Darah tinggi dan kolesterol adalah di antara musuh utama bagi masyarakat di Malaysia. Salah satu daripada faktor penyumbang kepada fenomena ini adalah kerana Malaysia adalah syurga makanan. Sebut sahaja makanan melayu, cina, india, dan makanan barat, semuanya ada.

Apabila anda disahkan mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, ini bermakna tiba masa untuk anda menjaga pemakanan. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan makanan untuk darah tinggi dan kolesterol.

makanan darah tinggi
Sumber: Hellosehat

Oat

Jika anda adalah seorang pesakit darah tinggi dan kolesterol, jadikan oat sebagai sahabat karib anda. Ini kerana oat telah terbukti berkesan untuk menyerap kolesterol jahat dalam badan dan menstabilkan tekanan darah. Pilihan oat yang terbaik ialah rolled oat. Anda boleh jadikan oat sebagai menu sarapan setiap pagi. terdapat pelbagai resepi oat yang boleh anda cuba. Sama ada campurkan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi, kiwi atau betik, atau anda boleh juga masukkan kekacang seperti walnut dan almond.

Nak lagi sedap? Anda boleh sediakan overnight oat pada malam sebelumnya, simpan di dalam peti sejuk, dan nikmati kelazatan oat pada keesokan paginya. terdapat pelbagai resepi overnight oat yang boleh anda perolehi dari internet. Cubalah!

Apple cider vinegar atau cuka epal

Makanan darah tinggi dan kolesterol pertama yang wajib anda amalkan ialah cuka epal. Cuka epal terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu superfood yang sangat membantu mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol jahat yang banyak dalam badan dengan cara mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride dalam darah,

Selain baik untuk darah tinggi dan masalah kolesterol, cuka epal juga dipercayai baik untuk Ia juga baik untuk merawat penyakit gout dan asid refluks. Caranya juga sangat mudah. Anda ambil satu sudu kecil cuka epal dan campurkan dengan segelas air. Minum setiap pagi apabila bangun tidur, dan malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia sebagai amalan harian, pasti anda akan merasai perbezaannya.

Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara adalah makanan darah tinggi dan kolesterol yang seterusnya. Bagaimana minyak kelapa dara membantu untuk mengatasi masalah darah tinggi dan kolesterol yang anda alami? Untuk pengetahuan anda, minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang berfungsi untuk meningkatkan kolesterol baik dan memusnahkan kolesterol jahat dalam badan di samping menstabilkan tekanan darah.

Anda boleh amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara setiap pagi dan malam. Dengan amalan konsisten, insya Allah tekanan darah anda akan menjadi normal dan kolesterol jahat dalam badan akan menurun.

makanan darah tinggi
Sumber: Baituljannah

Jus bawang merah, halia, dan madu

Makanan darah tinggi dan kolesterol yang seterusnya ialah jus bawang merah, halia dan madu. Jus hebat ini dikatakan mampu membuang kolesterol jahat dari badan dan dalam masa yang sama akan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. Apabila kolesterol jahat berkurangan, secara automatik tekanan darah akan menjadi normal dan tidak tinggi lagi.

Bagi menyediakan jus ini, apa yang anda perlukan ialah 5 ulas bawang merah, satu inci halia, dan satu sudu besar madu. Caranya:

  • Kupas dan bersihkan bawang merah dan halia.
  • Potong halus.
  • Masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  • Tambahkan satu sudu besar madu.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Minum setiap pagi semasa perut masih kosong.

Air rebusan biji ketumbar

Biji ketumbar sememangnya telah digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol jahat dalam badan sejak zaman dahulu lagi. Bukan sahaja di Malaysia malah ia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Apa yang anda perlukan ialah 2 sudu besar biji ketumbar dan segelas air. Caranya:

  • Masukkan 2 sudu besar biji ketumbar dan segelas air ke dalam periuk.
  • Panaskan di atas dapur sehingga mendidih.
  • Tapis biji ketumbar tadi dan ambil airnya.
  • Minum setiap pagi semasa perut kosong.
  • Anda juga boleh masukkan madu atau gula batu kalau tidak sukakan rasa biji ketumbar yang agak kuat.

Buah pokok melaka

Pokok melaka bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Pada hari ini, banyak pokok melaka ditanam di tepi jalan, terutamanya di negeri Melaka. Mungkin anda tidak tahu bahawa buah pokok melaka juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengawal tekanan darah tingggi dan membuang kolesterol jahat dari badan.

Apa yang anda perlukan ialah sebiji buah pokok melaka. Kisar kering buah tadi sehingga menjadi serbuk halus. Setiap malam sebelum tidur, campurkan satu sudu kecil serbuk buah melaka tadi dengan segelas air suam. Dan minum. Buah melaka mengandungi hypolopidemic semulajadi yang sangat berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

makanan darah tinggi
Sumber: Maruwiah

Buah oren

Buah oren kaya dengan vitaminC, folate dan flavanoids yang membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi dan dalam masa yang sama membantu membuang kolesterol jahat dalam darah. Anda boleh amalkan makan sebiji buah oren setiap pagi sebagai sarapan. Atau anda juga boleh jadikan buah oren tadi sebagai jus dan diminum pada waktu pagi, namun elakkan daripada menambahkan gula ke dalam jus tadi.

Itulah dia makanan darah tinggi dan kolesterol yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca darah tinggi dan petua darah tinggi

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.