Jom belajar dan ketahui khasiat serai wangi.

Serai wangi atau nama saintifiknya Cymbopogon nardus @ citronella datang dari keluarga Poaceae. Ia berasal dari Sri Lanka. Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi lebih kuat bau berbanding dengan serai makan. Serai wangi digunakan pada bahagian luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan.

Serai wangi tergolong dalam keluarga rumput yang berbau dan jangkahayatnya adalah panjang. Ia boleh tumbuh sehingga 1m hingga 1.5m. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, hijau, lurus dan berlapis dan purata saiznya ialah 60cm x 2.5cm.

Daunnya licin, urat daun selari dengan bahagian pangkal dan hujung daunnya tirus. Selaput daunnya adalah lurus dan bertindak sebagai batang. Rizomnya tegak dan kuat, menjalar, tahan lasak dan berwarna kekuningan apabila dipotong.

khasiat serai wangi

Sumber: Bukalapak

Jom ketahui apakah khasiat serai wangi.

1. Meningkatkan imuniti

Daun serai juga telah terkenal berabad lamanya sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan berupaya mencegah pelbagai gangguan penyakit.

2. Mematikan sel kanser

Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1 gram serai wangi mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser. Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.  Pesakit kanser di Israel telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.

Apa itu Citral? Citral merupakan salah satu komponen di dalam serai wangi yang mempunyai pelbagai khasiat pada kesihatan manusia. Citral terdapat di dalam beberapa tumbuhan lain juga tetapi dijumpai paling tinggi di dalam daun serai.

3. Anti oksidan

Kajian terbaru dari ‘Food and Nutrition Research Institue’ dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai wangi yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat.

4. Membuang toksin dari badan

Serai wangi mengandungi Citral yang menyah toksin di dalam badan dengan meningkatkan kekerapan urinisasi dan perpeluhan. Aktiviti ini membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, sistem pencernaan, saluran darah dan membuang bahan toksin yang tidak diperlukan badan melalui proses urinisasi.

5. Menurunkan berat badan

Serai wangi membantu membuang toksin dari badan termasuk urik asid. Penyingkiran urik asid dan bahan toksin dari badan mampu mengurangkan berat badan berlebihan seseorang.

khasiat serai wangi

Sumber: Tribunnews

6. Menstabilkan tekanan darah

Daun serai wangi  mempunyai elemen Citral yang membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Meminum air rebusan serai wangi setiap hari mampu menstabilkan tekanan darah seseorang.

7. Menurunkan paras kolesterol

Ahli akademik di ‘Department of Nutritional Sciences’ dari University of Wisconsin telah menyiarkan penemuan mereka mengenai kaitan di antara serai wangi dan kolestrol di dalam Jornal Kesihatan Lemak (medical journal Lipids) pada tahun 1989. Mereka menjalankan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi.

Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai wangi setiap hari. Kesannya, purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294. Selepas 3 bulan, kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.

8. Mengatasi sembelit

Serai wangi membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.

9. Menyembuhkan demam dan selsema

Tumbuhan serai wangi mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan manusia dan telah ditemui nenek moyang kita sebagai salah satu tumbuhan herba. Serai wangi  juga pernah dikenali sebagai daun demam (fever grass) kerana mampu mengubati demam.

10. Melegakan senak perut

Serai wangi selalunya diminum seperti teh kerana dipercayai dapat membantu dalam masalah pencernaan, diarrhea dan senak perut. Minuman serai wangi dapat menenangkan ketegangan, dan melegakan senak perut. Minuman ini bukan hanya sesuai untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga boleh meminumnya.

khasiat serai wangi

Sumber: Thehealthsite

11. Anti bakteria dan anti kulat

Serai wangi mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat. Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu mengenai khasiat serai pada kesihatan manusia.

12. Membuang angin dari badan

Serai wangi membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin kerana kandungan yang terdapat dalam serai wangi dapat mengurangi angin yang ada di dalam usus termasuk di dalam perut.

13. Mengurangkan artritis

Serai wangi sangat sesuai dijadikan minuman untuk orang yang mengalami Artritis. Pesakit yang menderita kerana masalah sendi tulang dan urat akan mendapat banyak manfaat dari khasiat serai wangi.

14. Membantu sisten pencernaan

Serai wangi  membantu sistem pencernaan dan mampu memberi kelegaan pada sakit gastrik. Ia juga mampu melegakan kembung perut dengan memudahkan pembuangan angin dalam badan.

15. Merawat jerawat dan jeragat

Serai wangi digunakan secara meluas untuk merawat jerawat dan bintik-bintik hitam di muka. Ia mempunyai elemen anti-bakteria dan membersihkan kotoran pada kulit.

khasiat serai wangi

Sumber: Tribunnews

16. Mengurangkan senggugut

Serai wangi mengurangkan sakit senggugut ketika datang bulan. Jika anda senggugut, minum air rebusan serai wangi.

17. Rawatan untuk ibu berpantang

Daun serai wangi juga banyak dijadikan sebagai herba semulajadi untuk ibu-ibu berpantang, salah satunya untuk berurut.  Khasiat daun serai wangi ternyata membantu membuang lebihan angin dalam badan, mengurangi sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan, dan baunya yang wangi juga menenangkan ibu-ibu yang sedang berpantang.

18. Khasiat mandi air serai wangi

Mereka yang mengamalkan mandi air serai wangi akan dapat:

  • Merawat masalah kulit.
  • Melembutkan kulit dengan minyak pati citral.
  • Memberi kesegaran dan mengurangkan kelesuan dengan mandian aroma.
  • Baik untuk ibu yang baru bersalin.
  • Baik untuk bayi dan anak-anak yang mempunyai masalah kulit sensitif.
  • Citral mempunyai antiseptik semulajadi untuk membunuh bacteria.
  • Mandian beraroma yang menyenangkan &  menenangkan fikiran.

Khasiat lain serai wangi:

  • Mengurangkan sakit gigi dengan meminum air rebusan serai
  • Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil
  • Mengubati penyakit gatal-gatal, gigitan serangga dan sebagai ubat pengusir nyamuk
  • Baunya yang wangi juga banyak dijadikan sebagai bahan wangian, syampu, losyen dan bertindak sebagai aromaterapi yang mampu menenangkan
khasiat serai wangi

Sumber: Kampustani

Itulah dia khasiat serai wangi yang ingin kami kongsikan kepada anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang  khasiat serai, dan khasiat delima.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.