaimana nak atasi masalah tersebut. Petua nasi mentah pun ada, maka tak perlulah bimbang sangat. Ternyata petua-petua ini sangat membantu menghilangkan rasa keras pada permukaan nasi yang telah dimasak. 

Jika masak nasi yang lebih susah seperti masak nasi lemak contohnya, tanpa rasa malu beritahu di sini yang selalunya masak nasi lemak ni bukanna tugas yang mudah. Manakan tidak, selalunya mentah, lembik atau berketul-ketul.

petua baiki nasi mentah
image via : Masak Apa Hari Ini

Nasi Boleh Dimasak Mengikut Selera Masing-Masing

Nasi ini akan menjadi bertambah sedap apabila dapat makan mengikut citarasa masing-masing. Sebagai contoh, ada orang suka nasi putih yang berderai, ada yang suka melekit macam pulut dan ada pula yang suka makan nasi lembik atau lembut.

Tetapi nasi mentah memang tiada siapa suka makan. Pelik juga bila nasi yang dimasak adakalanya boleh juga menjadi mentah sedangkan dah selalu masak nasi hari-hari. Dan disebabkan itu adalah perlu untuk kita tahu apakah petua baiki nasi mentah yang boleh digunakan saat kecemasan tu.

6 Petua Mudah Bagaimana Untuk Baiki Nasi Mentah

Di sini akan disenaraikan sebanyak enam petua mudah bagaimana untuk baiki nasi yang telah menjadi mentah. Terpulanglah pada anda ingin juga petua baiki nasi mentah yang mana satu. Enam petua tersebut adalah ;

Petua #1 : Letak Semangkuk Kecil Air panas

Petua elak nasi mentah yang pertama, Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas ke dalam periuk mangkuk kecil tersebut. Kemudian Buatkan satu lubang pada bahagian tengah periuk nasi, tolak nasi ketepi kemudian letakkan mangkuk itu betul-betul di tengah.

petua baiki nasi mentah
image via : Sweet Honey Blog

Biarkan nasi keliling mangkuk tersebut dan tutup periuk nasi anda rapat-rapat. Biarkannya di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kalau anda mengunakan periuk nasi moden tekan semula api ke bawah dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya sebagaimana yang diinginkan.

Petua #2 : Renjiskan Sedikit Air Pada Nasi Mentah

Petua elak nasi mentah yang Kedua cara nih lebih mudah untuk anda cuba,  caranya ialah bukak periuk nasi renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang mentah atau  kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik ataupun kain kemudian tutup semula. Dan Biarkan nasi masak seketika. Nasi akan kembali  pulih seperti biasa.

Petua #3 : Renjiskan Nasi Yang Masih Mentah Dengan Air Garam

 Petua elak nasi mentah yang ketiga ni lebih kurang sama dengan step yang kedua tadi cuma bezanya adalah air tersebut dicampurkan dengan sedikit garam. Apa yang perlu anda buat adalah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam itu ke atas nasi mentah tersebut. Pastikan nasi itu digaul dan dikacau dengan sempurna kemudian tutup semula periuk hingga nasi itu berwap dan masak semula.

Petua #4 : Gunakan Sebiji Bawang Merah

Petua elak nasi mentah yang keempat petua kali nih mengunakan bawang (ops, ini bukan makcik bawang ye). Caranya, ambil sebiji bawang dan potong nipis-nipis, kemudian masukkan bawang yang telah dihiris itu ke dalam periuk nasi anda.

Setelah itu tudung periuk nasi dengan tudungnya dan jangan lupa untuk kecilkan juga api sedikit. Jika anda menggunakan periuk nasi elektrik (rice cooker), biarkan periuk dalam fungsi warm up setelah selesai masukkan hirisan bawang yang sudah dihiris tadi. Senang bukan?

Petua #5 – Gunakan 2 Biji Telur Ayam Mentah

Petua elak nasi mentah yang kelima merupakan petua yang paling kerap digunakan dan agak popular. Percaya ataupun tidak, telur sangat dipercayai dapat membantu masalah nasi mentah ini. Jadi jika nasi anda lembik dan mentah, masukkan saja 2 biji telur ayam mentah yang telah  pun di basuh bersih ke dalam periuk nasi anda.

Biarkan seketika dan jika telur itu masak dengan sempurna bermakna nasi anda juga telah berjaya diselamatkan dan tidak mentah lagi. Malah nasi yang lembik juga akan ikut kering dan masak dengan sempurna.

Petua #6 : Gunakan Periuk Pengukus

Petua nombor enam ini dikatakan lebih kepada petua cara moden untuk anda cuba. Tapi rasanya orang lama pun dah ada guna kaedah ni. Apapun petua untuk nombor enam ini sangat bagus sewaktu ingin masak nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, nasi kenduri dan sebagainya. Banyak sangat kalau nak sebut semua nama nasi ni.

Yang pasti cara terakhir untuk elak nasi dari menjadi mentah dan lembik ini memang sangat berkesan dan cepat. Apa yang anda perlukan adalah sebiji periuk kukus. Setelah itu kauk semua nasi mentah tadi, panaskan periuk kukus dah kukuskan  nasi ke dalam periuk kukus tersebut sehingga ia betul-betul masak dengan sempurna. 

petua baiki nasi mentah
image via : Mingguan Wanita

Insyallah nasi yang masih beberas pun akan kembali masak dengan sempurna. Cubalah kukus dalam 20 – 30 minit dan anda akan nampak hasilnya.

Nasi Yang Mentah Jangan Dibuang, Tidak Baik!

Sejujurnya nasi ini adalah simbolik kepada rezeki yang Allah SWT kurniakan pada kita. Bak kata slogan sebuah iklan yang sebiji beras itu adalah seumpama setitik peluh petani. Memang benar dan mengapa pula kita hendak membazir.

Jika nasi mentah atau lembik jangan panik sebaliknya anda boleh cuba semua tips sebagaimana yang telah dikongsikan tadi. Tak kisahlah anda ingin guna petua yang mana sekalipun asalkan ianya boleh boleh bantu menyelesaikan masalah nasi lembik dan mentah anda tu. Selamat mencuba.

Sumber :

1 – Wow

2 – Mingguan Wanita

3 – Masak Apa Hari Ini


Penulis: Siti Awadah

Siti Awadah

Penulis bebas yang berkerjaya dari rumah. Fokus menulis dgn skill SEO dalam gaya santai untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.