Ramai orang tertanya-tanya apakah penyakit ain dan sebabnya? Bagaimana boleh terjadi penyakit ain? Penyakit yang jarang didengari oleh kita tidak mustahil tidak wujud. Ia cuma belum terkena kepada kita. Minta dijauhkan segala penyakit terutamanya penyakit ain ini! Kesannya sangat bahaya dan belum tentu ada ubatnya.

Penyakit ain adalah penyakit yang berlaku akibat iri hati dan hasad orang terhadap nikmat Allah swt yang kita terima tetapi tidak tahu gunakan. Pendek kata, penyakit ain bermula dari mata orang melihat diri kita sehingga menyebabkan satu perasaan kurang senang di hati dalam masa yang sama kita leka dipuji.

penyakit ain
Imej via [instagram]

Penyakit Ain Seperti Ini:

Ada rupa yang cantik, suami baik dan hensem, kerjaya pula tengah meningkat, kekayaan melimpah ruah., apabila dipuji dia suka. Orang lain melihat kehidupannya yang dipamerkan tetapi dia terlupa ada orang yang dengki dan berharap sebaliknya. Itu bahaya! Tiba-tiba jika ditimpa penyakit, wajah tidak cantik lagi dan lain-lain yang mengejutkan, itulah penyakit ain yang dimaksudkan.

Wujudkah Penyakit Ain?

Ya, penyakit ain sememangnya wujud dari dahulu lagi dan zaman nabi lagi. Cuma ia jarang berlaku di negara kita ataupun ia memang berlaku, kita sahaja tidak tahu ia adalah penyakit ain. Rujuk hadis di bawah:

penyakit ain
Imej via [kabarmakkah]

Penyakit ain ada ubatnya tetapi sukar, redha dan tawakallah kepada Allah dan ikhtiarlah. Kesannya melibatkan orang yang dipuji dan seronok dipuji. Sebagai contoh, anda bercakap bagus mengenai anak anda dan terlalu berbangga dan berlagak, penyakit ain akan hadir dengan memberi kesakitan atau kesan yang tidak baik kepada anak anda. Mohon dijauhkan daripada memuji-muji dan meninggi diri.

Kisah Penyakit Ain – Kisah Benar

Perkongsian dari Puan Sharifah Fuhaira berkaitan dengan penyakit ain, katanya dahulu dia tidak percaya dan tidak ambil kisah tentang penyakit ini, namun sekarang beliau banyak melihat dan mengambil iktibar. Beliau berkongsi beberapa buah kisah penyakit ain yang boleh kita jadikan teladan. Jom ikuti kisah-kisah penyakit ain.

Imej via [SAYS]

Kisah Penyakit Ain #1

Ada seorang wanita yang terlalu cantik dan menjadi rebutan ramai lelaki. Wajahnya menjadi igauan kaum lelaki sehingga ramai wanita terlalu hasad dengannya, tiba-tiba wajah yang cantik itu berubah, mulutnya menjadi herot dan senget. Pandangan asad dan pandangan benci orang pada kita atas nikmat yang kita ada adalah sangat bahaya.

Kisah Penyakit Ain #2

Berlaku di Tarin, seorang pelajar memiliki rambut yang amat cantik, lebat, hitam, lawa dan lurus. Rata-rata orang memuji rambutnya. Namun suatu hari rambutnya bernanah, buruk dan busuk sehingga gugur. Bahaya sekiranya pujian tidak disandarkan kepada Allah swt.


Kisah Penyakit Ain #3

Di Tarim juga, setiap bayi yang lahir akan ditulis nama Allah atau MasyaAllah pada dahi bayi tersebut. Sekiranya bayi tersebut dipuji gebu, comel dan sebagainya, mereka akan memuji Allah. Ia akan menjauhkan bayi dari sakit dan meninggal serta penyakit ain.

Imej via [islamidia]

Kisah Penyakit Ain #4

Sahabat Rasulullah SAW sendiri pernah dipuji akan keelokan tubuh badannya. Akhirnya beliau jatuh pengsan selepas dipuji-puji. Semoga kita semua terhindar dari penyakit ain ini.

