Bila sebut sahaja daun limau purut, pastinya anda akan terbayangkan daun bujur berbau wangi yang biasa ditemui dalam masakan seperti tomyam, paprik, dan rendang.

Selain baunya yang harum dan menyegarkan, daun limau purut kaya dengan pelbagai khasiat. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat dan kegunaan daun limau purut.

khasiat dan kegunaan daun limau purut

Sumber: Thecambodianmedicine

Apakah kegunaan & khasiat daun limau purut?

Di antara khasiat & kegunaan daun limau purut ialah:

1. Menyedapkan makanan

Apabila memasak, anda boleh masukkan daun limau purut kedalam masakan seperti tomyam, paprik, rendang, sup, dan nasi goreng. Aromanya yang harum akan menjadikan masakan anda semakin lazat. Apabila makanan berbau sedap, secara automatik rasanya juga akan menjadi lebih sedap.

2. Menaikkan selera makan

Jika anda takde selera makan disebabkan oleh kepenatan melampau, demam, batuk, atau selsema, makanan yang dimasukkan daun limau purut pastinya membangkitkan selera ada. Potong nipis daun limau purut dan masukkan ke dalam makanan yang sedang dimasak diatas dapur. Hidangkan dalam keadaan panas, aromanya pasti membuka selera anda untuk makan.

3. Membuang toksin dari badan

Di antara tanda badan anda bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walau pun baru bangun dari tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, kami cadangkan anda mandi air daun limau purut untuk detox. Cara menyediakannya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut, hiris halus
  • Ambil 5 biji buah limau purut, potong 4
  • Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
  • Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
  • Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
  • Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepada & rambut
  • Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

4. Menghilangkan bau badan

Selain membuang toksin, air mandian daun limau purut dan sedikit perahan limau purut juga membantu menghilangkan bau badan. Cara menyediakannya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut, hiris halus
  • Ambil 5 biji buah limau purut, potong 4
  • Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
  • Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
  • Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
  • Gosokkan daun limau purut & buah limau purut ke seluruh badan. Bau wangi dari daun dan buah akan melekat pada badan anda
khasiat dan kegunaan daun limau purut

Sumber: Fazlisyam

5. Menghilangkan bau ketiak

Jika anda mempunyai masalah bau ketiak yang tidak dapat dikurangkan dengan penggunaan deodoran, anda boleh mencuba daun limau purut. Caranya:

  • Ambil beberapa helai daun limau purut
  • Potong halus
  • Ramas sehingga keluar bau
  • Gosokkan daun limau purut tadi ketiak semasa mandi
  • Semasa menggosok, pada mulanya anda akan menghidu bau busuk ketiak anda menjadi semakin kuat. Lama-kelamaan bau akan semakin hilang
  • Amalkan selalu, anda akan mendapat kesan yang menakjubkan

6. Pewangi bilik & kereta

Siapa yang tak sukakan wangian? Ramai yang memilih untuk menggunakan pewangi yang dibeli dari kedai untuk diletakkan didalal kereta atau bilik. Namun tahukah anda bahawa pewangi yang dibeli mengandungi bahan kimia dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya pada anak kecil.

Sebagai alternatif, anda boleh buat sendiri pewangi untuk bilik dan kereta anda. Ianya bukan sahaja berbau harum malah dijamin selamat tanpa sebarang bahan merbahaya. Caranya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut
  • Ambil 2 helai daun pandan
  • Beli sedikit kelopak mawar dari penjual bunga
  • Hiris halus daun limau purut, daun pandan, dan kelopak mawar tadi.
  • Masukkan kedalam bekas untuk menjadi pewangi bilik atau kereta

7. Pemutih gigi

Usah percayakan iklan ubat gigi yang kononnya mampu memutihkan gigi. Walau pun anda membayar harga yang mahal, tiada jaminan bahawa ianya berkesan. Jom kami kongsikan tips memutihkan gigi yang murah dan berkesan iaitu dengan menggunakan daun limau purut. Caranya:

  • Ambil beberapa helai daun limau purut
  • Ambil secubit garam
  • Tumbuk daun limau purut & garam tadi sehingga menjadi pes
  • Gunakan pest tadi seperti ubat gigi untuk memutihkan gigi
  • Gunakan dengan kerap, 2 kali sehari

8. Menghilangkan bau mulut

Selain memutihkan gigi, daun limau purut juga membantu menghilangkan bau mulut. Caranya:

  • Kunyah sehelai daun limau purut setiap pagi atau sebelum keluar rumah
  • Jadikan sebagai pes bersama garam seperti cara menggunakan daun limau purut untuk memutihkan gigi diatas

9. Menyegarkan udara

Jika anda duduk dalam bilik yang tertutup dan berhawa sejuk seperti pejabat, anda boleh gunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara. Caranya hiris daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas. Letakkan diatas meja. Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan ruang pejabat anda, memberikan kesegaran, dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan stress akibat kerja.

khasiat dan kegunaan daun limau purut

Sumber: Siakapkeli

10. Menghilangkan kelemumur

Jika anda mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap menghampakan, apa kata kalau kami cadangkan anda cuba daun limau purut pula. Caranya:

  • Ambil 10 helai daun limau purut
  • Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
  • Atau pun, kalau rajin, anda boleh tumbuk & kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes
  • Selepas bersyampu, ambil pes tadi & letakkan di kepala
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala & rambut
  • Urut kurip kepala supaya pes tadi meresap
  • Biarkan seketika
  • Bilas sehingga bersih

Itulah dia 10 khasiat dan kebaikan daun limau purut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat jintan putih, khasiat asam keping, dan khasiat minyak ikan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.