Makanan diproses adalah makanan yang telah dimasak dan diletakkan pengawet untuk tahan lebih lama. Bukan itu sahaja, mungkin ia juga dibekukan, dicampur lemak atau minyak dan lain-lain lagi. Terdapat banyak istilah makanan diproses yang anda mungkin tak tahu.

makanan diproses
Imej via [Ekonomi Bisnis]

Mengikut perkongsian dari blog iluminasi, terdapat makanan diproses yang telah diharamkan di beberapa kerajaan dalam dunia. Awas, di Malaysia ia mungkin belum diharamkan dan masih ramai yang mengamalkannya. Walaupun begitu, makanan diproses ini tidaklah haram, cuma hukumnya memudaratkan jika diamalkan secara berlebihan dan selalu.

Apa kata anda kenali dahulu 15 jenis makanan diproses yang harus anda elakkan. Barulah anda peka dalam menguruskan kesihatan dan mengatur gaya pemakanan yang lebih baik dan betul!

1. Sosej

makanan diproses
Imej via [100comments]

Sejak kecil lagi, kita sering diajar untuk makan sosej. Sebenarnya, ia adalah makanan diproses yang tidak baik kerana mengandungi bahan kimia seperti Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Starch dan banyak lagi. Makanan diproses ini juga akan menyebabkan risiko kanser dan leukimia.

2. Nugget

makanan diproses
Imej via [standardmedia]

Nugget adalah makanan diproses yang dihasilkan dalam bentuk beku untuk memudahkan anda masak. Namun, kandungan yang diletakkan dalam nugget adalah amat mengejutkan.

TBHQ, autolysed yeast extrac dan GMO corn digunakan untuk memberi ketahanan kepada nugget. Ia akan menyebabkan kerosakan sistem pembiakan dan perubahan biokimia.

3. Bijirin Yang Mengandungi Pewarna

makanan diproses
Imej via [mixidao]

Apa-apa sahaja bijirin yang mengandungi pewarna yang banyak harus anda elakkan. Bagaimana ingin tahu jika bijirin tersebut mengandungi pewarna yang banyak. Ambil sedikit dan rendam dalam air panas seolah-olah anda ingin makan dengan susu.

Jika air tersebut berubah warna yang banyak sehingga bijiran anda terkeluar warna, itu bermaksud ia mengandungi banyak pewarna. Ia menyebabkan kanser dan kecacatan kelahiran.

4. Daging Burger

makanan diproses
Imej via [tokopedia]

Sama seperti daging beku dan nugget, daging burger turut mempunyai pengawet dalam membuatkan ia tahan lebih lama. Jangan amalkan makan burger selalu kerana dagingnya berbahaya dengan wujudnya kandungan karsinogen, tembakau, asbestos dan banyak lagi.

5. Sardin Tin

makanan diproses
Imej via [MYNEWSHUB]

Dahulu semasa kecil, ibu bapa sering gunakan sardin untuk dijadikan lauk dengan nasi putih panas. Sedap bukan? Selepas kita meningkat dewasa dan viralnya kes-kes penemuan cacing di dalam tin sardin, kita sudah tidak gemarkan sardin lagi.

Ikan sardin adalah penyebab fibroid dan masalah rahim sehingga boleh membuatkan anda terpaksa dibedah atas sebab fibroid yang terlalu besar dan banyak di bahagian rahim. Tinggalkanlah tabiat memakan makanan diproses ini segera.

6. Maggi Dan Mee Segera

Maggi memang sedap dimakan. Tak dapat nak taubat dari makan maggi. Suatu hari pasti akan teringin jua. Maggi atau mee segera mengandungi MSG yang menjadikan perencahnya tinggi kandungan garam.

Itulah sebabnya kuah maggi sangat sedap, namun amat berbahaya sekali. Ia boleh menyebabkan keguguran dan mengganggu pertumbuhan janin.