Kisah Penyakit Ain #5

Jika anda perasan, jarang ada kereta yang berkilat dan terlalu cantik di Mesir (selain faktor debu). Sebenarnya kebanyakan daripada mereka sengaja membiarkan calar dan kotor bahkan ada yang sanggup mencalarkan kereta masing-masing kerana takut penyakit ain yang boleh menyebabkan eksiden jika jiran tidak senang dengan mereka.

Begitu sekali mereka, sedangkan ramai di antara kita yang berlumba-lumba nak jadikan kereta yang paling cantik, paling hebat dan dipuji ramai. Semoga dijauhkan daripada penyakit ain.

Cara Rawat Penyakit Ain Yang Harus Anda Lakukan

Penyakit ain dari mata jatuh ke hati sehingga terpanahnya racun hati terkena pada orang yang dibenci mempunyai cara rawatannya yang tersendiri. Jika terkena pada diri sendiri dan anak-anak, ikhtiarlah berubat sehabis mungkin.

Imej via [perawatislam]

1. Amalkan Bacaan Ini Kepada Pesakit – Anak Atau Diri Sendiri

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi shallallahu allaihi wa sallam memohon perlindungan ALLAH untuk Hasan dan Husain dengan doa :أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

“U’idzukuma bi kalimaatillaahit taammati min kulli syaithonin wa haamatin wa min kulli ‘ainin laamatin.”

“Aku berlindung kepada ALLAH untuk kalian berdua dengan kalimat – kalimat ALLAH yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat.” (HR. Abu Daud)

2. Tutup Kelebihan Anak Dan Diri Sendiri

Imam Ibnul Qoyyim dalam Zadul Ma’ad 4/159 pernah menyebut bahawa ibu bapa harus tidak menampakkan kelebihan yang menakjubkan dari anak mereka. Ini kerana untuk mengelakkan iri hati dalam kalangan orang sekeliling.

Utsman bin Affan Radhyallahu ‘anhu pernah berkata, “Tutupilah (jangan ditampakkan) lubang dagu (yang membuat orang takjub) pada anak itu.” tatkala Beliau meihat anak itu sangat elok rupanya.

Imej via [islamidia]

3. Memandikan Pelaku Ain

Pernah pada zaman nabi SAW, ‘Amir bin Rabi’ah telah memuji kecantikan kulit Sahl sehingga tiba-tiba Sahl jatuh pengsan. Nabi memarahinya dan memintanya mandi lalu dimandikan Sahl menggunakan air mandian ‘Amir bin Rabi’ah. Sejurus itu, Sahl sedarkan diri dan kembali sihat seperti sediakala.

Dari ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhu ia berkata : “Orang yang melakukan ‘Ain diperintahkan agar berwudlu kemudian orang yang terkena ‘Ain mandi dari air (bekas wudlu tadi)” (HR. Abu Dawud)

4. Ruqyah Pesakit Ain

Letakan tangan ke atas kepala penderita ‘Ain dengan membaca ruqyah:

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ حَاسِدٍ اللهُ يَشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ

“Dengan nama ALLAH, aku meruqyahmu dari setiap sesuatu yang menyakitimu dan dari kejelekan setiap jiwa atau mata yang dengki. ALLAH-lah yang menyembuhkanmu. Dengan nama ALLAH aku meruqyahmu” (HR. Muslim)

بِسْمِ اللهِ يُبْرِيْكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيْكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَمِنْ شَرِّ ذِيْ عَيْنٍ

“Dengan nama ALLAH, mudah-mudahan Dia membebaskanmu, dari setiap penyakit, mudah-mudahan Dia akan menyembuhkanmu, melindungimu dari kejahatan orang dengki jika dia mendengki dan dari kejahatan setiap orang yang mempunyai ‘Ain (mata dengki)” (HR. Muslim)

Baca juga Al-Falaq, Al-Ikhlash dan An-Naas, Ayat Kursi, bagian penutup surat al – Baqarah (dua ayat terakhir) dan mendo’akan dengan do’a ruqyah yang syar’i.

Imej via [harianislam]

Itulah dia maksud penyakit ain, kisah dan cara rawat penyakit ain harus anda tahu. Sesungguhnya ia adalah penyakit yang sangat bahaya. Jemput baca juga Penyakit HFMD, Penyakit Tetanus dan Penyakit SLE.

Rujukan:

  1. kabarmakkah
  2. mingguanwanita
  3. bidaralifepenawarsunnah

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.