Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.

Buah Goji mengandungi beta-karoten, vitamin C, vitamin B1 dan B2, beta-sitosterol (agen anti-radang) linoleic asid (asid lemak), immunologikal polisakarida yang aktif, sesquiterpenoids (cyperone, solavetivone), tetraterpenoids (zeaxanthin, physalin) dan betaine.

khasiat goji berry

Sumber: Betternutrition

Menurut analisa yang dilakukan oleh Beijing Nutrition Research Institute, China, goji berry mengandungi rangkaian anti-oksidan carotenoids yang sempurna menjadikan ia di kalangan makanan yang tertinggi kandungan carotenoids yang pernah diketahui.

Ia mengandungi lebih banyak beta-karotin daripada lobak merah dan zeaxanthin yang menyihatkan mata. Goji berry mengandungi 500 kali ganda vitamin C daripada oren menjadikan ia nombor 3 makanan terkaya sumber vitamin C di bumi ini, selepas kakadu plum dan camu camu. Penduduk Ningxia, China kebanyakannya mengamalkan goji berry sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Rata-rata usia mereka melewati 100 tahun.

Goji berry mengandungi nutrisi yang berikut:

  • 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup.
  • 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan.
  • 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen).
  • Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot).
  • Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada.
  • Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren).
  • Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih.
  • Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
  • Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf.
  • Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
  • Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat.
  • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
  • Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
  • Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Goji berry mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui.
Khasiat goji berry

Sumber: Independent

Apakah khasiat goji berry?

Mencantikkan kulit dan anti penuaan

Kandungan vitamin E dalam goji berry mampu melembap dan menghaluskan kulit secara semulajadi. Jika diamalkan, kulit kita akan kekal halus dan anjal. Selain itu, manfaat goji berry bagi mencegah kedutan dan pembentukan garis-garis halus bukan lagi rahsia bagi golongan wanita di China. Mereka menggunakan buah goji berry sebagai masker agar wajah mereka terus terjaga dan kekal awet muda.

Kaya Antioksidan

Tahukah anda apa fungsi antioksidan? Salah satu fungsinya yang utama ialah menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Selain itu, antioksidan dapat menghapuskan radikal bebas dan mengelakkan tubuh kita dari serangan kuman dan bakteria. Goji berry mempunyai 4 kali lebih besar kandungan antioksidan berbanding buah Blueberry.

Menyihatkan mata

Sudah ribuan tahun goji berry digunakan oleh masyarakat Cina untuk menyihatkan mata. Malah, kandungan beta-karotin dalam goji berry  dapat menjernihkan deria penglihatan dan mencegah penyakit berkaitan mata contohnya katarak, rabun dan sebagainya.

Mencegah kolesterol tinggi

Kolesterol tinggi dan lemak tepu sangat tidak memudaratkan kesihatan. Jika tidak ditangani dengan segera, boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit seperti strok, hipertensi dan sebagainya. Kandungan lemak omega 6 dalam goji berry mampu menyingkirkan kolesterol dari tubuh.

Meningkatkan kesuburan lelaki

Goji berry juga dapat meningkatkan kesuburan dan tenaga kaum lelaki khususnya dalam hubungan intim suami isteri. Dengan mengamalkan goji berry secara rutin dapat memberi kesihatan yang maksima kepada yang mengamalkannya.

Menjaga kesihatan jantung

Untuk mencegah penyakit jantung, buah goji berry merupakan salah satu alternatif yang terbaik. Goji berry mampu melancarkan pengaliran darah dan mencegah terjadinya stroke.

Khasiat goji berry

Sumber: Pulse

Mengurangkan risiko kanser

Kandungan antioksidan dalam goji berry mampu mencegah perkembangan sel tumor dan juga kanser dalam tubuh. Dengan itu, kanser ataupun sel tumor tidak akan membesar kerana terhalang oleh antioksida yang terdapat dalam goji berry.

Sumber tenaga semulajadi

Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Dr. Earl Mindell, Pakar Herba dan Ahli Farmasi berdaftar yang terkenal di seluruh dunia memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil goji berry iaitu:

  1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
  2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
  3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”
  4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
  5. Goji mengurangkan risiko kanser.
  6. Goji mengurangkan kolestrol.
  7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
  8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
  9. Goji membantu mengurangkan berat badan.
  10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.
  11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
  12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
  13. Goji menguatkan jantung anda.
  14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung).
  15. Goji meningkatkan halangan penyakit.
  16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
  17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
  18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
  19. Goji menghalang tumbesaran tumor.
  20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
  21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
  22. Goji meningkat limfosit.
  23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
  24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
  25. Goji merawat simptom-simptom menapause.
  26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
  27. Goji meningkatkan kesuburan.
  28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.
  29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.
  30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
  31. Goji membantu batuk kering yang kronik.
  32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
  33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
  34. Goji membantu sistem penghadaman.
Khasiat goji berry

Sumber: Analisakesehatan

Banyak sungguh khasiat goji berry. Rugi kalau anda tak amalkan. Kalau anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai khasiat kacang kuda, khasiat chia seed, dan khasiat minyak kelapa dara.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.