7. Kentang Goreng

makanan diproses
Imej via [Pegipegi]

Sedihnya, kentang goreng juga adalah makanan diproses yang perlu anda jauhi. Ia mengandungi lemak dan minyak yang banyak, bahan pengawet dan kandungan garam yang amat tinggi. Makanan diproses ini boleh menyebabkan strok, sakit buah pinggang, kencing manis dan lain-lain lagi.

8. Coca-Cola

Betapa coca-cola sangat bahaya jika anda amalkan atau minumnya sedikit pun. Makanan diproses berbentuk minuman ini bukan sahaja menghakis perut anda, tetapi ia juga mengandungi kafein yang kuat, ubat pengawet, bahan kimia dan lain lagi. Tidak ada satu pun manfaat jika anda minum minuman ini.

9. Betik Yang Diubahsuai Secara Genetik

makanan diproses
Imej via [slate]

Selain makanan diproses seperti makanan beku dan makanan tin, buah-buahan juga tidak lari dari menjadi makanan diproses yang perlu anda elakkan. Buah betik yang telah digabungkan dengan genetik bertujuan untuk tahan virus ringspot sangat bahaya dimakan. Ia bukan sahaja betik, soya dan jagung yang telah digenetik juga berbahaya.

Makanan diproses berkonsepkan buah ini akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kerosakan organ, bayi pramatang, kerosakan usus, kemandulan, kecacatan kelahiran dan lain-lain lagi.

10. Yogurt Beku

makanan diproses
Imej via [Fimela]

Ada yang mengatakan ia adalah makanan kesihatan tetapi ramai yang tersilap. Yogurt beku sebenarnya mengandungi bahan-bahan kimia yang tidak patut ada dalam makanan. Ia menjadikan yogurt tahan lama, tidak pernah basi dan memberi kesan negatif pada pembuluh darah, otak dan tubuh badan.

11. Tuna Tin

makanan diproses
Imej via [123rf]

Tuna dalam tin memang telah dimasak tetapi ia tidak dimasak sepenuhnya malah ditambah pula pelbagai pengawet untuk membuat ia tahan lebih lama. Tidak elok untuk kesihatan jika anda sering mengamalkan tuna dalam kuantiti yang banyak melainkan anda makan ikan tuna yang benar-benar segar dan dimasak dengan betul.

12. Roti Putih

makanan diproses
Imej via [fimela]

Roti putih adalah makanan diproses yang bukan sahaja mempunyai pengawet tetapi juga bahan luntur warna. Kalau diperhatikan, anda cicah roti dalam air teh yang kekuningan, air teh akan bertukar menjadi putih akibat pewarna roti tersebut. Elakkan makanan diproses seperti roti putih.

13. Keropok

makanan diproses
Imej via [signaturedelight]

Keropok segera yang boleh anda goreng sendiri sebenarnya dikategorikan sebagai makanan yang telah diproses. Sepotong keropok mengandungi 100-150 kalori sama seperti setengah piring nasi. Menurut sumber dari University of Sydney, Leona Victoria Djajadi MND, keropok menyebabkan tubuh anda berkolestrol dan tidak sihat.

14. Asam

makanan diproses
Imej via [shopee]

Terdapat asam-asam yang mempunyai masalah dengan KKM tetapi masyarakat tetap tidak sedar mengenainya. Makanan diproses ini sangat berbahaya kepada perut, jantung dan tubuh badan. Jika boleh, tolong elakkan dari mengambil semua jenis asam.

Itulah dia 14 jenis makanan diproses ramai tak tahu. Lebih baik anda elakkan makan makanan diproses ini bermula dari sekarang walaupun kesannya masih belum jelas kesihatan.

Jom baca juga makanan untuk darah rendah, makanan bervitamin tinggi dan akanan untuk darah tinggi.

Rujukan:

  1. Remaja
  2. Iluminasi
  3. Ohgadisitu

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.